Bila Terlepas

 Lama tak dapat pergi kedai kan.

Selalu order online je.

Tiba-tiba terlepas.

Ha kau!



Sebenarnya nasib baiklah terlepas ke watson je.
Beli stok2 apa yang patut.
Dapat free gift planner warna pink tu dengan mug unicorn + sudu tu sekali.
Tengok kalendar 2021 comel, beli secara pwp.

Aku teringat masa PKP first dulu, aku dah bosan sangat, aku minta kat zaimi, aku yang nak pergi Giant.

Sesampainya aku dekat Giant tu, tiba-tiba aku kena rasuk dengan setan apa tah, aku ambik ambik ambik segala yang setan hati bisikkan.

Penuh trolley sampai aku sakit pinggang.

Dahlah sorang-sorang, angkat sorang-sorang dekat kaunter, angkat pulak dari kaunter masuk trolley balik.
Sampai kereta, angkat pulak masukkan dalam kereta sorang2.

Menyesal pun ada hahaa..
Entah apa-apa la kau ni syazni oi..

Ini teringin lagi nak terlepas ni kikiki

Post a Comment

50 Comments

  1. Comeinya calender Pusheen. Mug unicorn pun comei.
    Shopping memang best! :D

    ReplyDelete
  2. Kadang terasa nak keluar mmg kita semangat.. beli beli tapi x pk cara nak bawak balik nti macam mana 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tiba2 baru teringat alamak selalu zaimi yang angkat semua 😂

      Delete
  3. Masa pkp dulu kdg2 husband kakmim mmg offer kalau kakmim nk pegi shopping brg dapur sendiri.. dia akn tranfer rm jer... sbb dia kesian tgk kakmim terkurung je x keluar umh.. dia xpe tiap hari keja mcm biasa ms pkp.. bahaya jgk kn kalo lama x shopping ni mmg semua benda nk beli 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak mim, dia punya excited dapat masuk kedai tu, macam dengan budak cashier tu saya nak bawak balik 😂

      Delete
  4. Kena pembelian berapa untuk dapatkan buku planner kaler pink tu Syaznie? Omey sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan? Tak ingat la berapa.. aduh jangan tiru aksi ini 😂

      Delete
  5. Wah, dah dapat planner 2021 yer.. Advance ni.. Kena gi Watson jugak nih..

    ReplyDelete
  6. lain kalai jangan gi sorang2... ajak uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha uncle tolong angkat barang, ok gak! 😂😂😂

      Delete
  7. ni lepas geram ke apa nih??hahahha

    ReplyDelete
  8. kaki shopping rupanya..kekeke

    ReplyDelete
  9. Kalau dah masuk watson tu memang tak boleh menahan diri kan hahaha. Eh sama la awak kite pun suka pakai loreal clenser dengan scrub tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ek? Sep! Hehehe.. itulah, nasib baik la masih sedar diri bukan T20 😂

      Delete
  10. sekali dah terlepas kurungan ya syaz mujur ingat jln pulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak PI, nasib baik masih ingat dunia 😂

      Delete
  11. Ni pun dah berbulan tak pi shopping. Ada hikmah juga PKP PKP ni. Positively it teaches us to stay at home more than be all over malls.Jimat belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3, kalau tak, kadang2 pergi mydin tiba2 balik bawak tudung 2 3 helai 😣

      Delete
  12. Kemain balas dendam ye.. hehehe.. sakan tu shoppingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun jenuh tahan diri kat bahagian make up dan sabun 😂

      Delete
  13. Kami dah lama xmenyinggah di watson ni.. Kalau menyinggah pun pasti banyak ni jugak hasil tangkapan!

    ReplyDelete
  14. watson ni mmgg tempat berhantu kan , kita nak masok tgk2 jer tapi sure akan purchase something hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, selalu jdi termenipu suami, haritu pun bagitau dia nak masuk beli pencuci muka je 😂

      Delete
  15. Faham2 tu sama gak hehehe kalau lama dah terlepas bila dah dapat lepas..

    ReplyDelete
  16. haha mohon banyak2 bersabar dan amalkan baca yaasiin untuk lindungi diri dari hasutan syaitan...tiberr

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena mintak zaimi azan sikit kat telinga sebelum lepaskan saya ke kedai hahaha

      Delete
  17. itu lah, laen kali nak shopping bawak la cik abang tu, tak pon bawak jer askar2 kat umah tu

    ReplyDelete
  18. sesekali ke Watson mmg rasa seram. macam2 nak dibeli hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat betul godaan makhluk2 dalam tu kan..aduh

      Delete
  19. Zumal ni masih mencari ubat untuk hilangkan hobi shopping. Bukan ada income tetap pun, tapi kalau jumpa sale sanggup korek semua duit yang ada 😂

    ReplyDelete
  20. haha..tu la bahaya bila sesekali dpt keluar..abis semua brg nak beli. pdhal tak guna sgt pun. lenkali kena buat list sesiap syaz supaya tak terbabas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kelemahan saya juga tu, saya selalu tak obey shopping list huhuhu

      Delete
  21. bahaya kalau terlepas ni. Macam macam masuk bakul. Lagi lagi bila banyak nau sale. mudah terpengaruh juga ni kalau ada barangan comel yang purchase with purchase tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Dah plan elok, beli yang tangan dapat bawak je. Tiba2 staff hulur bakul.. aduh.. haha

      Delete
  22. sesekali takpe, syaz.
    release stress. shopping ni satu cara ilangkan stress.
    ha ha ha ha meskipun lepas tu stress sebab ntah hape2 yg dibeli :)
    sabo je la ekk...
    aida biasa ter penuh satu troli ni.
    so, memang boleh imagine la moment terlepas tu :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan! Lagi bahaya kalau shopping masa perut lapar. Lagi penuh trolley..huhu

      Delete
  23. Shopping online mmg best..shida pn suka..
    tp yg xsuka..tu..kena tunggu brg smpai tu hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kadang ada yang lambat sangat, bila dia sampai kita lupa dah bila kita beli dia hahaha

      Delete
  24. Haha watson ni pun tempat yang bahaya. Mahu shopping sakan jadinya 😅

    Cik TK pun biasa juga shopping se-troli. Tapi kat kat pasaraya, barang pula majoriti barang dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesszzaaa.. sama, shopping barang dapur, shopping baju2 kat kedai2 tu saya tak reti sangat + kedekut 😂

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.