Majlis Anugerah 5 Minit

 Sabtu 12 Disember lepas, Amir ada 'quick convocation'.

Majlis Takreem.

Majlis yang diadakan oleh pihak tadika dia, tapi memang penuh SOP!

Syukur sangat sebab ada juga kenangan untuk anak-anak.


Terima kasih diucapkan pada semua cikgu dan pihak tadika sebab berusaha menjayakan majlis ni untuk anak-anak kami.

Amir memang seronok sangat, walaupun majlis secara 'sehala' hehe!


Masuk ikut pintu tepi, terima anugerah, bergambar dalam masa 5 minit, lepas tu keluar ikut pintu sebelah backdrop tu..hee..

Sempatlah ambil beberapa keping gambar bersama untuk kenangan.



Le familia!

Tapi kan, amir sorang je yang mak dia tetiba terskema pulak dalam baju anak!
Hahaha teringat balik nak gelak pun ada.

Cikgu kata, pakaian budak lelaki adalah baju melayu bersama songok / kopiah.

Jadi dengan penuh lurus dan bendul, aku pun gosokkan baju melayu sekolah petang dia, pakaikan kopiah.

Anak orang lain siap bersamping, berbulu burung dan berdokoh di songkok!

Ya rabbi..apalah punya sempoi Amir bertakreem haa.. 
hahaha!

Mungkin sebab aku kalut kemas beg nak balik kampung petang tu.
Dah selesai semua, baru sedar.
Keh keh keh..


Dengan owner dan pengetua.


Dengan adam dan ayu.
Ayu tu sebenarnya takut takut tu hahaha

Banyak juga yang dibawa balik dari majlis tu.
Macam dalam gambar kat bawah ni.

Termasuk 3 bungkus makanan, nasi lemak dan bihun goreng!




Dapat 2 anugerah cemerlang, sesi pagi cemerlang bahasa, sesi petang cemerlang hafazan hehehe..
Hopefully amir terus cemerlang ya nak..



Satu satunya anak yang ikut muka aku ahahaha

Post a Comment

36 Comments

  1. Syukur Alhamdulillah ada juga kenangan.
    Ayu ada juga mirip Syaz.

    ReplyDelete
  2. Comelnyaa convocation drive thru

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat juga konvo kan dalam suasana yang berbeza , tak pe syaz janji ada gambar konvo okay dah buat kenangan anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ada juga kenangan buat amir habiskan tadika untuk tahun ni

      Delete
  4. Memang pantas majlis tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah anak soleh Amir dan konvo :)

    ReplyDelete
  5. tahniah amir !! nanti pgg degree pula tau in future ::)

    ReplyDelete
  6. biar pun kejap je janji ada kenangan kan...

    ReplyDelete
  7. oklah tu pakai kopiah ustaz cilik ni..hensem!

    ReplyDelete
  8. hahaha... tergelak plak dgn maknya yg skema... sian Amir.. tp xpe lah at least ada kenangan utk dia... skrg ni mmg ramai yg buat ala drive through mcm ni

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah! Gambar dalam frame tu kacak!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Amir. Semoga terus cemerlang. Syukur juga ada quick convocation. At least ada kenangan daripada habis macam tu je. Bila sibuk, memang faham kekalutan tu. Hihi

    ReplyDelete
  11. takpe, pakai simple pun amir tetap hensem..kan amir kannnnnnnn

    tahniah atas kecemerlangan..moga terus sukses ya amir!

    ReplyDelete
  12. tshnish amir.. cantik la deco utk photoshoot tu

    ReplyDelete
  13. Tahniah Amir, walaupun singkat namun tetap seronok..

    ReplyDelete
  14. Alaaa syaz! spoil la facemask kat leher..wane hitam plak tu hahahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la! Sebab terlalu pantas sampai tak sedar perkara tu 😂

      Delete
  15. norma baru semua kena patuh sop. tahniah ye :)

    ReplyDelete
  16. Tahniah amir!! Walaupun sekejap, ada juga la kenangan kan

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.