Entry kali ini masih pasal pisang. 🍌
Moga-moga anda semua tidak pishang. 😂
Ya, ada orang yang memang tak layak nak jadi penjual goreng pisang, sebab betapa tidak berkredibiliti nya dia, kerja semudah itu pun
dia tak boleh buat!
Apa punya teruk manusia tu??
Marah ni!
Siapa orang tu?
Nak tau ke?
Aku lah.
Aku lah orang yang tak layak nak berniaga goreng pisang.
Uhuhuhu...
Okey, cuba kalian bayangkan goreng pisang tu macam mana rupa paras dia.
Panas-panas.. kilat-kilat, ada lapisan garing krup krup..
Pergh..
Selayaknya goreng pisang untuk jual ni, kena secantik ini 👇
Gambar ni masa google, terjumpa. Rupanya dari blog Si Hati Merah Jambu, pinjam ya.
Eh korang lepas ni pergilah blog dia ya 😉
Berbalik pada kisah aku tidak layak untuk berniaga goreng pisang tadi.
Kalau kalian masih ingat entry yang aku buat pengat pisang guna pisang cavendish tu, aku guna beberapa biji pisang je.
Jadi, dari sesikat pisang tu, ada lebih lagi pisang.
Jadi, why not harini kita buat goreng pisang!
Kata hatiku, dan aku say it out loud kat seisi rumah.
Anak-anak pun bersorak sorai la kan, sebab masing-masing suka makan goreng pisang.
So let's.
Pisang yang berbaki 6 biji tu pun dah sedikit lembik.
Sebab dah masak kan.
Sebiji kita belah lah 4.
Gaullah dengan bancuhan tepung goreng pisang cap Nona.
Sekali masa goreng, aku dapat kenalpasti kelemahan dan kehampehan aku dalam arena goreng pisang ni.
1. Pisang tu melekat-lekat antara satu sama lain.
Bukan sepatutnya dia solo solo ke?
2. Pisang tu terbogel dalam kuali.
Aik boleh tercabut pulak tepung dia lepas dah garing.
3. Aku tak berani nak masukkan pisang guna jari, maka pakai sudu,
takut jari tercelup dalam minyak hahah!
Maka inilah hasilnya:
Yang bogel aku dah ngap.
Geram kat dia apesal tercabut.
Betapa tidak indahnya kemenjadian korang..
Maafkan aku pisang.
Goreng pisang pun fail..haiya..
38 Comments
pisang kalau terlalu masak bila digoreng mmg mcm nie bentuknya.. ala.. boleh cuba lagi.. tgk org jual goreng pisang pun xde rupe bentuk pun laku je janji boleh buat minum petang dengan air teh o panas..
ReplyDeletebetul la tu, agaknya sebab terlalu masak kan
DeleteBoleh cuba lagi. lama-lama pasti menjadi tu..
ReplyDeletebaik, lepas ni saya cuba lagi hehe
Deletepishang betullah, hahaha.. agaknya pasal pisang tu dah masak sangat la Syaz
ReplyDeletekan, horror jadinya haha
DeleteUsaha tangga kejayaan.
ReplyDeleteRasa macam mana? Asal sedap rupa buruk pun takpe.
nasib baik sedap hehehe
DeleteHihi..pisang makan mana sedap digoreng syaz, awat tak buat cekodok..kan ada entri cerita pasal cekodok tu..
ReplyDeleteitulah tu hahaah tak terfikir pulak masa tu kak :D
Deletealahh takpe nanti boleh cuba lagi. mungkin sbb pisang tu dah terlebih masak ranum agaknya kan, itu yg jadi cenggitu.. mommy boleh cuba lagi kan hehehe
ReplyDeleteitulah, kena try lagi heheh
DeleteAda pisang sesuai di makan masak semulajadi,ada pisang boleh dibuat kek,digoreng,dibuat pengat atau direbus.Ada juga yang sesuai untuk digoreng lebih sedap.Tak apalah.nanti boleh cuba-cuba lagi.InshaAllah.Aamiin.
ReplyDeleteInsyaallah PC, akan beli pisang2 yang dicadangkan dalam komen2 ni hehe
Deletechaiyookk kak. huhu. lapar pula tgk pisang goreng. huhu.
ReplyDeletepetang ni boleh cari pisang goreng hehe
Deletetak kisahlah macam mana rupanya...janji bole ngap berkali2! ngeh3...
ReplyDeletenak shikit boleh? :3
segan nak bagi sebab horror sangat rupa dia ahahaha
Deletedah masak + lembik awat xbuat cucok jer syaz..tp spesis shida la..mesti gagal buat kuih sebarang kuih pun ^_^
ReplyDeletebetul sangat tu shida, kite memang fail bab2 kuih sebenarnya hahahah
Deletebuat jemput2 pisang je lain kali. hehehehe...x ada siapa yg komen nanti...
ReplyDeletekan, kenapalah tak terfikir nak buat cekodok je huhu
Deleterasa sedap, ok je..
ReplyDeleteok di makan, seram dipandang ahaha
DeleteBukan semua pisang boleh digoreng.
ReplyDeletePisang cavendish kurang sesuai.
Cuba cari pisang nipah, pasti jadi.
Betul lah wak, dah terbukti tak sesuai hehe
DeleteKita cuba lagi dan lagi dan lagi.
ReplyDeleteIni biasa berlaku pada saya juga.. wakakaka..
Sep...kikiki
Deletebila terlalu masak die akan jadi lembik sanagt..aduh sis buat sapen je entry tadi..penggunaan tepung pon salah satu reason..biasanya orang cmpur tepung gandum dengan tepung lain..saya lupa la hehe..tapi boleh la tu sis..da hampir nak jadi da tuh
ReplyDeletekan, banyak parameter kena diperhalusi ni, tepung, jenis pisang..yang palng penting bakat saya..huwaaa hahaha
Deletesebenarnya pisang cavendish ni sejenis pisang yang tak boleh di goreng dengan tepung gitu...dia sesuai di buat cekodok, buat pengat dan kek pisang... tapi tak sesuai di goreng dengan tepung... macam sesetengah pisang yang tak boleh di goreng... dia akan jadi berminyak dan tertanggal dari tepungnya... sedikit perkongsian dari akak yang suka menggoreng pisang hehehe
ReplyDeleteooo..patutlah terbogel pisang saya hahaha
Deletekikiki.. maaflah saya gelak sebab saya juga pernah jadi begini..
ReplyDeleteTakpe, practice make perfect.. dont give up.. you can do it..
Yeahhh tenkiu sha bagi semangat haha
Deletegoreng ja pisang awak r pisang nangka yg mengkal gerenti xlucut salutnya syaz
ReplyDeletekan kak PI, cuma kadang2 rasa dia kelat sikit
Deletekalau pisang dah ranum boleh buat cucur kodok hehe
ReplyDeletebaik! hahaha tu lah, ramai suruh buat cekodok ni, pasti saya akan buat cekodok lepas ni ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.