Search This Blog

Sunday, October 25, 2020

Hipnotis - Dr Mafeitz | Review Buku


Cover buku ni mengingatkan aku masa aku berada atas katil sempit atas dewan bedah ketika bersalinkan amir dan ayu.
Macam ni lah yang aku nampak, doktor-doktor bertopeng, lampu terang kat atas yang aku tengok curi-curi, sebab nak tengok keadaan diri sendiri kena belah dari bayang-bayang kat lampu tu.

Dan seperti tajuk  buku ini, aku memang mamai, mengantuk dan yang pasti sejuk melampau! Sebab kena bius lah kot, tu yang mamai agaknya ek?

Itulah juga isi kepada buku yang tidak berapa nak tebal berjudul Hipnotis ni. Cerita-cerita dari pakar-pakar bius, tentang pengalaman yang berkaitan nak bius pesakit di hospital mereka bekerja.

Best jugak, cuma banyak term medical yang tak berapa kita nak faham.
Ada juga di explain sikit-sikit untuk membantu kita faham.

Overall, buku ni best juga, tapi kena baca masa tenang (aku lah tu)
Kalau tidak, aku sakit kepala, mungkin sebab nak fahamkan ayat-ayat ada term medikal tu kot. ehehe

Personally, buku ni aku bagi 4 bintang!
⭐⭐⭐⭐

😎

PS: Kuliah semua atas talian ni, rasa bercakap sorang-sorang pun ada..
😴
Semoga esok lebih bersemangat ya semua!
Dahlah dari rumah..huhu
Mesti ada suara-suara asing join sekaki ahaha



 

33 comments:

  1. Akk baru je habiskan satu novel cinta klise yg byk sangat unsur kebetulan, tapi ada part sedih gila yg buatkan akk nak baca novel tu w/p novel cinta remaja kan, hihi..lama dah tak baca novel. Novel perubatan camni lagilah malas akk nak baca, haaaa..ngaku siap2.

    ReplyDelete
  2. uncle pon pernah dudok bawah lampu besar macam tu... lepas bius teros 'hilang' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. hehe, uncle kena operate sebab apa tu hehe

      Delete
  3. cabaran sungguh bg online lecture di umh kn.. kalo x suara asing join sekaki mst ada wajah comel sebelah tetiba muncul... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul3, dengan pakej bercekau sesama adik beradik pun ada kadang 😂

      Delete
  4. Macam nampak makhluk asing pula gambar itu.

    ReplyDelete
  5. Perkataan 'hipnotis' ini mengingatkan saya pada tahun 2012 ikut kursus ini di Kota Kinabalu. Mahal juga yurannya, untuk dua hari M1,000 tidak termasuk makan dan tempat tinggal. Tiket kapal terbang beli sendiri. Saya tak mampu nak amalkan, sekadar cari pengalaman dan tambah pengetahuan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menariknya, ada kursus hipnotis yang betul2 tu ya, interesting!

      Delete
  6. Haha...tgk cover buku ni pun dh meremang.. teringat kena buat czer masa anak bongsu dulu

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Menarik juga bukunya, boleh cuba baca nanti 😁

      Delete
  8. ni antara jenis2 buku yg bagi kita knowledge. bab terms yg tak paham tu kalau syaz tak paham ammi ni lagi le tak paham (tapiiiii google kan ada)

    ReplyDelete
  9. Saya anak first C section memang tak tahan rasa sejuk nya.
    Online kalau dari rumah memang bunyi pelbagai lagi ada anak-anak bersama. Saya pula kat Kampung Mak, line Internet hanya kuat kena duduk kat luar rumah, student dengar lah bunyi ternakan mak tu angsa, itik, ayam dll hahaha... Tapi saya dah pesan saya kat Kampung dan di luar rumah. Yang jadi masalah hujan lebat kena confirm dengan student dengar tak kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalala cutenya masa lecture ada bunyi ayam itik hehehhe, betul kalau hujan tu yang seram sikit kan

      Delete
  10. hahaha selalunya student mmg tak akan bersuara ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersuara, cuma perasaan bercakap depan laptop tu sorang2 yang tak best hehe

      Delete
  11. Biasa buku macam ni, orang2 medik jela faham. Tapi seronok juga baca, boleh tambah ilmu. Syaz lecturer ye? Selamat memberi kuliah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, seronok juga tambah general knowledge hehe

      Delete
  12. Macam menarik buku tuuu...

    Haha suara asing join sekali..? Mesti mereka comel kannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah kalau dah bergaduh menjerit dan menangis, tak comel dah ahahah

      Delete
  13. Sha dah baca buku ini.. best.. Tak puas sebab nipis..

    ReplyDelete
  14. Bercakap sorang-sorang takpe juga, jangan tetiba berdengkur jer. Menarik juga buku tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu tengah kelas, tetiba bunyi orang menguap yang ada krohhh tu..haih sabau je la hahaa

      Delete
  15. term medical ni susah sikit nak hadam. hihi..memang kena tenang tenang je nak membacanya.Tapi okay dapat belajar tambah ilmu sikit.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me