Kenangan Konvokesyen Bersama Zizan Raja Lawak | Throwback Thursday | Ogos 2008

 Majlis konvokesyen first degree aku adalah pada Ogos 2008. Lama dah rupanya, rasa macam baru je lalui konvokesyen di Dewan Sultan Mizan (DSM) UMT dulu.


Alkisahnya dengan Zizan ni, bergambar macam kami ni satu family pulak kan?
hahaha!

Zizan cuma menyantuni peminat dia masa ni, kebetulan masa kami sampai di Kuala Terengganu, on the way nak naik ke hotel untuk check in, ternampak Zizan tengah makan dekat kedai makan bawah hotel tu.

Masa ni, Zizan baru je mula nak naik nama dia, kiranya Zizan masa ni BBNU la.
Dia tengah famous dengan rancangan gameshow dia yang nama Bolos tu, ingat tak?

Abah je yang berani pergi tegur dia, sebab aku dengan mak malu ahaha

Kebetulan dia dah sudah makan, dia pun ok je.
Maka ajaklah bergambar kenangan satu.

Agaknya dia tengok kitorang pikul banyak beg, dia yang offer nak pegang satu.
Tu yang dah macam gambar satu famili nak pergi bercuti jadinya kah kah kah


Halah halah kurusnya Zizan masa ni.
Abah pun muda lagi ha, rambut hitam lagi.

Gambar aku dengan dia pun ada, tapi tak apalah simpan sendiri la, taknak up lagi sekali kat sini.
Muka memang gemuk gila ahaha!

Rasa macam pernah up kat FB dulu, zaman muda-muda dulu.
Biarlah eheh.

Esoknya berlangsunglah majlis konvokesyen aku tu.


Ha inilah gambar kenangan dengan mak abah, yang masing-masing dah kepanasan.


Gambar dengan zaimi wajiblah ada kikiki
Kawan-kawan sekelas yang lain mana entah, lepas konvo tu, semua bertempiaran.



Aku pun dah tak ingat apa yang kami borak masa ni.
Seronok terlebih kot πŸ˜‚

Mana mak ayah zaimi?
Biarlah rahsia kikiki..

Itulah sahaja throwback untuk hari ini πŸ˜„

PS: Oh rupanya aku pernah tulis entry berkaitan jumpa Zizan ni dulu, kat SINI.
Diri sendiri rasa nak lempang diri sendiri bila baca entry tahun 2009 tu hahaha.

PSS: Maaf tak sempat nak blogwalking, minggu pertama semester kali ni sangat hectic. HUwaaaaa


Post a Comment

42 Comments

  1. wau zizan..My feveret pelawak la..jozan la...dua2 suka..
    pernah jumpa johan ke..zizan tak pernah..tapi paling minat zizan... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi dah agak zizan memang ramai peminat ;)

      Delete
  2. Sama-samalah kita mulakan minggu semester pertama, nasib minggu pertama cuma bab pengenalan kursus je hahaha...3 kursus dah bagi online, esok pagi lagi nak check balik semula nota.

    Memang gambar sama Zizan tu nampak macam sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep! yang geram tu line sangkut2, dah rasa macam cakap sorang2..wuwuw

      Delete
    2. Betul2 macam cakap sorang2 je.
      Pastu tension bila kita tak pula perasan sendiri bila dah berapa minit line kita sendiri tersendiri terputus ahaks memang cakap sorang. Pastu kena reverse balik tanya slide mana terputus... Adehhh

      Delete
    3. kan! kurang feel..haih.. semoga covid cepat2 hilang ;)

      Delete
  3. Zizan BBNU lagi, patutlah nampak suci, haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Masa ni, dia mesra uncle. Sekarang tak pasti hihik

      Delete
  5. ZIZAN PUN KALAH DGN ZAIMI YA SYAZ

    ReplyDelete
  6. gambar abah ngan zizan tu kalau abah ckp zizan tu anak dia pon org bole percaya...

    ReplyDelete
  7. wah dapat bergambar dengan zizan :)
    Bagus lah macam tu jaga hati peminat gituh..hope sampai skrg pn dia mcm tu :)

    ReplyDelete
  8. Kurus lg zizan masa ni... muka pun belom komersil sgt... hehehe

    ReplyDelete
  9. Wow,bergambar dengan Zizan Razak

    ReplyDelete
  10. Wah! Kenangan sungguh ni. Comel pulak muka Zizan masa tu ya.

    ReplyDelete
  11. Allahh lurusnya zizan hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  12. Beza sangat dulu dan sekarang semuanya kan. Ohh ye lah, last week ramai student register new sem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, minggu ni mula semester baru. tapi masih ramai di rumah, ODL sahaja..hehe

      Delete
  13. untunglar dpt bergambar dgn artis tuuu., ;p

    ReplyDelete
  14. tulah siap pegang beg dah macam family jugak... kalau tunjuk gambar ni kat zizan apa lah kata dia yek heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak kata apa2 kot, entah2 tengok pun taknak ahahaha

      Delete
  15. Friendly Zizan.Heheheheh..Tulah tengok macam keluarga pulak ya.

    ReplyDelete
  16. Suci nye muka Zizan masa tu.. hehehe

    ReplyDelete
  17. waaaa zaman BOLOS! hehehe kurus gila dia .. betul nmpk BBNU! hehehehe cute convo photos!!

    ReplyDelete
  18. masa ni memang minat giler kat zizan...rasa humble benor budak ni.. lepas tu...dia macam anooying sikit. sekarang dah slow down balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sekarang macam dah ok2 balik, suka tengok dia dalam The Masked SInger. Dia akan tarik balik rancangan tu ke arah lawak bila juri2 lain dah semakin serius.

      Delete
  19. kelakar je zizan BBNU tu ha..elok kurus tgk macam sopan je die tu..tu la da gaya satu family je ha..anyway tahniahh atas konvo nya..nak buang belakang gak la zaman konvo..rinduuu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.