Bila Terlepas

 Lama tak dapat pergi kedai kan.

Selalu order online je.

Tiba-tiba terlepas.

Ha kau!



Sebenarnya nasib baiklah terlepas ke watson je.
Beli stok2 apa yang patut.
Dapat free gift planner warna pink tu dengan mug unicorn + sudu tu sekali.
Tengok kalendar 2021 comel, beli secara pwp.

Aku teringat masa PKP first dulu, aku dah bosan sangat, aku minta kat zaimi, aku yang nak pergi Giant.

Sesampainya aku dekat Giant tu, tiba-tiba aku kena rasuk dengan setan apa tah, aku ambik ambik ambik segala yang setan hati bisikkan.

Penuh trolley sampai aku sakit pinggang.

Dahlah sorang-sorang, angkat sorang-sorang dekat kaunter, angkat pulak dari kaunter masuk trolley balik.
Sampai kereta, angkat pulak masukkan dalam kereta sorang2.

Menyesal pun ada hahaa..
Entah apa-apa la kau ni syazni oi..

Ini teringin lagi nak terlepas ni kikiki

Catat Ulasan

49 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comeinya calender Pusheen. Mug unicorn pun comei.
    Shopping memang best! :D

    BalasPadam
  2. Kadang terasa nak keluar mmg kita semangat.. beli beli tapi x pk cara nak bawak balik nti macam mana 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tiba2 baru teringat alamak selalu zaimi yang angkat semua 😂

      Padam
  3. Masa pkp dulu kdg2 husband kakmim mmg offer kalau kakmim nk pegi shopping brg dapur sendiri.. dia akn tranfer rm jer... sbb dia kesian tgk kakmim terkurung je x keluar umh.. dia xpe tiap hari keja mcm biasa ms pkp.. bahaya jgk kn kalo lama x shopping ni mmg semua benda nk beli 🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya kak mim, dia punya excited dapat masuk kedai tu, macam dengan budak cashier tu saya nak bawak balik 😂

      Padam
  4. Kena pembelian berapa untuk dapatkan buku planner kaler pink tu Syaznie? Omey sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kan? Tak ingat la berapa.. aduh jangan tiru aksi ini 😂

      Padam
  5. Wah, dah dapat planner 2021 yer.. Advance ni.. Kena gi Watson jugak nih..

    BalasPadam
  6. lain kalai jangan gi sorang2... ajak uncle!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha uncle tolong angkat barang, ok gak! 😂😂😂

      Padam
  7. Kalau dah masuk watson tu memang tak boleh menahan diri kan hahaha. Eh sama la awak kite pun suka pakai loreal clenser dengan scrub tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama ek? Sep! Hehehe.. itulah, nasib baik la masih sedar diri bukan T20 😂

      Padam
  8. sekali dah terlepas kurungan ya syaz mujur ingat jln pulang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kak PI, nasib baik masih ingat dunia 😂

      Padam
  9. Ni pun dah berbulan tak pi shopping. Ada hikmah juga PKP PKP ni. Positively it teaches us to stay at home more than be all over malls.Jimat belanja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3, kalau tak, kadang2 pergi mydin tiba2 balik bawak tudung 2 3 helai 😣

      Padam
  10. Kemain balas dendam ye.. hehehe.. sakan tu shoppingnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun jenuh tahan diri kat bahagian make up dan sabun 😂

      Padam
  11. Kami dah lama xmenyinggah di watson ni.. Kalau menyinggah pun pasti banyak ni jugak hasil tangkapan!

    BalasPadam
  12. watson ni mmgg tempat berhantu kan , kita nak masok tgk2 jer tapi sure akan purchase something hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, selalu jdi termenipu suami, haritu pun bagitau dia nak masuk beli pencuci muka je 😂

      Padam
  13. Faham2 tu sama gak hehehe kalau lama dah terlepas bila dah dapat lepas..

    BalasPadam
  14. haha mohon banyak2 bersabar dan amalkan baca yaasiin untuk lindungi diri dari hasutan syaitan...tiberr

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kena mintak zaimi azan sikit kat telinga sebelum lepaskan saya ke kedai hahaha

      Padam
  15. itu lah, laen kali nak shopping bawak la cik abang tu, tak pon bawak jer askar2 kat umah tu

    BalasPadam
  16. sesekali ke Watson mmg rasa seram. macam2 nak dibeli hehe..

    BalasPadam
  17. Zumal ni masih mencari ubat untuk hilangkan hobi shopping. Bukan ada income tetap pun, tapi kalau jumpa sale sanggup korek semua duit yang ada 😂

    BalasPadam
  18. haha..tu la bahaya bila sesekali dpt keluar..abis semua brg nak beli. pdhal tak guna sgt pun. lenkali kena buat list sesiap syaz supaya tak terbabas..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kelemahan saya juga tu, saya selalu tak obey shopping list huhuhu

      Padam
  19. bahaya kalau terlepas ni. Macam macam masuk bakul. Lagi lagi bila banyak nau sale. mudah terpengaruh juga ni kalau ada barangan comel yang purchase with purchase tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Dah plan elok, beli yang tangan dapat bawak je. Tiba2 staff hulur bakul.. aduh.. haha

      Padam
  20. sesekali takpe, syaz.
    release stress. shopping ni satu cara ilangkan stress.
    ha ha ha ha meskipun lepas tu stress sebab ntah hape2 yg dibeli :)
    sabo je la ekk...
    aida biasa ter penuh satu troli ni.
    so, memang boleh imagine la moment terlepas tu :) ha ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan! Lagi bahaya kalau shopping masa perut lapar. Lagi penuh trolley..huhu

      Padam
  21. Shopping online mmg best..shida pn suka..
    tp yg xsuka..tu..kena tunggu brg smpai tu hahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kadang ada yang lambat sangat, bila dia sampai kita lupa dah bila kita beli dia hahaha

      Padam
  22. Haha watson ni pun tempat yang bahaya. Mahu shopping sakan jadinya 😅

    Cik TK pun biasa juga shopping se-troli. Tapi kat kat pasaraya, barang pula majoriti barang dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesszzaaa.. sama, shopping barang dapur, shopping baju2 kat kedai2 tu saya tak reti sangat + kedekut 😂

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad