Tengok ramai yang kongsi pasal Cerai ni.
Tapi aku lambat sikit tengok, kiranya aku tengok cerita ni kemudian.
Sebab aku dapat rasa cerita ni kena layan dengan penuh penghayatan, tak boleh tengok masa anak-anak tengah berjaga.
Lari sana sini, jerit jerit.
Karang Syafiq Kyle ke mana, aku ke mana.
Jadi aku tengok dua malam lepas, lepas anak-anak tidur.
Dalam 11 malam masa tu.
Lagi best, masa tengok ni, zaimi pun tengah tengok cerita lain dekat komputer.
Ok aku memang tak suka tengok cerita cerita jenis macam ni bila ada orang lain hahaha
Ok, berbalik pada cerita.
Entahlah kenapa, betapa bijaknya penulis skrip dan pengarah, serta semua yang terlibat dalam cerita ni, memang cerita ni A la weh!
Betapa dekatnya scene dalam cerita ni, dengan life masa covid.
Masa terkurung sebab PKP.
Benarlah betapa seseorang manusia itu memerlukan space, dan perlu keluar untuk berjumpa dengan orang lain, walaupun cuma pergi kedai sekejap.
Sebab, memang sakit hati yang besar semut, boleh membarah sampai jadi perang besar woa!
Tipulah kalau cakap, aku dengan zaimi tak ada tergaduh masa pkp.
Nipu benooorrr.
Tapi garapan cerita ni memang touching lah, end of the story, aku nangis macam orang gila haha
Menjawab tak soalan kenapa aku tak suka tengok cerita heavy macam ni dengan manusia lain?
Hahaah
Korang yang belum tengok, bolehlah tengok.
Aku ni jarang sangat buat review filem dan drama ni dalam blog, tapi Cerai ni sesuatu yang bijak dan lain sekali karyanya.
I just love it so much!
Thank you for this lovely story.
💓
Azim: Kenapa tak call je?
Fara: Diam ah.
Fara: Diam ah.
54 Comments
Mesti best citer ini sebab syaz jarang review citer kat blog. Nnti nak carilah :)
ReplyDeleteHehe bagi saya best 🙈
Deletewahh., nntila wak layan ye., ;p
ReplyDeleteLayan ye wak 😁👍
DeleteMacam menarik .. Nak try tgk lah nanti. Thanks. !
ReplyDeleteNanti tengoklah zhi 😁
DeleteBelum sempat nonton lagi..
ReplyDeleteHihi.. saya pun lewat sikit nonton nya
DeleteOk dah menjawab kenapa nak tengok sorang-sorang.
ReplyDelete🙈🙈
DeleteErm...SA plak tak suka tgok citer macam ni..maybe sebab dah ada pengalaman lama dulu dan until now masih single..kang tak pasal- pasal hati sakit semula..walau lama dah redha kan..SA jenis x suka tgok perkara yang mengingatkan SA pada perceraian SA dulu..
ReplyDeleteI see.. tak apa SA, kalau perkara yang boleh buat kita sedih, baik kita elakkan 😊
Deletealaaa rasa macam nak tengok lak...tapi kena jadi macam syaz, tengok sorang2..takut banjir satu rumah nanti..
ReplyDeleteHihi geng nangis tengok tv jugak rupanya 🤭
DeleteCerita best dan pelakon pun best. Terbaik cerita ni kan :)
ReplyDeleteBetul, Syafiq berlakon bagus juga dalam cerita ni, reaksi tanpa dialog dia not bad 👏
DeleteMantap
ReplyDeleteMantap pelakonnya
Deletemacam best cerita ni. boleh lah binge watching nanti
ReplyDeleteTengok lah nanti 😊
DeleteNice poster...
ReplyDeleteTahniah astro citra 😁
Deleteala tak tengok... nanti nak cari bila ulangannya.
ReplyDeleteBoleh juga cari di astro go, dia ada di on demand 😊
DeleteSiti Khadijah? Pelakon baru ke?
ReplyDeleteAgaknya, baru kenal jugak ni. Muka dia ada macam anak Zain Ruffedge sikit
Deletemenarik ni..kena cari..
ReplyDeleteMenarik2 😁
Deleteciter2 best d astro yg x sempat tgok maka abe kie tgok n download di telegram. blogger dianarashid pun ada group drama telegram!
ReplyDeleteOoo baru tau pasal kak diana punya channel😍
Deletedah jarang sempat tonton drama2 ni.
ReplyDeleteSama wak, sekali sekala boleh la saya ni pun
DeleteBelum kahwin jadi mungkin rasa tidak dekat dalam hati.
ReplyDelete😅😅
Deleteput in the list sbb suka tgk syafiq kyle ! hahaha
ReplyDeleteAhahaha.. Aloy paradoks suka tak? Dia kelako dalam ni kikiki
DeleteBaca tajuk dah terbayang tentang perceraian antara suami isteri... ahaks!
ReplyDeleteHehe betul3.. kisah dia develope macam mana mereka ke arah itu..huhu
DeleteYes.. cerita heavy memang kena tengok sensorang.. Baru boleh feel lebih..
ReplyDeleteBelum tengok lagi citer ini..
Nanti tengok ok 🤗
DeleteAkak tak suka dengan bini dia. Macam cari pasal je. Ajak bincang sikit dah jadi gaduh.Tapi rasanya kalau pasangan baru kawin memang ada masalah macam ni. Dia beza dengan yang dah ada anak tu. kan?
ReplyDeletesetuju, agaknya sebab takde anak, sebab tu senang dia rasa nak pergi. dia tak tahu seksa camana pulak nanti bila tengok laki dia yang hensem *ahem* tu kawen dengan orang lain hihi
Deletewehhh x tgk juga..kalau syaz kate ok sgt A...mmg kena tgk nih..shida cari skg juge syaz!
ReplyDeletehihi cari2, mana tau kena dengan selera shida jugak haha
Deletekreatif cerita ni tapi memang terjadi dan logik juga
ReplyDeletebetul tu mamapp :)
Deleteheroin tu pelakon baru eh, tak pernah nampak
ReplyDeleteSaya pun rasa ini first time tengok dia berlakon 😁
DeleteTajuk pun dah sedih... dan seram.. tapi inilah kehidupan.. ada pengajaran di dalam setiap drama atau telefilem.. kan
ReplyDeletebetul3
Deletetengok sikit tapi stop kejap sebab rasa macam heavy sgt. nanti pula la sambung..haha
ReplyDeleteaah, scene gaduh dia tu heavy, macam cerita scarlett johansen tu hihi
Deletetgk ending dia je hari tu so x brp phm.. masuk dlm wishlist lah ni... termasuk ceta yag lisa surihani & yusry tu jugak.. yg berlakon di umh diorg je masa pkp... pun lupa tgk
ReplyDeleteOh cerita 6 hari tu ek? Best jugak cerita tu, layannsss jugaklah 🤗
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.