Zaimi tangkap gambar ni masa jemput adam balik hari isnin haritu.
Sayu pulak bila tengok gambar ni, sebab nampak adam macam dah besar. Dah abang-abang sangat nampaknya dia.
Dia dah tak minta nak duduk atas riba, kalau kita duduk duduk pun dia dah tak datang mereseh-reseh.
Dia dah tak harap kita mandikan, cebokkan.
Makan minum dah boleh buat sendiri.
Dah boleh tolong kemas-kemas rumah, boleh tolong buang sampah ke luar, boleh tolong jaga adik-adik..
Beg sekolah kemas sendiri ikut jadual, barang-barang peribadi pun dah boleh urus sendiri.
Dah pandai bergaya, dah tau malu..
Dah tak boleh didukung.. tak terangkat dibuatnya kalau cuba-cuba nak angkat dia.
Rindu masa dia baby, anak sulung..
Semua yang aku reti buat dalam urusan libatkan anak, mesti belajar dengan dia.
Allah.. cepatnya masa berlalu.
Namun siapalah aku untuk melambatkannya.
Aku bersyukur adam kau anugerahkan kesihatan dan akal.
Cuma adakala rasa syahdu, teringat dia sewaktu baby dulu..
Semoga membesar jadi anak yang baik, dan berguna pada bangsa dan agama.
😁
*sorok sorok nangis
30 Comments
Moga membesar dengan baik adik. Allah sayang :)
ReplyDeleteaminn..insyallah :)
Deleteamiin..tak lama lg jd anak teruna..harap2 dia tak malu kalau ibubapa peluk cium dia depan kawan2..ada budak lelaki tak nak, sebab segan..
ReplyDeletesekarang ni kalau peluk dia lebih2 depan adik2 pun tau malu ni..huhuhu
DeleteWalaupun dah besar masih lagi harum wangi saki baki zaman baby.
ReplyDeletebetul! ada kat ubun2 dengan tengkuk dia lagi bau tu..hihihihi
DeleteAsyik baca pasal anak orang je, bila lah nak ada sendiri. Hihihi!
ReplyDeleteInsyaallah, didoakan AI akan ada rezeki anak sendiri juga tak lama lagi ;)
DeleteAlhamdulillah. semoga anak kak membesar dengan sihat dan sentiasa berada dibawah lindunganNya :)
ReplyDeleteaminn ya rabbal alamin, terima kasih atas doa yang baik baik :)
DeleteBetul Syaz.. Anak pertama memang mengajar kita macam-macam. Sebab anak pertama la , kita dapat jaga anak kedua, ketiga dan seterusnya dengan lebih baik. Adik2 patut ucap terima kasih kat abang/kakak sulung nya..
ReplyDeletesetuju tu kak diana, masa lepas beranak anak ketiga, memang dah jadi bertambah cekap untuk multitask sebab dah belajar banyak masa dengan adam :)
DeleteAnak laki ni sekejap je dapat manja-manja nak cuddle cuddle banding dengan anak perempuan kan.
ReplyDeletetu la, dah macho macho.. tapi ada can mak peluk je tak lepas hahaha
Deleterasa mcm kejap ja masa berlalu kan.. now dah besar dah boleh berdikari
ReplyDeletebetul tu atie, dah boleh menolong kita jugak..alhamdulillah
DeleteBetul Syaz, bila rasa cepat sangat anak membesar terus sayu.
ReplyDeleteCepat sungguh masa berlalu. Semoga mereka terus dilindungiNya selalu.
kan LZ, nak diorang besar dan nak diorang kecik dalam masa yang sama, complicated betul perasaan seorang emak..huhuhu
DeleteTanpa sedar cepatnya masa berlalu dan cepat membesar masing-masing.
ReplyDeletedan saya pun semakin tua..apatah lagi ibubapa kita...T_T
DeleteSemoga cepat besar dan sukses dalam hidup...
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin..
Deletesekejap je kan masa berlalu...moga Adam membesar jadi anak yang soleh..ameen
ReplyDeleteAminn ya rabbal alamin ❤️
Deletepernah cakap kat kyra "janganlah cepat sangat besar anak ammi ni"...husband ammi marah. Dia kata kang Allah makbulkan doa awak camna? awak jangan main-main doa ibu ni ye. Terus ammi stop cakap camni
ReplyDeletehehe.. kita tak doakan dia tak membesar, cuma berdoa agar masa terasa lambat sedikit, mungkin dengan cara penuhkan aktiviti dan bonding dengan anak2 :)
DeleteMesti rasa macam... Eh ceoatnya besar. Slow down la sikit. Hehe
ReplyDeletehihi semoga dia membesar dengan baik hendaknya...aminn
DeleteSemoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya capai cita-cita yang diimpikan
ReplyDeleteaminn ya rabbal alamin, terima kasih atas doanya cik TK ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.