Menjawab Soalan Wak Lat

 Lucu pulak baca soalan Wak Lat dekat entry BUKA AIB haritu 😂



Lucu sebab tak expect soalan macam tu, sebab rasanya tak capai tahap Erra Fazira lagi diriku ini kih kih..

Ok rasanya maksud WakLat adalah macam mana aku boleh jadi kemas dan terurus, jika dibanding dengan gambar lama kat entry tu.

Oklah meh belanja lagi gambar-gambar lama, agar aku terus beringat supaya aku sentiasa kemas, kemas dan kemas!


Kejadian lepas ada makcik yang tanya mana wife zaimi tu.
Aku macam kesentapan, jadi zaimi bawak ronda sampai Lata Hijau..
Memujuk aku yang kesedihan hahaha

See!
Itulah tudung pergi kenduri, itulah tudung pergi zoo.

*hantuk dahi kat dinding

Ok.

Berbalik pada soalan WakLat, inilah kot jawapannya macam mana aku keluar dari Zon M*l*s bak kata Mrs A:

1. Letak diri di mata dan hidung orang lain. Serius, ternyata semua perkara itu ada hikmah. Lepas aku sentap di kenduri tu, aku mula sedar akan rupa paras dan bau kepam aku. Ye, kepam. Kepam tu dari tudung yang pakai ulang-ulang tak basuh. Sebab takut awning rosak. Hahahaha aiyoo why la syaz!

2. Kurus tu mungkin bonus lepas bersalin, berat turun banyak. (haktuih geli pulak, bila masa kau kurus syaz oi!) Berat memang turun dasyat gila lepas bersalin, sebab aku ada kencing manis masa bersalin. Jadi masa bersalin memang jaga makan, jadi berat tu menten dari mula pregnant sampai bersalin. Bila baby dan ketuban dah keluar, memang lost dekat 20kg. Jadi menten dari situ je la, tak lah ideal beratnya, tapi tak naik.

3. Tak kedekut untuk diri sendiri. Aku memang akan beli apa je yang aku nak untuk aku kelihatan macam yang aku nak. 
Tapi bukan bermaksud aku beli barang mahal-mahal, tak! Beli yang sesuai dengan income lerr.. hehe
Aku beli je apa aku nak yang sesuai dengan aku. Tudung, make up, skin care..
Oh ya skin care penting ye, kalau tak jaga muka, make up tak lekat dan bercapuk-capuk.
Been there weh..malu. 
Jadi spend la sikit untuk muka sendiri kan.

4. Ubah la gaya bergambar, bak kata Tyra Banks, find your lighting! SMize! Ahahaha
Ceh goli den.

5. Support. Aku rasa ni paling penting. 
Suami, kalau nak isteri ada masa untuk bega diri sendiri, kena support dia dari segi MASA. Bagi masa dia nak bersiap, nak me time sekejap dalam bilik, tolong tengok anak, mandikan anak, ada masa tak payah suruh isteri masak. Keyword dia memahami.
Eheh..

DISCLAIMER: Semua point diri atas adalah berdasarkan aku semata-mata, bukan tips tu, tapi jawapan. Hehe..

Dan, memang aku tak pernah makan mana-mana product pun.
Tak berani.

Diet bersistem yang Intermitten Fasting ke, Atkin ke..semua tak buat jugak 😅





See tak adalah kurus nau, tak adalah lawa nau..
Tapi kemas lah kat mata sendiri hehe..


Gambar paling latest, Khamis lepas.
Lepas gian nak pakai make up, bawak anak round dalam taman pun takpa..asal lepas gian ahahaha

Muka dah bulat balik tu, risau gak ni..
PKPB ni la punya pasal..kih kih..

Tu jelah nak cerita, buat bacaan santai anda semua 

😄

++++

Jom jeling statcounter, dah hampir!


Catat Ulasan

56 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ahirnya terjawab jugak... sbnrnya teringin jugak nk tau cmne syaz turunkan berat badan tu... rupanya xde mkn apa2 produk... baguslah... semoga kita istiqamah ye... kakmim ni faktor usia kot dari saiz s ke m dh ni.. seram pulak kalau tetiba tkr lagi... jenuh nk beli baju baru lagi.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, nanti nak kena shopping lain pulak kikiki
      Insyaallah, walau sukar juga nak istiqamah, kadang2 si M tu bertandang

      Padam
  2. Gambar first tu nampak macam innocent sangat, hahaha

    BalasPadam
  3. Hehe, lawak. Sama cara kita. Saya dulu simple. Beli itu ini make up ker tak over, ikut income. Kennn ... Tapi sebulan dua bulan sekali saya suka gi facial dolu2.

    BalasPadam
  4. setuju tu... invest la untuk diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tak ada siapa pun nak invest untuk saya hahaha

      Padam
  5. Bestnya kalau dapat berat badan idaman..SA bukan berat sangat pun lebih kepada nak sihat jer..sebab tu gigih work out hari- hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, moga suatu hari nanti saya juga dapat berat bmi yang ideal tu, tak pernah achieve sejak tamat sekolah huhu

      Padam
  6. Kena rajin dan konsisten kan Syaz.. Me time tu memang perlu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya, sangat perlu..lebih lagi saya seorang introvert, cukup time kena asingkan diri sekejap kalau tak stress hehe

      Padam
  7. wak lat punya soalan memang kadang macam soalan kbat hahahah...

    aduhai tang tudung kepam tu teringat mak akak, tudung dia suka pakai tukar-tukar untuk ke kedai ke sana ke sini pastu gantung je tak cuci, bila dah banyak kang adik akak amik semua kumpul basuh semua hahhaha...

    yelah akak pun kadang time malas ke sana sini pakai tudung sarung, rupa makcik tapi kalau ke pejabat atau ke majlis rasmi baru la pakai tudung bawal bersolek sikit... kalau takat kuar ke pasaraya jean tshirt ngn tudung sarung selipar jepun hahahha...

    cuma skrg ni lah nk kuruskan badan sikit... kawal makan, nak rasa badan ringgan sikit hahahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga kita dapat capai berat bmi hehe..kena bersenam lebih sikit dah saya ni..
      selipar jepun tu saya susah nak ubah, memang ke mana2 pun lebih selesa camtu.. itu je la yang saya tak boleh nak buat apa huhu

      Padam
  8. apa-apa pun pilihan ada pada diri kita kan...
    nak turun punyalah susah tapi nak naik sekejap je...

