Adam Antara Yang Lima

 Tengah ralit buat kerja tengahari tadi, tiba-tiba notifikasi whatsapp masuk.

Dari group kelas adam.

Boleh nampak dari notification bar, ada ikon kamera.

Pengirimnya pulak adalah guru kelas adam.

*dramatik!

Berkerut jugaklah dahi meneka (padahal tak ada siapa suruh teka pun, kau beria nak teka apahhall!) agaknya gambar apa yang cikgu adam hantar ni?


Maka laju-lajulah bukak mesej tu.

Rupanya ada beberapa keping gambar, 5 orang pelajar terpilih yang dapat reward dari Guru Besar, sebab hasil kerja sekolah yang 5 terbaik.



Wahhhh...!

Tak sangka adam antara 5 orang tu.

Dia kata nama dia yang kelima dipanggil.

Punyalah dia seronok sebab dapat hadiah dari Guru Besar tu 😊


Alhamdulillah, mak simpan kat sini sebagai kenangan.

Semoga adam terus rajin lagi lepas ni.

Macam mana tak rajin, mak dia sejenis makhluk hijau kat rumah kah kah kah!



Mak hijau pun untuk kebaikan anak-anak mak jugak, harap anak-anak dah besar, faham kenapa mak memang tegas dalam bab sekolah.

No play play!



Semoga terus menjadi pemangkin!


Post a Comment

35 Comments

  1. tahniah adam :)
    sejuk perut mak mgandung awak haaa :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah adam. seronok adam dapat hadiah dari cikgu besar tu. Mak adam pun tumpang bangga tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah, tak sangka jugak sebenarnya

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Adam :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah Adam..moga jadi ikutan kpd adik2.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.Tahniah untuk mak dan anak.Kerjasama yang mantap..ibu bapa..pelajar/anak dan guru di sekolah.

    ReplyDelete
  6. yay! congrats Adam!! continue the success tau

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Adam. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  8. Wah..Alhamdulillah! Tahniah Adam dan maknya..hehe

    ReplyDelete
  9. tahniah adam.... moga terus sukses dan terus dapat anugerah lagi dan lagi

    ReplyDelete
  10. tahniah adik adam! teringat masa Cuya di sekolah,walaupun dapat hadiah buku nota kecik..dah cukup bahagia dah dengan galakan cikgu bagi. Sampai sekrg kalau dpt hadiah..sukanya ~ heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, akak pun sama, dulu cikgu bagi benda simple gila je, tapi seronok dia lain macam :)

      Delete
  11. Tahniah Adam...keep up a good work to both mother & son..

    ReplyDelete
  12. good job abang adam. mak memang selalu kena jadi hijau kalau tak tu anak-anak lupa diri. kadang-kadang bila mak jadi hijau ngan abahnya pun ikut bangun sekali hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe ahahaha
      tapi kalau ayah yang jarang menhijau tu sekali sekala jadi hijau, emnikus 1 rumah..huhu

      Delete
  13. wahhhh good job adam! Tak sia-sia maknya jadi hijau hahaha

    ReplyDelete
  14. Happy bila dapat yang terbaik dalam kalangan terbaik! hehee... Yay!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.