Cerita ni dari post lama tahun 2009, marilah kita beri nafas baru dan buat sebagai entry throwback hehe..
Kisahnya pada hari kejadian, aku dengan zaimi pergi makan malam di Nasi Lemak Antarabangsa yang berdekatan UIA Gombak, masa tu adik dia masih belajar di UIA Gombak tu. Kakak dia masa tu menetap di Damansara, tapi dah siap-siap datang tunggu sama-sama dengan adik dia kat asrama tu.
Muda lagi ha laki den
hahaha
Kami pulak masa tu tengah buat master di UKM.
Kira pergi bermesraan dengan bakal ipar la masa tu ahaha
Biasa la..perjalanan dari Bangi ke Gombak sana agak jauh dan memerlukan beberapa kali kami bayar tol.
Sudah habis sesi makan semua, lepas hantar adik zaimi balik UIA,
kitorang pun menuju ke Damansara untuk hantar kakak zaimi ke rumah dia pulak.
Dari gombak ke damansara tu kitorang lalu 1 tol yang bayaran dia rm1.60.
Aku bukak la laci syiling dalam kerata kancil aku masa tu untuk ambil duit kecil nak bayar tol tu.
Masa tu tak ada lagi aku pakai touch n go atau smart tag, ya lah student lagi kan hahah
Ada 2 keping note rm1, sekeping 50sen, dan 3 keping 5 sen.
Entah kenapa, aku tak rasa nak pecahkan sekeping note rm1 tu, and nak bayar gune duit 5sen tu.
Sebab kalau tak, tak tau jugak nak guna duit 5 sen tu kat mana kan?
Fikir aku masa tu lah.
Maka aku pun hulurlah sekeping rm1, sekeping 50sen dan 2 keping 5sen kat zaimi untuk dihulurkan ke Tol Gate Girl tu.
hehe..selamat duit 5 sen tu.. aku siap menegakkan kebenaran yang 5sen pun duit jugak.
Apa salahnya kan?
Tapi tu lah.. Karma does exist!
Ketika aku dengan zaimi on the way balik semula ke UKM, kami kena lalu tol Sungai Besi.
Bayaran dia rm1.30.
Korek korek, dah tak ada syiling dah masa tu.
Jadi kami pun bayarlah guna 2 keping note rm1.
Balance dia kan 70sen kan?
Masa zaimi hand in 70sen baki dari tol girl tu kat aku, aku terkesima!
70sen itu terdiri daripada sekeping 50sen, sekeping 10sen dan....
2 KEPING 5SEN!
terus aku terngiang-ngiang lagu...
"What u give...U get back.."
38 Comments
hehehe//mmg boleh jadi tragedi utk di igatkn..
ReplyDeletememang susah nak dilupakan hahaha
Deleteahahahhaha ini balasan terus direct cash dapat.. sabar jela.
ReplyDeletetapi memang seksa pun kalo ada 5 sen ni.. saya pun suka kalo cepat2 habiskan..
kan..hihi.. entahlah, walau dia pun duit sebenarnya hehe
DeleteBetul tu, what you give, you get back. Kadang macam magic je bila benda ni berlaku, kan. Sebab selang masa tu tak lama. Power of attraction.
ReplyDeleteitulah pasal haha..terus je jadi
Deletewow kenangan indah masa lalu
ReplyDeletehehe kenangan silam mengusik jiwa :D
Deleteni bukanlah tragedi sangat., hahaha
ReplyDeleteabestu duit 5 sen dua keping tu masih ada lg ke dlm kete tu?
kereta tu pun dah tak ada waklat hahahah
Deletehehehe..lucu.
ReplyDeletehihihiih
Deletehhaahah btul..karma is a bitch! hahaahha
ReplyDeletehahahaha ooops!
DeleteHahaha! Uncle memang percaya ni... What u give...U get back
ReplyDeletenyanyi sikit uncle! hahah
DeleteHadoii kak dari tak nak 5sen tu dapat semula. berjodoh betul dengan duit 5 sen tu. Memang suruh simpan agaknya tu.
ReplyDeleteitulah, memang tak boleh dihilangkan kot masa tu hahaha
Deletehahahaha.... saya dulu klu bayar tol malas tol nak cari duit syiling, mesti bagi duit besar dan dapat baki syiling. kumpul2 punya kumpul smpi penuh laci kat kete tu dengan syiling
ReplyDeletekan!? i feel you hahah
DeleteJaman tu duit 1 sen pun laku
ReplyDeletebetul2, masa u boleh bayar lagi guna syiling 1 sen kan wak!
Deletehahahaha..dulu masa sekolah ada uncle conductor bus panggil ammi 5 sen. sebab ammi suka bagi dia 6 keping 5 sen nak byr tambang yg 30sen tu
ReplyDeletehahaha! takpe, 5sen kan duit jugak hehe
Deleteha ha ha.. on the same day plak kan?
ReplyDeleteitulah! hahaha sabar je la
DeleteHahaha... Kalau dalam toxicology "Boomerang Paradigm".
ReplyDeleteaddudu terma saintifik hahaha
DeleteHahaha.. maaflah tergelak.. tambah bila baca ayat last tu..
ReplyDeleteHahaha 🤣
DeleteDulu zumal pengumpul duit 5 sen. Kumpul untuk tukar di pasaraya depan rumah, dorang selalu tanya pasal duit syiling terutama 5 sen
ReplyDeleteKan, kedai2 suka duit kecik2 ni 😊
DeleteHahahahaa... so lalu tol lain, bayor balik guna 5 sen tu... kan...
ReplyDeleteHaha aahla, tak ingat dah ke mana last2 perginya 5 sen itu
DeleteKebetulan pula macam tu ye..
ReplyDeleteKannnn
Deletekahkah..tergelak saya baca syaz ^_^
ReplyDeletewow zaimi time muda mudi..aummm hahahaa ^_^
ahahaha.. sekarang pun aumm jugak hihik
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.