Setelah Menabung Bertahun | Thankful Thursday

 Rumah orang lain, dah lama dah ada TV 4K UHD atau Smart TV.

Rumah aku memang pakai TV yang abah bagi, umur TV tu pun dah dekat 20 tahun 😂


Sorry Amerul Affendi sebab jadi model dalam TV tu haha (ini je gambar TV lama tu yang senonoh)


Nak beli TV baru pun, TV abah bagi tu elok sangat sangat lagi.

Tapi lama kelamaan, ada lah jugak timbul keinginan.

Ada sekali tu kami pergilah kedai Thye Hin dekat area Jakel Senawang tu, saja nak tengok-tengok harga TV.

Masa tu telan air liur je lah, nak TV yang menepati selera, yang boleh play youtube semua bagai tu, masa tu telan air liur jugaklah.

Kebetulan kami ni kedekut sikit, rasa tak sampai hati pada diri sendiri kalau nak korek duit simpanan untuk contigency tu 😂


Jadi, angan-angan nak ada smart TV kami biarkan berkubur.

Dan kami pun menabunglah untuk TV tu dulu 😂

Sampailah tahun ni, channel Astro dah mula ada cerita yang kualiti dia 4KUHD. 

Ala cerita-cerita yang dah pernah tengok dah pun.

Tapi jadi geram, sebab tak boleh play!


Geram oh!

Hahaha!


Jadi disebabkan tak dapat tahan godaan syaitan yang melampau, kami pun checklah tabung.

Adalah sejumlah duit.


Petang tu jugak terus pergi Thye Hin tu balik setelah 2 tahun!

Hahaha

Pilih punya pilih, last-last adalah yang berkenan di hati.

Yang paling penting kena dengan budget, dan saiz yang puas hati.


Jadilah, asalkan dapat tengok cerita 4KUHD 
(walaupun dalam seminggu, sekali pun belum tentu tengok yang 4KUHD tu)

Nak ceritanya, betapa manisnya self-reward selepas menabung bertahun hehe..

😁

Post a Comment

61 Comments

  1. Kitorang pun belum ada 4K UHD. Smart TV tengok internet pun belum tapi pernah pakai. Haha pulun tengok ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Syukur. Manis dan nikmat. Puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. rasa best kan dapat beli barang idaman selepas menabung..satu pencapaian..
    ada erkk 4K UHD..baru tau..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, kalau zaimi tak bgtau, saya pun tak tau 😂

      Delete
  4. Wah tak oernah ambik tahu spec pasal tv, tv pun jarang terpasang klau ada tamu jer baru on....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi saya kalau rumah kena on tv, tak sunyi sangat hihi

      Delete
  5. Replies
    1. TV biasa pun takpe, yang penting cerita best hahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah..satu kejayaan dan kepuasan tak ternilai untuk diri sendiri kan. Sangat bermakna. Pasni mungkin akan lebih rajin tengok TV kak. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nak feel tengok tv tu kena tunggu budak2 tidur, kalau tak memang tak rajin nak tengok 😂

      Delete
  7. Alhamdulillah. Best kn dapat beli barang yang diidamkan. Sekali sekala reward diri

    ReplyDelete
  8. Puas hati lepas dah lama menabung dapat benda yang lama terpedam nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu TK, lepas ni tunggu lagi 10 tahun baru beli tv haha

      Delete
  9. Apa salahnya reward pada diri sendiri. Nak tunggu dpt reward dari org lain entah bila..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu kak, cabutan bertuah pun jarang mengena 😂

      Delete
  10. Puas hati dapat beli tv baru yang memenuhi kehendak hati. Haha Tv Kak Feni pun installment tak habis bayar lagi.

    ReplyDelete
  11. haha akak pulak dh bertahun tak tgk tv...sejak bertukar ke siaan digital suami langsung malas nak setting apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, nak harap saya pun tak reti langsung nak setting 😂

      Delete
  12. Alhamdulillah. Tahniah dapat beli tv idaman hati :)

    ReplyDelete
  13. sronok ank2 dpt tv baru tu..tkpe dh 20thn dpt tv baru hasil tabungan sure happy smua tu

    ReplyDelete
  14. wah beli tv baru kak dh lama xpeduli tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi sama macam mak saya kak, pasang je kadang2 dia tak pandang pun tv tu 😂

      Delete
  15. abe kie dah setahun guna TV 4K ni. Tp bknnya mengadap TV sokmo. Cuma paling best tengok netflix movie yg support 4K! Mcm tgok di panggung wayang la!

    ReplyDelete
  16. Apalagi.. weekend ni karok la main lagu karok kt youtube... hehehe

    Buku dh sampai tau! thanks so much!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karok selalu depan pc 🤭

      Selamat membaca kakmim, maaf kekurangan, semoga terhibur 😁

      Delete
  17. Masih setia dengan tv lama. Lagipun jarang-jarang sangat dapat pegang remote tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part jarang dapat pegang remote tv tu i can feel u sis 😂

      Delete
  18. Tahniah
    Anak2lah yang terlebih excited

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, berkat menabung. Anak-anak pun seronok kan. Tahniah Syaz

    ReplyDelete
  20. waaaa best tv baru... alah macam akak jugak jenis kedekut nak membeli barang rumah selagi yang ada tau masih elok... sebab kadang bukan keperluan sangat

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah...sama la kita ada TV baru..hahahahha

    ReplyDelete
  22. macam2 jenis tv sekarang ni. kalau masuk kedai pening nak memilih tapi canggih pun, asal boleh tengok cite kat tv sudah..haha

    ReplyDelete
  23. tahniah!
    aida baru settle menabung baru.
    abis da pecah segala tabung utk rumah ni, syaz.
    2021 adalah tahun menabung.
    janji dah x nak beli pape hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes azam tu penting, saya selalu tak dapat kawal bab janji tu hahaha

      Delete
  24. Alhamdulillah. Wahh bestnya dia dapat tv baru. Semoga terus dilimpahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn aminn saya doakan yang sama untuk faizza jugak :D

      Delete
  25. Rasa nk beli jugak smart tv. Mudah anak2 nak tengok youtube. Nanti review tv baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, memang tengok blippi je kerjanya kalau bukak youtube dengan tv ni hahaha

      Delete
  26. finally dpt apa yg nak kan..tapi kak syaz selamat tgk cartoon la ye... dua hero ngn satu heroin ni..susah nak menang hahah

    ReplyDelete
  27. Wah bestnya tv baru.. sekali sekala reward diri sendiri..

    Cik TK masih pakai tv lama lagi... belum lagi pakai smart tv tapi boleh cucuk pendrive. Bukan jenis kedekut tapi jenis yang selagi boleh pakai tu pakai. Bila perlu baru beli baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik TK, sayang rasanya nak guna duit yang dah kumpul2 kan. Tapi kali ni kami tewas! ahahah

      Delete
  28. betul syaz..puas hati kan :)
    shida pun tgh menabung nk beli tv juga..
    tv ni pun mcm krik krik je kkdg tu hahaha
    lagi guna indoor signal ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.