Cover buku ni mengingatkan aku masa aku berada atas katil sempit atas dewan bedah ketika bersalinkan amir dan ayu.
Macam ni lah yang aku nampak, doktor-doktor bertopeng, lampu terang kat atas yang aku tengok curi-curi, sebab nak tengok keadaan diri sendiri kena belah dari bayang-bayang kat lampu tu.
Dan seperti tajuk buku ini, aku memang mamai, mengantuk dan yang pasti sejuk melampau! Sebab kena bius lah kot, tu yang mamai agaknya ek?
Itulah juga isi kepada buku yang tidak berapa nak tebal berjudul Hipnotis ni. Cerita-cerita dari pakar-pakar bius, tentang pengalaman yang berkaitan nak bius pesakit di hospital mereka bekerja.
Best jugak, cuma banyak term medical yang tak berapa kita nak faham.
Ada juga di explain sikit-sikit untuk membantu kita faham.
Overall, buku ni best juga, tapi kena baca masa tenang (aku lah tu)
Kalau tidak, aku sakit kepala, mungkin sebab nak fahamkan ayat-ayat ada term medikal tu kot. ehehe
Personally, buku ni aku bagi 4 bintang!
⭐⭐⭐⭐
😎
PS: Kuliah semua atas talian ni, rasa bercakap sorang-sorang pun ada..
😴
Semoga esok lebih bersemangat ya semua!
Dahlah dari rumah..huhu
Mesti ada suara-suara asing join sekaki ahaha
33 Comments
Akk baru je habiskan satu novel cinta klise yg byk sangat unsur kebetulan, tapi ada part sedih gila yg buatkan akk nak baca novel tu w/p novel cinta remaja kan, hihi..lama dah tak baca novel. Novel perubatan camni lagilah malas akk nak baca, haaaa..ngaku siap2.
ReplyDeleteHahahah.. buku ni agak berat, walau nilis lambat gak nak habis hehe
Delete*nipis
Deleteuncle pon pernah dudok bawah lampu besar macam tu... lepas bius teros 'hilang' hahaha
ReplyDeleteAlamak.. hehe, uncle kena operate sebab apa tu hehe
Deletecabaran sungguh bg online lecture di umh kn.. kalo x suara asing join sekaki mst ada wajah comel sebelah tetiba muncul... hahahaha
ReplyDeleteHahaha betul3, dengan pakej bercekau sesama adik beradik pun ada kadang 😂
DeleteMacam nampak makhluk asing pula gambar itu.
ReplyDeleteKreatif kan illustrator dia 😁
DeletePerkataan 'hipnotis' ini mengingatkan saya pada tahun 2012 ikut kursus ini di Kota Kinabalu. Mahal juga yurannya, untuk dua hari M1,000 tidak termasuk makan dan tempat tinggal. Tiket kapal terbang beli sendiri. Saya tak mampu nak amalkan, sekadar cari pengalaman dan tambah pengetahuan sahaja.
ReplyDeleteWah menariknya, ada kursus hipnotis yang betul2 tu ya, interesting!
DeleteHaha...tgk cover buku ni pun dh meremang.. teringat kena buat czer masa anak bongsu dulu
ReplyDeleteCzer sangat menyeramkan kan kak 😆
DeleteSelamat mengulat buku.
ReplyDeleteTerima kasih wak 😁
Deletenampak menarik tu
ReplyDeleteMenarik juga bukunya, boleh cuba baca nanti 😁
Deleteni antara jenis2 buku yg bagi kita knowledge. bab terms yg tak paham tu kalau syaz tak paham ammi ni lagi le tak paham (tapiiiii google kan ada)
ReplyDeletebetul tu, google sentiasa ada di sisi hehehe
DeleteSaya anak first C section memang tak tahan rasa sejuk nya.
ReplyDeleteOnline kalau dari rumah memang bunyi pelbagai lagi ada anak-anak bersama. Saya pula kat Kampung Mak, line Internet hanya kuat kena duduk kat luar rumah, student dengar lah bunyi ternakan mak tu angsa, itik, ayam dll hahaha... Tapi saya dah pesan saya kat Kampung dan di luar rumah. Yang jadi masalah hujan lebat kena confirm dengan student dengar tak kita ni.
alalala cutenya masa lecture ada bunyi ayam itik hehehhe, betul kalau hujan tu yang seram sikit kan
Deletehahaha selalunya student mmg tak akan bersuara ka ?
ReplyDeletebersuara, cuma perasaan bercakap depan laptop tu sorang2 yang tak best hehe
DeleteBiasa buku macam ni, orang2 medik jela faham. Tapi seronok juga baca, boleh tambah ilmu. Syaz lecturer ye? Selamat memberi kuliah
ReplyDeletebetul2, seronok juga tambah general knowledge hehe
DeleteMacam menarik buku tuuu...
ReplyDeleteHaha suara asing join sekali..? Mesti mereka comel kannnnn
hahaah kalau dah bergaduh menjerit dan menangis, tak comel dah ahahah
DeleteSha dah baca buku ini.. best.. Tak puas sebab nipis..
ReplyDeletehihi best kan! ;)
DeleteBercakap sorang-sorang takpe juga, jangan tetiba berdengkur jer. Menarik juga buku tu
ReplyDeleteharitu tengah kelas, tetiba bunyi orang menguap yang ada krohhh tu..haih sabau je la hahaa
Deleteterm medical ni susah sikit nak hadam. hihi..memang kena tenang tenang je nak membacanya.Tapi okay dapat belajar tambah ilmu sikit.
ReplyDeletebetul tu, dapatlah pengetahuan tambahan ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.