Oh My First Norwex

 Salam Isnin gais..

Harini bermula semula sesi pengkuliahan untuk UiTM.

Tapi kami masih Bekerja Dari Rumah, sebab duduk di kawasan Senawang kan.

Ikut sajalah labu..

Oh berbalik kepada tajuk entry. Ehem..

Ya, akhirnya aku ditundukkan oleh perasaan ingin memilikinya.

Kebetulan ada pulak ex-schoolmate jadi agent..

Dan dia juga adalah orang pertama yang beli Terkaitnya Kita masa aku bagitahu kawan-kawan haritu..

Hik Hik..



Tadaaa!

Kebetulan masa dia sampai, zaimi pergi ambik.

Tergeleng-geleng dia tengok akhirnya bini dia terjebak jugak kah kah kah!


Dah awak taknak belikan, saya belilah sendiri 😜

Punyalah excited macam pertama kali beli set tupperware dulu ahahaha



Untuk permulaan, aku beli dua je lah dulu, sebab yang ramai orang viral sana sini pun memang yang dua ni.

Jadi why not kita cuba kan?

Aku ambil Dusting Mitt dengan Envirocloth.

Dan, kawan aku tu bagitau, kalau pembelian lebih RM150, automatik akan jadi Elite Customer Norwex ni.

Ha apa lagi!

Masa ni la nak fefeeling Fieza Elite grab peluang untuk dapat discount 15% masa beli!
Dan status Elite Customer ni, kalau nak maintain kena buat pembelian RM400 setahun, kalau tak hilanglah status tu.

Tapi aku tak kisahkan sangat pasal status tu, walaupun kawan aku tu cakap, mesti cukup punya nanti 400 setahun.. seram iolls!
ahahaha!

Dia jugak ada bagi aku catalog.

Aduh menggoda betul, nak nak pulak lepas try Dusting Mitt dengan Enviro tu memang mantap lah kan kuasa pengelapan dia (betul ke bahasa aku tu weh?)

Memang bersinar-sinar gittew..

Ingat nak beli kitchen cloth pulak.. kah kah kah!

Hai inilah selera mak mak..

Walaupun ini bukan paid review, sajalah nak bagi tau juga siapa kawan yang jadi agent tu, manalah tau ada yang nak beli dengan dia kan 😁


Panggil dia W.A.


Have a nice day!

Post a Comment

54 Comments

  1. RM400 setahun macam tak byk jugak kena spend, lain kalu RM400 sebulan, so far SK belum terbuka hati nak ada norwex ni, set tupperware kat rumah pun yg beli sendiri brp biji jer, byknya orang bagi.. hihi.

    Jadi, kita tunggulah sape nak hadiahkan kita kain kayangan ni, kahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kita aminnkan part hadiah tu untuk SK ye 🤭😆

      Delete
  2. Ada jugak tengok ramai dok cerita norwex ni. Macam menarik untuk dimiliki. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah memilikinya, saya akui dia memang menarik terutama yang enviro hehe

      Delete
  3. kalau perlu untuk kegunaan di dapur eloklah dapatkannya

    ReplyDelete
  4. Wah! Sudah terjebak ye...
    CP masih kebal hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. terjebak jugak ahirnya... hihihi

    ReplyDelete
  6. wah dah terjebak juga ye Syaz :)

    ReplyDelete
  7. Finally ye kak Syaz. hehe..beli sendiri terus. Untung kalau jadi ahli sebab ada 15% tu kan. Selamat bernorwex kak.

    ReplyDelete
  8. haha.Sya terjebak jugak..takat ni akak masih mampu bertahan..haha..hope tak terpengaruh sbb rega kain dia mahai benor..ptt pun dpt gelaran kainburukkayangan..haha

    ReplyDelete
  9. wohh bestnya norwex. so far mama lum terjebak lagi haha

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Tapi, memang kilat terlebih bahagian yang lap guna enviro tu 😂

      Delete
  11. Kain lap kayangan tu yek, ermmm..belilah dah ada kemampuan, akk pakai tuala buruk haje pun ok dah.

    ReplyDelete
  12. Dah hujung tahun sempat ke cukupkan RM400?

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya dah terjebak dengan Norwex, hihihi

    ReplyDelete
  14. Oooo... banyak orang cakap pasal norwex ni kat twitter...

    ReplyDelete
  15. Nampaknya memang best norwex tu ya? Ramai dah start pakai ni.

    ReplyDelete
  16. Tersampuk hantu norwex juga akhirnya..Hahah.. Akak pun teringin tapi tunggu dulu la..Nak beli guna duit blog bulan depan. hahahah.

    ReplyDelete
  17. tenguk kat Lazada dan Shopee, banyak iklan produk Norwex ni.
    mesti bagus agaknya.
    Tapi wak tak terjebaklah.

    ReplyDelete
  18. kalau mampu, apa salahnya beli.
    lagipun barang baik.
    lepas tu memang akan selalu digunakan.
    yeay.

    ReplyDelete
  19. First time Kak dengar Norwex ni.

    ReplyDelete
  20. hari tu rasanya baca mcm baru tanam impian ,tapi now dah jadi kenyataan hihihi

    ReplyDelete
  21. hamboi dia dah tergoda, kain lap kayangan...

    ReplyDelete
  22. Rancak kawan-kawan duk promote di Fb..lama-lama nanti tergoda jugak nampaknya.

    ReplyDelete
  23. Makin popular kain ini..
    Kat tempat Sha ini pun ada ejen.. Dalam FB pun rancak keluar iklan kain nie..

    ReplyDelete
  24. Ermm....boleh tak nk pinjam? hahahhaaa ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.