Search This Blog

Tuesday, August 25, 2020

Sel Abadi Henrietta Lacks

Assalamualaikum semua, harini nak share berkenaan seorang wanita bernama Henrietta Lacks, yang mana dia masih 'hidup' walaupun dah lama meninggal dunia!



Di suatu pagi pada tahun 1951, seorang ibu yang berusia 31 tahun tergesa-gesa ke hospital kerana mendapati ada berlakunya pendarahan yang banyak dari vaginanya.

Seorang pakar sakit puan terus menjalankan pemeriksaan terhadap ibu tersebut dan mendapati dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan malignan yang besar di serviks. Namun tiada siapa yang menyangka, penemuan tumor berkenaan akhirnya membawa kepada penemuan yang lebih hebat dan aneh!

Ibu tersebut, Henrietta Lacks, adalah seorang warga Amerika yang berketurunan Afrika, dan pada era berkenaan, hanya sebahagian kecil sahaja hospital yang sudi menawarkan rawatan kepada golongan Afrika-Amerika ini, dan salah satunya adalah Hospital John Hopkins yang menjadi tempat pertemuan Henrietta dan pakar sakit puan tersebut, Dr Howard Jones.

 

Sejarah perubatan Henrietta menunjukkan beliau menerima rawatan kepada kanser serviksnya secara radium. Pada tahun 1951, rawatan radium adalah yang terbaik untuk melawan kanser yang pastinya menyukarkan kehidupan sesiapa sahaja yang menghadapinya. Sel kanser Henrietta diambil oleh Dr Jones untuk kajian rawatan dan diserahkan kepada makmal ujikaji yang berdekatan dengan Hospital John Hopkins.

 Ketua penyelidik makmal berkenaan, Dr George Gey dan Dr Margaret Gey, memang telah sekian lama menjalankan kajian terhadap tisu dan sel kanser yang diperolehi dari Hospital John Hopkins, namun kajian mereka tidak dapat diselesaikan dengan baik kerana kebanyakan sampel tisu dan sel yang diterimanya akan mati dalam masa yang singkat di makmalnya. Percubaan mereka untuk mengkultur tisu dan sel kanser di makmal mereka tidak pernah berjaya walaupun setelah mencuba selama 31 tahun. Tetapi, ketika pasangan Dr Gey menjalankan kajian terhadap sel kanser Henrietta, mereka mula perasan sesuatu yang di luar kebiasaan: Jika sel kanser pesakit lain akan mati dengan cepat, sel kanser Henrietta pula membahagi tanpa tanda-tanda akan mati setiap 20 ke 24 jam yang berlalu!


Sel Henrietta itu terus-menerus membahagi tanpa henti sehinggalah empat hari kemudian, makmal Dr Gey telah mempunyai begitu banyak sel kanser tersebut. Pasangan Dr Gey Bersama dengan pembantu mereka, Mary Kubicek, terpaksa memindahkan kesemua sel-sel baru yang banyak itu ke dalam beberapa tiub ujikaji, dan kesemua sel tersebut terus membahagi tanpa henti di dalam tiub-tiub itu.


Sepertimana pantasnya sel-sel kanser Henrietta berterusan membahagi tanpa gagal di makmal Dr Gey, seperti itu jugalah yang berlaku kepada sel kanser di serviksnya. Hanya setelah enam bulan beliau disahkan menghidap kanser, sel malignan mula menyerang keseluruhan badan Henrietta lantas meragut nyawa ibu muda yang berasal dari Baltimore itu.

 

Namun begitu, walaupun setelah kematian Henrietta, sel beliau yang disimpan di makmal Dr Gey masih kekal segar! Mereka menamakan sel Henrietta itu sebagai “HeLa” sempena suku kata pertama nama Henrietta Lacks.

Walaupun Henrietta telah mati, sel HeLa telah berjasa dengan begitu banyak sekali. Pasangan Dr Gey telah menggunakan sel HeLa dalam pelbagai kajian yang melibatkan sel manusia; antaranya kajian berkenaan kesan toksin dan hormone terhadap pertumbuhan sel kanser, kesan radiasi dan penggunaan racun terhadap genom manusia dan mengenalpasti virus yang menjadi punca penyakit polio.Selama berpuluh tahun, Sel HeLa turut dikongsikan kepada penyelidik yang berada di serata dunia. Yang lebih menakjubkan, sel HeLa juga pernah dibawa ke angkasa lepas untuk dijalankan ujikaji ke atasnya!

 


Henrietta Lacks, seorang ibu yang menderita kesakitan dek kanser serviks telah mati pada usia yang muda, tetapi beberapa dekad telah berlalu, legasinya masih lagi wujud sehingga ke hari ini, dan memberi impak yang sangat besar terhadap bidang kajian berkenaan sel kanser, namun dia sendiri tidak pernah tahu jasanya sebesar ini, sehingga abadi!


Kisah hidup Henrietta juga turut diadaptasi menjadi sebuah filem.



Boleh juga klik play pada video YouTube di bawah untuk melihat video animasi berkenaan Sel Abadi Henritta Lacks.



Semoga bermanfaat 😄

20 comments:

  1. Dia sendiri pun tak tahu jasa dia kepada bidang perubatan. First time baca cerita ni. Nice lah

    ReplyDelete
  2. Tak dapat bayang kan cemana keadaan dia masa tu. Agaknya masa dia mati pun sel tu masih hidup dan membiak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, dahlah sakit kan. Ada 1 artikel lain saya terbaca, famili dia tak begitu suka yang sel dia digunapakai lepas dia dah tak ada tu..

      Delete
  3. Byk jasa HeLa dlm bidang perubatan...pertama kali baca kisah ni, thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. First time baca kisah Henritta ni. Kesian pada dia, sakit macam tu diusia muda. Begitu banyak jasa dia dalam bidang perubatan. Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takdir dia sebegitu kan, rupanya ada hikmah pada dunia perubatan!

      Delete
  5. Replies
    1. Kisahnya unik dan lain dari yang lain kan? :)

      Delete
  6. shida pun pertama kali baca ni jasa beliau yg sntiasa dikenang..tq sharing :)

    ReplyDelete
  7. Beru tahu kisahnya. Pelik tapi benar. Kejadian yang berlaku ada sebabnya.

    ReplyDelete
  8. Dah lama..tapi masih org gunakan dia sebagai panduan kan.... MAY SHE REST IN PEACE

    ReplyDelete
  9. thank you atas info ni..baru ammi tau.
    tapi bayangkan betapa aktifnya sel kanser dalam badan dia tu kan. Terpikir plak ammi siapalah yg jaga anak2 dia lepas dia meninggal (eh kesitu pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha biasa tu, kekadang kita akan terfikir jauuuhh..
      tu la, mesti dia sakit sangat kan masa hayat dia huhu

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me