My Office My Gym Full House!

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, program webinar yang team kami anjurkan bersama kerjasama pihak UPNM tu telah berjalan dengan lancar!


Terima kasih atas doa kawan-kawan blog juga 😁

Pagi tadi, seawal 9 pagi aku dan team dah get ready untuk webinar ni, dalam hati memang sangat-sangat berharap ada participant, dan talian internet berjalan lancar.



Dan tanpa kami sangka, rupanya full house! 
Alhamdulillah..syukur sangat.


Dan mana yang tak muat nak masuk Google meet, ada yang ikuti melalui Live Facebook Pusat Pengajian kami.

Peserta memang berminat sebab webinar ni memang kami buat konsep santai-santai je 😁

Macam-macam soalan yang ditanya, Dr Syuhada pun memang boleh jawab dengan baik.


Kami yang ajk ni pun of course ikut buat movement 😄



Movement dibuat untuk kekal cergas dan cerdas hanya dari meja pejabat.
Memang kitorang sangat teruja tadi, bila Dr Syu ajar cara buat lompat bintang tanpa bangun dari kerusi!

Amazing!


Dia ajar juga cara guna barang-barang office je untuk bersenam.
Paling banyak guna kerusi saja.
Tak ada kerusi?
No problem, guna dinding je uolls!

Memang sangat terharu dengan sambutan, dan terima kasih pada team sebab kerjasama yang sangat baik, terima kasih pada kawan-kawan yang sudi share iklan kami, terima kasih Dr Syu atau nama manja dia Adot, kerana sudi jadi speaker untuk hari ni hihihi


Alhamdulillah, adalah lebih 411++ orang staf yang join, terima kasih atas sokongan kalian 💓

Siapa nak tengok saved video boleh tengok kat sini.

Terima kasih sudi doakan dan beri kata-kata semangat haritu,
Semoga kalian dimurahkan rezeki😀

Insyaallah akan blogwalking semula nanti, harini busy hihik✌😁


Post a Comment

24 Comments

  1. alhamdulillah...program yg bermanafaat

    ReplyDelete
  2. wah ramainya join!!
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-dapat-suprise-box-daripada-anak.html

    akk nk tanya la,akk thu tk kenapa bila komen dekt blog org lain,tiba2 ada recaptcha atau "i am not a robot"..akk thu kn yg tu...

    tkthu kenapa harini pergi semua blog macam tu jadi, ke sebb saya letak link blog saya dlm ruang komen,jdi blog ingt saya spam?..haiya.

    nnti akk komen kt blog saya ya kalau ad masa..masheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jugak kena, tapi ada masa2 dia tak minta pun, ada masa dia minta. entahlah haha

      Delete
  3. tiada alasan untok cergas... (kecuali uncle... hehehe)

    ReplyDelete
  4. busy sokmo kan selamat bertugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak PI, itu la, saya harap sangat masih sempat blog dan menulis ;)

      Delete
  5. wah! bagus nye.. ada save tak live tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cik pya, boleh tengok sini ;)

      https://www.facebook.com/NuhaHuha/posts/10157353789331630

      Delete
  6. menarik....
    di jupem pun masa yang PKP yang tak kerja penuh lagi, banyak di anjurkan kursus atau bengkel online gini, kita boleh akses melalui fb jabatan secara live dan memang ramai yang layan dan join

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dan sekarang agak mudah untuk ajak collab dengan organisasi luar sebab hanya thru internet kan ;)

      Delete
  7. Alhamdulillah..tajuk menarik..

    ReplyDelete
  8. bestnya activiti mcm ni... tak pernah terfikir pula

    ReplyDelete
  9. bestnya lomopat bintang xyah bangun dari kerusi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? teruja betul saya dengan yang itu hahaha

      Delete
  10. Alhamdulillah. tahniah untuk semua yang terlibat.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.