    BalasPadam
  9. Ada orang mudah nak turunkan berat badan. Ada orang susah sangat. macam tu juga kes nak tambah berat badan. Hehehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga kan, ada orang risau kenapa kurus tak habis2 hehe

      Padam
  10. Kalau saya tidak salah menafsirkan, ini membahas soal diet ya bu?

    Mohon maaf agak kurang bisa memahami, karena ada sedikit perbedaan bahasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe tak apa, tentang terampil. makasih ya sudi ke sini :)

      Padam
  11. selalu ceria pun akan nampak berseri2, cantek dan muda. Elok kami baca entry ni, biar pun kami dapat semangat nk elokkan diri (kurangkan berat)

    BalasPadam
  12. di mana ada kemahuan, disitu ada jalan...syabas, memang nampak perubahan yang ketara...nampak lagi glowing dan muda berbanding dulu...keep it up ye :-)

    BalasPadam
  13. Kerana PKPB...Leher ku hilang, asal buat video dekat youtube orang tanya.. mana leher hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha! adeh..kena on lah balik misi mencari leher :D

      Padam
  14. kurus la ni kak syaz! perempuan ni kan, confident level kena tinggi kena always perasaan diri tu cantik.. baru la dia rasa nak kemaskan diri.. kita cantik utk reflection diri kita kan kan , hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah ada betulnya di situ hehe.. especially akak akan jumpa ramai orang kat campus tu, ini salah 1 cara juga nak build up self esteem :D

      Padam
  15. Balasan
    1. alhamdulillah, sama macam anak2 orang lain juga :D

      Padam
  16. Oh, baik. Betul, sebaik-baik pelaburan pada diri sendiri.
    Bagusnya Syaz, takde diet apa-apa boleh kecik. Kipidap ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab kawal makan masa pregnant tu hehe :)

      Padam
  17. Kurus tu Syaz nampak beza. Kagum Kak lepas bersalin turun berat badan.
    Well maintained dear!

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga boleh menten lamaa.. haha risau juga ni huhu

      Padam
  18. amboi muka photostat semua 5 ketul tu..hahahhah

    thanks syaz share semua ni..bagi inspirasi pada wanita lain untuk jadi lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. sama ke? hahaha! sulung dan bongsu tu lebih pada muka ayah diorang, yang tengah tu muka saya :D

      Padam
  19. insssspirasi !!!!!! semoga saya pun semangat dan istiqomah ni.
    cunssss sangat sis hehe.. saya rasa paling penting adalah moral support. if ada yang dalam usaha nak kurus ke apa ke jgn let them down. kalau xdak benda baik nak sebut baik diam kan.. kasi sokongan moral.. penting !!

    BalasPadam
  20. Zumal ni teringin nak kurus tapi tak kurus-kurus tau. Adakah perlu bersalin jugak 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha adoi jangan zumal, bawak mengucap hahaha

      Padam
    2. tu la kan.
      kekadang org tanya tips kurus / maintain, tak reti nak jawab.
      aida setuju dgn syaz. hati senang. and reward diri.

      aida ni pun dlm usaha kurang kan inci. nak kurus, org lain kata da kurus.
      tapi, di sebalik 'kurus' tu, lemak berlebihan di sana sini ha ha ha ha ha...

      Padam
    3. Hanya kita je tahu lelemak tu sembunyi kat mana kan? Ahahahah

      Padam
  21. So miracle kan kak. Berat badan yang ideal tu tepat datang pada masanya gitu. Huwaaa....nak kurus juga. PKPB ni tak bersenam lagi. adoiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. tu lah, hikmahnya kot masa mengandung susah sebab kencing manis.. go fiza go!!💪

      Padam
  22. Makin cantik skg..eh maksud semakin kemas dan terurus hehee :)
    shida pn dalam pembikinan filem ..bila aku kurus nanti hehee..
    Inhsaa Allah dalam proses pembikinan hehee :)

    Sebenarnya tang support tu betul..shida on diet pun suami support..selalu peringat kan hehe :)lagi satu disiplin diri..kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. true! dia kena bagi kita ruang dan peluang..gitteww

      Padam
  23. akk kurang minat tudung sarung, bila pakai nmpk kepam..lebih suka tudung bawal sbb lembut, breathable..tapi sekarang ni tudung sarung pun dah lawa2, kain nipis chiffon, voile..betul, invest sikit utk diri sendiri..penampilan yg kemas buat kita 'feel good'..

    comel je Ayu terselit kt tengah2 tu...hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi dia memang selalu menyelit! betul, saya pun rasa bawal lebih airy hehehe

      Padam
  24. Cik TK pun nak turunkan berat juga. Tapi susah betul dia nak turun. Naik bukan main senang. Beberapa bulan duk rumah kan, datang tempat keje balik kan, kawan tanya pehal makin berisi ni??? Huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga ni, sejak duduk rumah, rasa macam chances nak naik berat macam tinggi.. risau jugak ni haha

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad