Mr Diamond Pizza

 Salam Jumaat semua!

Scroll gallery handphone, terjumpa gambar ni.
Baru teringat pasal pizza ni.

Zaimi beli dua minggu lepas kalau tak silap.
Pizza produk muslim, kalau tengok kat kotak dia ada tulis Usahawan Bimbingan Risda.

Setakat ni, kat kedai yang zaimi beli tu, ada empat jenis je rasanya.
Oh ya kedai dia sebelah Usop Tomyam di Taman Bandar Senawang.



Rasa dia ok lah, sedang sedang.
Kalau nak lagi padu, mungkin mereka kena kayakan topping tu.
Sebab dengan saiz sama dengan Pizza Hut punya personal pizza, dijual dengan harga RM10, memang kalah.

Kalah sebab harga la kot, orang akan prefer beli Pizza Hut sebab murah lagi, Rm6++ je dan lagi banyak isi topping.

Kalau tambah isi pizza, insyaallah boleh bersaing 😀

Dan yang breadcrumb kat keliling tu tak payah pun takpa rasanya.

Eh bukan main pulak aku komen pizza orang.
Ye lah sebab nak Mr Diamod Pizza terus maju jaya 😍

Post a Comment

38 Comments

  1. Nampak sedap.. bila baca entri pagi2 ini. haha

    ReplyDelete
  2. Hmm... nmpknya diorg nk breadcrumb tu jd signature mereka kot... tp breadcrumb pn bkn ada rasa pun kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak ada rasa specific, dan stress bila anak2 makan berterabur atas meja dan lantai hahaha

      Delete
  3. Wowww pizza pun ada diamond ek hehehe... mesti rasanya sedap... kalau terjumpa nak try jugalah...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. harap2 nanti ada mr diamond pizza kat sana ;)

      Delete
  5. Area rumah shida pun ade pizza muslim.. Nama dia pizza mukmin..pizza dia sedap setanding pizza hut dagn domino lembut jer..harga pun berbaloi beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila cukup sifat +_ muslim kita pun tak teragak2 nak support kan :D

      Delete
  6. ah betul , better beli pizza hut klu topping dia tak byk mcm pizza hut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, lebih nikmat untuk kepuasan tekak heheeh

      Delete
  7. BACA N3 SYAZ TERINGIN PULAK NK ODE PIZZA

    ReplyDelete
  8. betul..kena ada penambahbaikan, bukan senang nak bersaing dgn jenama yg besar, yg jd household name..semoga produk Muslim ni kekal dlm pasaran & bertambah maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak nohas, semoga mr diamond pizza semakin maju dengan penambahbaikan :D

      Delete
  9. kalau topping dia lagi meriah, lagi sedap la kot kan kak syaz..hehe

    ReplyDelete
  10. Sy peminat pizza daging...kalori tinggi, i like hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang fit dan suka workout memang suka menu macam ni la kan ;)

      Delete
  11. Kurang isi yang boleh buatkan orang tidak mahu beli lagi.

    ReplyDelete
  12. Bab harga tu mesti akan kalah sebab mestilah nak cari lebih murah dan berbaloi kan. Kalau topping ala ala tapi mahal memang ramai yang akan memilih pizza hut. Melainkan rasanya memang sedap dan unik ditambah pulak topping yang sedikit banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab memang orang akan compare kan, sebab economy semasa poket masing2 pun penting untuk diambil kira hehe

      Delete
  13. Betul tu Syaz, sedap kalau banyak topping sebab saya pun suka makan topping saja, roti pizza makan sikit jer hihihiii.

    ReplyDelete
  14. Kt rumah akak ni semua anak2 hantu piza,yg si ayahnya ja lidah melayu tulen

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa kalau kat rumah saya, ayah diorang sorang je tak gemar makan kek hihih

      Delete
  15. nasib jauh. kalau x, boleh cuba XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mana tau terdatang sini nanti,bolehlah cuba :D

      Delete
  16. Kalau rasa padu, InsyaAllah akan ada peminat.
    Walaupun dominoes lagi mahal dari pizza hut, masih ramai juga penggemar Setia dominoes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tepat sekali, selalu juga beli domino pizza sebab sedap kan hehehe

      Delete
  17. Macam kat Perlis, pizza yang orang kita buat rasa mahal sebab kecik lepas tu topping sikit, nak tambah itu ini jadi sama harga large pizza terkenal dah. Tapi kita kena faham kos mereka buat tak sama jenama popular tu. Siapa lagi kalau bukan kita yang nak support mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tak ya juga kan, semoga akhirnya jenama mereka setanding dengan jenama popular ;)

      Delete
  18. hahaha..breadcrumbs tu penyeri. Awak apa tau???

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.