CERAI? Dah.

 Tengok ramai yang kongsi pasal Cerai ni.


Tapi aku lambat sikit tengok, kiranya aku tengok cerita ni kemudian.
Sebab aku dapat rasa cerita ni kena layan dengan penuh penghayatan, tak boleh tengok masa anak-anak tengah berjaga.

Lari sana sini, jerit jerit.

Karang Syafiq Kyle ke mana, aku ke mana.

Jadi aku tengok dua malam lepas, lepas anak-anak tidur.
Dalam 11 malam masa tu.

Lagi best, masa tengok ni, zaimi pun tengah tengok cerita lain dekat komputer.
Ok aku memang tak suka tengok cerita cerita jenis macam ni bila ada orang lain hahaha

Ok, berbalik pada cerita.

Entahlah kenapa, betapa bijaknya penulis skrip dan pengarah, serta semua yang terlibat dalam cerita ni, memang cerita ni A la weh!

Betapa dekatnya scene dalam cerita ni, dengan life masa covid.
Masa terkurung sebab PKP.

Benarlah betapa seseorang manusia itu memerlukan space, dan perlu keluar untuk berjumpa dengan orang lain, walaupun cuma pergi kedai sekejap.

Sebab, memang sakit hati yang besar semut, boleh membarah sampai jadi perang besar woa!

Tipulah kalau cakap, aku dengan zaimi tak ada tergaduh masa pkp.
Nipu benooorrr.

Tapi garapan cerita ni memang touching lah, end of the story, aku nangis macam orang gila haha

Menjawab tak soalan kenapa aku tak suka tengok cerita heavy macam ni dengan manusia lain?

Hahaah

Korang yang belum tengok, bolehlah tengok.

Aku ni jarang sangat buat review filem dan drama ni dalam blog, tapi Cerai ni sesuatu yang bijak dan lain sekali karyanya.

I just love it so much!

Thank you for this lovely story.

💓


Azim: Kenapa tak call je?
Fara: Diam ah.

Catat Ulasan

53 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Mesti best citer ini sebab syaz jarang review citer kat blog. Nnti nak carilah :)

    BalasPadam
  2. Macam menarik .. Nak try tgk lah nanti. Thanks. !

    BalasPadam
  3. Ok dah menjawab kenapa nak tengok sorang-sorang.

    BalasPadam
  4. Erm...SA plak tak suka tgok citer macam ni..maybe sebab dah ada pengalaman lama dulu dan until now masih single..kang tak pasal- pasal hati sakit semula..walau lama dah redha kan..SA jenis x suka tgok perkara yang mengingatkan SA pada perceraian SA dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. I see.. tak apa SA, kalau perkara yang boleh buat kita sedih, baik kita elakkan 😊

      Padam
  5. alaaa rasa macam nak tengok lak...tapi kena jadi macam syaz, tengok sorang2..takut banjir satu rumah nanti..

    BalasPadam
  6. Cerita best dan pelakon pun best. Terbaik cerita ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Syafiq berlakon bagus juga dalam cerita ni, reaksi tanpa dialog dia not bad 👏

      Padam
  7. macam best cerita ni. boleh lah binge watching nanti

    BalasPadam
  8. ala tak tengok... nanti nak cari bila ulangannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga cari di astro go, dia ada di on demand 😊

      Padam
  9. Siti Khadijah? Pelakon baru ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya, baru kenal jugak ni. Muka dia ada macam anak Zain Ruffedge sikit

      Padam
  10. citer2 best d astro yg x sempat tgok maka abe kie tgok n download di telegram. blogger dianarashid pun ada group drama telegram!

    BalasPadam
  11. Belum kahwin jadi mungkin rasa tidak dekat dalam hati.

    BalasPadam
  12. put in the list sbb suka tgk syafiq kyle ! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha.. Aloy paradoks suka tak? Dia kelako dalam ni kikiki

      Padam
  13. Baca tajuk dah terbayang tentang perceraian antara suami isteri... ahaks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul3.. kisah dia develope macam mana mereka ke arah itu..huhu

      Padam
  14. Yes.. cerita heavy memang kena tengok sensorang.. Baru boleh feel lebih..
    Belum tengok lagi citer ini..

    BalasPadam
  15. setuju, agaknya sebab takde anak, sebab tu senang dia rasa nak pergi. dia tak tahu seksa camana pulak nanti bila tengok laki dia yang hensem *ahem* tu kawen dengan orang lain hihi

    BalasPadam
  16. wehhh x tgk juga..kalau syaz kate ok sgt A...mmg kena tgk nih..shida cari skg juge syaz!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi cari2, mana tau kena dengan selera shida jugak haha

      Padam
  17. kreatif cerita ni tapi memang terjadi dan logik juga

    BalasPadam
  18. heroin tu pelakon baru eh, tak pernah nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun rasa ini first time tengok dia berlakon 😁

      Padam
  19. Tajuk pun dah sedih... dan seram.. tapi inilah kehidupan.. ada pengajaran di dalam setiap drama atau telefilem.. kan

    BalasPadam
  20. tengok sikit tapi stop kejap sebab rasa macam heavy sgt. nanti pula la sambung..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, scene gaduh dia tu heavy, macam cerita scarlett johansen tu hihi

      Padam
  21. tgk ending dia je hari tu so x brp phm.. masuk dlm wishlist lah ni... termasuk ceta yag lisa surihani & yusry tu jugak.. yg berlakon di umh diorg je masa pkp... pun lupa tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh cerita 6 hari tu ek? Best jugak cerita tu, layannsss jugaklah 🤗

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad