Sarat Mengandung Ke Kuala Terengganu | Throwback Thursday | 14 Februari 2013

 

Terima kasih semua yang doa yang baik baik tentang aku dan anxiety attack tu.

Selalu juga kena, tapi kali ni agak dasyat.

Jadi memang tak dapat bersambil sambil dengan blog ni, terutama untuk blogwalking.

Ada kerja yang kena diberi commitment padu sikit.

Hehe..

Will be back soon.

Terimalah entry yang dah taip awal 

(supposed to autopublish)

See you soon 😘

++++++


Terjumpa gambar yang hampir 8 tahun dah usianya ni.


Masa ni tengah mengandungkan adam.
Kira pertama kalilah mengandung masa ni.

Sebenarnya masa ni waktu kami berdua balik kampung zaimi di Kota Bharu, tapi agaknya mak mertua pun saja ajak jalan-jalan, maka kami pun pergilah ke Terengganu.

Aku dengan zaimi memang tak tolak lah, kami memang suka sangat dengan Terengganu ni, maklumlah dulu belajar kat sana, di UMT.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat jatuh cinta 
Ahahaha!


Dah sampai KT, mestilah nak lepak-lepak dekat Masjid Kristal kan.
Posing la sekeping dua.



MIL sampai kena berdiri atas batas tu sebab nak bagi sama tinggi 😂
Kelakar pulak bila ingat-ingat balik..


Singgah juga ke Pasar Payang masa ni, bawak MIL shopping.
Aku pun bukan main jugak shopping masa ni, banyaknya beli baju.



Cuci-cuci mata.
Masa ni tak ada anak lagi kan, banyaklah barang boleh pegang sana pegang sini.
Cuba sekarang?

Hahahahha barang apa ada kat tepi pun tak perasan dah.
Mata kat anak je.
Tak berani nak lepa.


Adik bongsu zaimi pun ikut sekali masa ni.
Inilah adik dia yang nak kahwin dalam entry aku buka aib tu haha!


Mengah betul dah masa ni.
Kalau ikutkan tarikh, masa ni tengah pregnant 7 bulan.
Tapi nak katanya sebab first time kan, perut tak besar sangat.

Masa mengandung kedua dan ketiga, haa masa tu nak melangkah pun dah tak larat masa 7 bulan weh!



My favorite photo of the day hehe
Diambil oleh Zaha, adik zaimi tu.



Muka dah start kembang dah masa ni, terutama bahagian hidung.
Kembang yang tak boleh bawak bincang hahaha!

Tengok gambar pregnant ni, adalah timbul rasa nak pregnant lagi.
Tapi mengenangkan kencing manis nak kena cucuk-cucuk insulin, nak kena czer sebab dah dua kali czer, maka dah tak boleh kalau nak VBAC lah doktor bagitau.

Dan yang paling utama, sebab dah selesa dah dengan bilangan ahli keluarga yang ada.
Rasa macam dah ideal.
Dah syukur alhamdulillah 😘

Dan sebenarnya dah malas nak berjaga malam bangun buat susu, nak pergi jalan bawak beg itu ini..

Hehe..

Semua tu tinggal kenangan yang indah, sekarang nak fokus pada membesarkan dan mendidik.
Moga Allah permudahkan urusan kami.

Tengok gambar MIL ni, rindu pulak kat dia.
MIL aku alhamdulillah sihat lagi 🤗

Insyaallah nanti kita jumpa ye ma 🤗


Catat Ulasan

35 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Dah lama tak ke KT.
    Take care ye Syaz.
    May Allah ease everything for you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas doa, semoga Allah membalas CP dengan segala kebaikan :)

      Padam
  2. Kak pun ikut sama throwback.
    Macam sama flow dengan Syaz ni masa bunting pelamin anak first. Balik KT pergi masjid Crystal dan tempat2 lain tu hehehe.
    Kak pernah kena severe panic anxiety attack ni masa mengandung anak ketiga dulu tengah banyak dugaan masa tu, sampai tengok bangunan University makin dekat suami Kak dah nak hantar Kak mohon patah balik rumah. Rasa nak throw up sangat tak tau mana satu nak buat.
    Sampai belum bersalin pun dah terus sangat pre and postnatal depression.
    Takes years to recover.
    Sekarang mula hidup baru. Look forward to tomorrow not regret of the past sebab tak boleh buat apa2.
    Take care dear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. faham faham.. bila kena serang tu, rasa macam kena himpit dengan satu makhluk ghaib kan kak, ini pun tangan masih gigil2, dan berdebar masih ada lagi.. sakit yang tak nampak dengan mata kasar ni kadang2 lagi susah nak handle huhu

      Padam
  3. Kak Syaz, keep being strong ok, hopefully the anxiety will end soon :(

    BalasPadam
  4. Banyak kenangan masa pregnant kan. Kalo 5 anak, 5 lah kenangan. Akk teringin nak tulis kenangan masa akk ngandung dulu, manalah tau boleh sharing something yg boleh jadi manfaat.
    Moga syaz diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan oleh Allah ye, mudah2an apa saja yg terjadi tu membuatkan syaz lebih kuat dan tabah mengharungi hari2 mendatang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis kak tulis! saya pun ada cerita kat blog ni, tapi dah lama2 dah entry tu.. tiga orang, pengalaman dan kenangan dia semua berbeza hehe..

      Aminn kak, terima kasih atas doanya, semoga Allah membalas kebaikan yang berlipat ganda buat akak, sudi doakan saya :)

      Padam
  5. bila agaknya boleh rentas ganu ni.. FIL nk ke sana jumpa abangnya. nina dgn hubby nk jumpa kwn study. haha

    boleh berangan jelahkan.. pasar payang ni dlm list, sah2 penuh bonet dgn brg.

    alhamdulillah rezeki 3 anak, dh boleh fokus besarkan anak2. take care syaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ke sana, cuba juga makanan2 nya, makanan terengganu sedap2 ;)

      Padam
  6. rindu ngandung lagi ke syaz heheheh

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. hahaha betul, panas berbahang macam mana pun dalam tu, tetapppp pergi

      Padam
  8. lama x ke Ganu
    besttt jln2 ni kan, last ke sini 2015 kot

    BalasPadam
  9. Moga dipermudahkan segala urusan.. Lama betul tak pergi ke pantai Timur

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..akak ni berjodoh dengan orang pantai timur, kena la pergi selalu hahaha

      Padam
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan... Amin.. Amin... best kan oregnant.. hehe.. sy belum ada rezeki lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah, rezeki non dah hampir tu, insyaallah ;)

      Padam
  11. Alhamdulillah syukurlah sebab dah setel kan urusan yg menyebabkan panick attact tu kn? bila tgk gambar pregnant mmg terasa nk pregnant kan? tp dh selesa dh dgn life skrg... nnt ada baby kena berkejar ke taska pulak pagi² blom lg nk pumping.. hahahaha

    bestnya shopping di pasar payang... rambang mata... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kenangan pregnant tu indah, tapi macam tak sanggup nak repeat huhuhu

      Padam
  12. boleh lg, Ayu nak adik...hehe..KT mmg best..Pasar Payang lama dlm kenangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayu, nanti main dengan adik jiran ye kalau nak adik hahahaha

      Padam
  13. Nak sanagt pi explore Ganu...nanti la one fine day...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergilah SA, explore dari kemaman, naik sampai setiu ;)

      Padam
  14. tepat sekali kak diana, tepat sekali hahaha.. fokus membesarkan je la hehe

    BalasPadam
  15. Suka juga pergi Terengganu.. Tak tahu kenapa tapi Terengganu memang dekat di hati..

    BalasPadam
  16. Bila kenang balik kenangan tu memang indah untuk di ingati. Terengganu banyak tempat best. Tapi itulah setahun sekali pun belum tentu pergi sana. Jauh nau pulak rasa. Semoga Allah berikan pengalaman mengandung juga buat saya. Aaminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki, boleh fiza jalan2 ke Terengganu. Akak doakan semoga fizah dikurniakan rezeki menjalani proses kehamilan dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah, insyaallah, anak akan tiba pada waktu yang benar sesuai, ketika kita benar2 bersedia, dan bila kita benar2 bersedia itu, hanya Allah yang tahu ;)

      Padam
  17. Belum lagi pernah nk jalan2 KT dengan suami..harap satu hari dapat juga merasa mcm syaz..tgh sarat jalan2 KT..bestnyeeeeee ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah amiinnn, moga impian shida segera jadi kenyataan 😉

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad