Search This Blog

Monday, August 24, 2020

Menginap di Shaftbury Stellar Putrajaya Hotel

 Mungkin sebab adik ayu selalu meratib cakap nak tidur 'rumah otel' lepas balik dari Kuantan masa adik aku kahwin haritu, Allah makbulkan doa dia.

Kami terjumpa deal untuk Stellar Hotel Putrajaya ni, boleh kata taklah berapa awal. Hanya seminggu sebelum. Itu pun plan untuk cuti sekolah 5 hari sebab awal Muharram tu. Dan tak adalah macam terlalu bersungguh cari hotel, tapi terlalu pulak deal tu masa kami suami isteri tengah search hotel yang bersesuaian.

Harga memang drop gila-gila sebab offer, untuk bilik jenis Executive 2 Bedrooms.

Hah apa lagi mau ditunggu, booked secepat mungkin!

Itulah yang hari Jumaat lepas ni, kami pun checked in.




Putrajaya dengan Senawang taklah jauh mana, dalam sejam boleh sampai.
Maka, lepas zaimi solat jumaat, kami pun gerak.

Dalam hati excited sebab ini boleh dikira pertama kali kami akan menginap di hotel yang jenis kondominium jenis ini.

Checked in agak lancar, musim covid, jadi kena isi borang deklarasi kesihatan semua.
Lepas tu, kena bayar deposit RM100 walaupun dah buat full payment,
biasalah hotel kan memang macam tu, sebagai cagaran jugak kan.

Dapat tingkat 31, bilik nombor 10.
Punyalah tinggi!

Total tingkat  yang ada di Shaftbury Stellar Hotel Putrajaya ni ada 36 kesemuanya.

|Entry ini banyak gambar|

Oh ya, hotel ni ada parking jenis basement.



Jadi untuk naik ke bilik hotel, mula-mula naik lif sampai G, aras lobby, lepas tu tukar lif pulak untuk naik ke bilik. Adam punyalah semangat nak tolong 'tet' kan kad untuk tekan button lif, sebab security, lif tu takkan bergerak selagi guest tak touch kad bilik dekat sensor bawah button lif.

Rumah kami tak ada lif, mungkin sebab tu lah adam jadi excited state sikit haha!


Tema bilik ni jenis scandinavia, memang masuk-masuk je bilik hotel, akan rasa teruja dan gembira melampau sebab cantik sangat-sangat bilik dia weh!


Masuk-masuk je akan jumpa bahagian dapur dulu.
Dapur dia pun boleh dikatakan 'cukup' lah benda asas.
Ada dapur masak, pati ais 2 pintu, ada rice cooker dan juga microwave, ada jugak cerek elektrik, sinki besar, ada kuali periuk cawan sudu..eh boleh dikatakan, boleh la kalau nak memasak dalam bilik ni.

Ada sekali aku terserempak dengan guest bawak sayur tunggu lift, mesti nak masak lettew..hihi

Ada juga mesin basuh, tapi kami tak sempat nak try.
Malas pun iya jugak, baju kotor kumpul je dan basuh kat rumah.


Ada meja makan untuk 4 orang, tapi kami tarik je kerusi 4 segi tu letak tepi masa nak makan sama-sama kat meja. Makan sama-sama lagi seronok kan 😊


Excited betul anak anak omak ni ha..


Ruang tamu dia pun cozy je, kerusi memang empuk sangat sangat, maka di situlah zaimi menidurkan diri dia selama 2 malam, sambil-sambil tengok tv 😂


Room kami ni tak ada balcony, kalau nak tengok bawah, intailah dari tingkap tu.
Eh tapi tu pun dah gayat..wuuu


View dari bilik yang ada katil single.


Macam-macam gaya posing budak- budak ni ha..


Ini bilik utama, ada katil size king, dengan konsep almari terbuka.
Senanglah nak letak beg kan, tak payah kuak pintu almari.



Ada peti besi, ada iron dan iron board, sejadah pun turut disediakan.


Bilik utama ni ada TV jugak.


Amir sibuk nak intai ada apa kat bawah, tapi mak yang seram.
Nasib baik tingkap dia memang tak boleh bukak, ketat semacam.
Kalau senang bukak, susah jugak nak lena malam-malam, risau budak-budak ni bukak ke apa kan.


Inilah pemandangan ke bawah dari unit kami, pool view.




Bilik memang selesa la, adik ayu lepas dah baring malam tu, tak bangun bangun dah haha!
Penat agaknya berjalan siang tu.



Bilik kedua pulak cuma ada katil single, bilik ni comel kecik je.
Memang buat bilik abang-abang je lah, sama jugak, almari jenis open.


Walaupun katil single, tapi abang-abang 2 ketul ni gigih nak tidur sama-sama jugak, nasiblah badan kecik, muat la nak squeeze in atas 1 katil single tu hahaha

Toilet pulak ada 1 je, kat luar, depan dapur.
Pintu dia di antara 2 bilik tidur tadi.

Oklah besar dan wangi, cuma sedikit kekok dan rasa payah sebab kemelayuan yang tinggi.
Kenapa?


Sebab jamban tak ada paip untuk cebok ahahah
Jamban modern yang air pancut terus dari dalam.
Walaupun modern, jiwa melayu aku tetap tak dapat nak hadap..wuwu..
Bertabahlah 3 hari masa ni.


Sabun dengan syampu, hotel ni sediakan yang besar terus.
Cuma dia lock, jadi tak bolehlah nak alih.


Dekat bawah hotel ni, ada mall patutnya, tapi belum fully occupied.
Masih banyak lot kedai kosong.


Kedai untuk keperluan asas yang selalu kita beli barang untuk duduk hotel ada jugak, macam Mynews, 7eleven..


Ada kiosk Tealive.. ini iolls terpaling suka!

Ada jugak McDonald, ada Starbucks.




Sekali sekala playing tourist ahaha

Depan hotel ni, Alamanda.
Boleh lintas jalan dan terus ke mall tu.

Kami pun lintas jugak, nanti lah itu kat entry lain.

Haritu, sebelum nak menginap, adalah baca beberapa blog, pengalaman orang yang pernah menginap kat sini jugak, diorang ada cerita pasal ada balcony untuk tengok view Putrajaya, dekat tingkat 36.

Apa lagi, kami pun naiklah.



Itulah viewnya.

Kenapa macam tu je, sebab takut nak pergi dekat-dekat tepi hahaha!
Weh gayat weh!






Angin agak kuat jugak masa ni, rasa macam terhoyong hayang pun ada.

Actually dari situ boleh nampak pejabat perdana menteri tu, dan macam macam lagi.

Hotel ni jugak ada kolam renang, ada sauna, spa, dobi layan diri dan gym.
Tapi taklah guna semua perkhidmatan tu.
Zaimi je bawak abang-abang pergi pool.



Nak masuk pool pun musim pandemik ni, ada sop.
Limit 25 dewasa dan 8 kanak-kanak je dalam pool ada sesatu masa, dan limit mandi dalam sejam je macam tu.



Seronoklah abang-abang tu, memang menuntut sangat nak ke pool tu.
Aku dengan ayu tak ikut, lagipun masa tu ayu tak bangun tidur lagi.




Itulah sahaja pengalaman menginap di Stellar Shaftbury Putrajaya Hotel untuk kali ini.
Memang puas hati lah, kecuali tang toilet tak ada getah paip hahaha


Abang-abang sedih nak tinggalkan hotel ni, seronok sangat katanya.
Tapi takkan nak stay forever pulak kat hotel ni, hilanglah specialnya nanti kan..eheh

Andai kata korang menginap sini nanti, dan rasa payah jugah nak guna toilet canggih tu, takpa, korang turun ke lobby, guna toilet kat bawah.
Ada getah paip wakakak!


34 comments:

  1. seronoknya adik ayu dapat tidur bilik otel mcm hari tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, dapat tidur sampai taknak bangun dia

      Delete
  2. Nanti bila-bila boleh la datang lagi ya.

    ReplyDelete
  3. done follow here..wahh bestnya anak-anak mandi pool

    ReplyDelete
  4. bestnya stay kat sini.. kalau family besar mmg selesa dtg sini kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, ramai yang menginap sini memang ramai2 besar2 family nya hihi

      Delete
  5. Lama juga 3 hari menginap.
    Hehe bagi tips sesiapa yang hendak guna tandas ada paip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. saja melayan anak2, sebab tak tau nak ke mana sebenarnya hehe

      Delete
  6. Mak oii gayatnya cheq tengok tingkat 31 tuu....hihi bestnya dapat mandi pool 😄👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. gayat kan, nak berdiri dekat tingkap pun saya tak berani hahaa

      Delete
  7. Waaah. Seronok dapat menginap hotel mewah bersama keluarga kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekali sekala, kebetulan harga dia murah kali ni hehe

      Delete
  8. Uihhh.... sayupnya pandang ke bawah! Gayat ai!

    ReplyDelete
  9. akak bg good idea la. GV ingat nak bawa famili ke sini atau tempat ala sini untuk bercuti juga la. nampak happening dan best kak. :D

    ReplyDelete
  10. nampak seronok anak2 semua...hehe..sesekali bercuti mcm ni best jg..bertukar angin..bilik selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, tak ke mana sangat pun, banyak masa duduk je bilik ni, anak2 memang sangat seronok haha

      Delete
  11. Weekend lepas CP pun tidur kat hotel gak dengan kawan. Saje berubah angin hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kena jugak ubah angin kan CP ;)

      Delete
  12. Slmt ber cuti, Seronok kan tgk anak2 Syaz mandi manda
    😊Masa anak2 sis. Kecik2 dulu memangg suka sgt tu

    ReplyDelete
  13. cantik bilik hotel syaz ni..bersih jer..dapur dia..wau sgt..tp biasa kalau mginap xlama mmg x berasapla dapur tu,dr msk smpai kluar..cmtu je dapur hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semestinya ahaha, rela makan maggi cup tau shida, macam tak kosser nak masak ahahaha

      Delete
  14. wow! best betul hotel ni. Suka dekorasi scandi. Bilik pun luas. Nampak mewahnya disitu. Harga drop memang berbaloi lah stay sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau ikut harga asal dia, fikir banyak kali jugaklah nak booked hihi

      Delete
  15. syaz tinggal kat senawang ke?? baru ammi tau. rumah mama ammi kat temiang jaya ahaksss..

    ReplyDelete
  16. tak suka kalau jamban cenggitu memang tak selesa lah. Hard Rock desaru pun macam tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kat sana pun macam tu eh, tu la tak suka la kan..huhu

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me