Oh My First Norwex

 Salam Isnin gais..

Harini bermula semula sesi pengkuliahan untuk UiTM.

Tapi kami masih Bekerja Dari Rumah, sebab duduk di kawasan Senawang kan.

Ikut sajalah labu..

Oh berbalik kepada tajuk entry. Ehem..

Ya, akhirnya aku ditundukkan oleh perasaan ingin memilikinya.

Kebetulan ada pulak ex-schoolmate jadi agent..

Dan dia juga adalah orang pertama yang beli Terkaitnya Kita masa aku bagitahu kawan-kawan haritu..

Hik Hik..



Tadaaa!

Kebetulan masa dia sampai, zaimi pergi ambik.

Tergeleng-geleng dia tengok akhirnya bini dia terjebak jugak kah kah kah!


Dah awak taknak belikan, saya belilah sendiri 😜

Punyalah excited macam pertama kali beli set tupperware dulu ahahaha



Untuk permulaan, aku beli dua je lah dulu, sebab yang ramai orang viral sana sini pun memang yang dua ni.

Jadi why not kita cuba kan?

Aku ambil Dusting Mitt dengan Envirocloth.

Dan, kawan aku tu bagitau, kalau pembelian lebih RM150, automatik akan jadi Elite Customer Norwex ni.

Ha apa lagi!

Masa ni la nak fefeeling Fieza Elite grab peluang untuk dapat discount 15% masa beli!
Dan status Elite Customer ni, kalau nak maintain kena buat pembelian RM400 setahun, kalau tak hilanglah status tu.

Tapi aku tak kisahkan sangat pasal status tu, walaupun kawan aku tu cakap, mesti cukup punya nanti 400 setahun.. seram iolls!
ahahaha!

Dia jugak ada bagi aku catalog.

Aduh menggoda betul, nak nak pulak lepas try Dusting Mitt dengan Enviro tu memang mantap lah kan kuasa pengelapan dia (betul ke bahasa aku tu weh?)

Memang bersinar-sinar gittew..

Ingat nak beli kitchen cloth pulak.. kah kah kah!

Hai inilah selera mak mak..

Walaupun ini bukan paid review, sajalah nak bagi tau juga siapa kawan yang jadi agent tu, manalah tau ada yang nak beli dengan dia kan 😁


Panggil dia W.A.


Have a nice day!

Catat Ulasan

53 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. RM400 setahun macam tak byk jugak kena spend, lain kalu RM400 sebulan, so far SK belum terbuka hati nak ada norwex ni, set tupperware kat rumah pun yg beli sendiri brp biji jer, byknya orang bagi.. hihi.

    Jadi, kita tunggulah sape nak hadiahkan kita kain kayangan ni, kahhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha! Kita aminnkan part hadiah tu untuk SK ye 🤭😆

      Padam
  2. Ada jugak tengok ramai dok cerita norwex ni. Macam menarik untuk dimiliki. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah memilikinya, saya akui dia memang menarik terutama yang enviro hehe

      Padam
  3. kalau perlu untuk kegunaan di dapur eloklah dapatkannya

    BalasPadam
  4. Wah! Sudah terjebak ye...
    CP masih kebal hehehe

    BalasPadam
  5. Tahniah.. terjebak jugak ahirnya... hihihi

    BalasPadam
  6. Finally ye kak Syaz. hehe..beli sendiri terus. Untung kalau jadi ahli sebab ada 15% tu kan. Selamat bernorwex kak.

    BalasPadam
  7. haha.Sya terjebak jugak..takat ni akak masih mampu bertahan..haha..hope tak terpengaruh sbb rega kain dia mahai benor..ptt pun dpt gelaran kainburukkayangan..haha

    BalasPadam
  8. wohh bestnya norwex. so far mama lum terjebak lagi haha

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Tapi, memang kilat terlebih bahagian yang lap guna enviro tu 😂

      Padam
  10. Kain lap kayangan tu yek, ermmm..belilah dah ada kemampuan, akk pakai tuala buruk haje pun ok dah.

    BalasPadam
  11. Dah hujung tahun sempat ke cukupkan RM400?

    BalasPadam
  12. Wahhh bestnya dah terjebak dengan Norwex, hihihi

    BalasPadam
  13. Oooo... banyak orang cakap pasal norwex ni kat twitter...

    BalasPadam
  14. Nampaknya memang best norwex tu ya? Ramai dah start pakai ni.

    BalasPadam
  15. tenguk kat Lazada dan Shopee, banyak iklan produk Norwex ni.
    mesti bagus agaknya.
    Tapi wak tak terjebaklah.

    BalasPadam
  16. kalau mampu, apa salahnya beli.
    lagipun barang baik.
    lepas tu memang akan selalu digunakan.
    yeay.

    BalasPadam
  17. hari tu rasanya baca mcm baru tanam impian ,tapi now dah jadi kenyataan hihihi

    BalasPadam
  18. hamboi dia dah tergoda, kain lap kayangan...

    BalasPadam
  19. Rancak kawan-kawan duk promote di Fb..lama-lama nanti tergoda jugak nampaknya.

    BalasPadam
  20. Beli beli beli! *Bagi sokongan 😝

    BalasPadam
  21. Makin popular kain ini..
    Kat tempat Sha ini pun ada ejen.. Dalam FB pun rancak keluar iklan kain nie..

    BalasPadam
  22. Ermm....boleh tak nk pinjam? hahahhaaa ^_^

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad