Gittew.
Teringin nak makan Goreng Pisang Cheese (GorPisCis) haritu, maka teruslah order via Food Panda kan.
Masa nak order tu seram jugak, takut tak sedap.
Tapi sebab anak-anak pun asyik berbunyi lapar lapar lapar macam tak makan 18 tahun, maka omak eh pun nekad order.
25 minit kemudian, rider Food Panda yang kacak bergaya pun sampai!
Taadaa!
Aku order 2 jenis.
1. Goreng Pisang Cheese biasa.
2. Goreng Pisang Cheese Strawberry
Ini yang biasa.
Ini pula yang strawberry.
Strawberry ni,.pada aku lagi sedaplah dari yang biasa tu.
Manis!
Tapi sedap..hehe
1 set ada 7 pisang goreng yang teramat rangup, tapi bila dah kunyah, dia macam cair dalam mulut..
Memang heaven!
Tak menyesal beli!
Adik ayu sampai comot makan 😂
Sedap, dan aku boleh recommend warga Senawang untuk order dari Banana Republic & Co ni.
Masih tak dapat move on kesedapan dia walau dah beberapa hari benda ni berlalu 😂
30 Comments
Macam-macam inovasi penjual goreng pisang sekarang ni.
ReplyDeleteTapi yang paling best tetap goreng Pisang biasa 😊
DeleteWow, tak pernah tengok pisang goreng cheese strawberry.
ReplyDeleteHehe saya pun pertama kali jumpa
DeleteWahhh!! Nampak terus lapar😅. Pantang nampak makanan🤩
ReplyDeleteBahaya juga pantang macam tu hahaha
DeleteWow... Memikat sungguh👍👍
ReplyDeleteTak pernah order lagi ngan food panda😅
Hehe tempting sangat, itu yang saya order tu haha
DeleteSedap takpe. Hehe ada saya makan indah khabar daripada rasa.
ReplyDeleteAduh macam tu yang seram tu
Deletesedap tu goreng pisang cheese
ReplyDeleteSedap!😊
DeleteWah! Memang boleh repeat order nih!
ReplyDeleteHehe insyaallah repeat!
DeleteBolehlah order selalu.
ReplyDeleteKalu order selalu, kopak duit 😂
DeleteWOW SEDAP SESANGAT NI KAN AYU
ReplyDeletedia suka sangat2 kak PI hehe
Deletetak berapa gemar gorpiscis ni... suke yg gorpis biasa jer...
ReplyDeletegorpis biasa tetap di hati ;)
Deletewalau mcm mnaaaa pun, yg original goreng pisang juga yg plg sedap kan
ReplyDeletetepat sekali! hihihi
DeleteTenggelam terus pisang goreng bawah tu. Tak pernah cuba pulak flavour strawberry tu. nanti boleh cuba kalau ke senawang. mcm xpernah nampak dalam foodpanda. jauh sikit agaknya, tak cover area sini.
ReplyDeletemungkin, lokasi dia kalau tak silap dalam kawasan taman kobena tu hehe
Deletemerah² pipi ayu mkn pisang cheese stoberi yek
ReplyDeleteAhahah
Deletepuas hati tengok dia bubuh cheese tu.. memang menggoda sangat untuk dimakan..
ReplyDeletekan, pemurah cheese betul haha
DeleteTak pernah lagi cuba yang ada strawberi. Menarik ni
ReplyDeletesaya pun pertama kali cuba, sedap!
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)