Perasap Daging Bawah Rumah


Kisah Sabtu lepas, semua turun ke bawah rumah Tok Ma, tengok zaimi dengan kak ipar aku perasap daging.



 

Asalnya kakak ipar aku tu nak buat daging masak lemak cili api, tapi dia teringin nak masak yang daging salai.

Masalahnya nak cari daging salai kat KB ni memang bukan sesuatu yang mudah lerr..

Jadi, dia kata, nak dapatkan jugak sensasi rasa asap itu, perasap je lah dengan arang 😂


Rumah mertua aku memang jenis di tingkat atas.
Bawah tu untuk park kereta, motor, stor.. kalau buat kenduri pun bawah rumah ni lah, konsep rumah yang kena naik ke atas.

Jadi, salah satu benda yang boleh dibuat bawah rumah ni adalah bbq.. disebabkan tak boleh nak salai daging tu, maka perasaplah daging tu dengan method bbq 😂

Bolehlah, asalkan ada rasa smokey.




Aku jadi pemerhati je, sebab kak ipar yang nak beraksi.
Dan sebenarnya aku malu nak beraksi di dapur mertua sangat. Kekekek😂

Bila dah siap, aku lupa nak ambil gambarnya.
Yang penting rasanya sedap gilaaaa!
Terima kasih CT!❤️

Post a Comment

27 Comments

  1. Alamak, teringinlah pulakkk. adoimakkk.... Kak. sy ada buat entri penghargaan for youuu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi yeehaa terima kasih nona buat entry untuk saya

      Delete
  2. Sukanya tengok rumah lama warna putih bawah dia ada ruang macam ni. Buat tempat lepak santai sambil minum kopi sembang menyembang. kalau dah sedap tu, pasni mesti repeat punya. makan yang salai baru feel rasa salai dengan aroma smoke tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe rumah jenis tinggi. Betul tu, nanti nak bawak lah kak ipar pergi makan kat Zaini Salai tu 🤭

      Delete
  3. sampai skrg atie tak tau daging salai tu daging apa ya

    ReplyDelete
  4. Suami kak kalau dia malas nak Salai atas arang, dia guna oven hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Suruh dah dia buat macam tu,tapi dia gigih nak guna arang 😂

      Delete
  5. Ooo boleh je buat macam tu rupanya ekkk...

    mesti sedap sangat sampai lupa ambil gambar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ! Bertambah kami makan anak beranak hehe

      Delete
  6. shida pun tak pernah lagi cuba daging salai masak lemak cili api..
    bila syaz kata sedap..teringin nk cuba juga ^_^

    ReplyDelete
  7. wahhhh buat sendiri.. kite beli je kat kawan duduk kat kuala pilah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu, pilah memang syurga salai kan, tapi tak sempat nak order dah masa ni

      Delete
  8. sedapnyaaa!! kakmim pun suka daging salai masak lemak cili api.. tapi selalunya beli jerlah daging yg dh salai.... x penah lg perasap sendiri.. hihihi

    ReplyDelete
  9. sama la kita, malu nak beraksi kat dapur mertua..dulu2 pernah gak cuba beraksi, tapi bila ada yang pertikaikan cara kita masak, dan jenis tak boleh terima cara baru...jadi malas da nak lebih2...okbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada apa yang saya nak komen melainkan sep dan gimifai dan aifilyu heheheh

      Delete
  10. daging salai masak lomak cili api sedap tuh

    ReplyDelete
  11. abru td aida blogwalking, komen tentang daging salai juga.
    tapi salai guna air fryer :)

    aida jarang masak daging kat rumah, Syaz.
    anak2 tak brape makan. tapi aida dan asben sgt suka!
    masak lemak daging salai cili padi, ya Allah, lazatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Sedap kan! Tapi saya pun selalu makan kat kedai je masa lunch waktu kerja, sama kes.. anak2 kecik lagi, masak tak baloi hehe

      Delete
  12. Wah daging salai eh. em sedap. Hehe by the way suka la dengan konsep rumah yang mcmni. Seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tapi penat dan sakit lutut juga asik kena naik turun 😂

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.