Gambar pagi rabu lepas.
Masing-masing belum mandi.
Sebabnya, balik KB kali ni sejuk sangat!
Suhu 26°C je!
Sebab hujan je sepanjang hari.
Rumah mertua aku ni pulak, jenis yang guna air boreng.
Mandi dalam baldi tadah pulak, bayangkan sejuk dia hahaha!
The cousins.
Ada satu pagi tu, aku dengan zaimi pergi dobi layan diri sebab nak keringkan baju.
Basuh je kat rumah, keringkan di dobi.
Sebab musim tengkujuh macam ni, memang susah baju nak kering.
Plus kat rumah mertua kan, segan pulak aku nak sangkut dan sidai baju aku sekeluarga kat merata rat dan lama lama..hehe
Lepas selesai keringkan, round sekitar kampung.
Singgah sekejap dekat tepi Sungai Kelantan.
Air punyalah tinggi dan deras!
Nauzubillah, tapi aku imagine kalau aku terjatuh dalam tu, memang tak jumpa dah aku hidup hidup rasanya wuwu..
Berhenti tu betul betul depan kedai Box 26 yang jadi lokasi penggambaran Mael Totey The Movie tu.
Siapa dah tengok, rasanya boleh cam tempat ni.
Hehe..
Aku?
Aku pun tengok tak habis cerita tu haritu, dia macam tak berapa nak feel masa tengok tu.
Insyaallah akan habiskan bila mood itu sampai.
Haritu masa dalam perjalanan balik semula ke Negeri Sembilan, memang semua sungai yang ditemui, tinggi dan deras!
Semoga tak berlaku banjir.
Stay safe semua!
27 Comments
musim2 hujan ni mmg risau air naik di area2 pantai timur.
ReplyDeleteItulah, moga selamat semuanya
Deleteok..dapat bayangkan dia punya sejuk. teringat rumah arwah atok dulu yang guna air bukit. sampai biru bibir menahan sejuk
ReplyDeleteBetul MY, anak2 menjerit mandi hahaha
DeleteOoh memey sejuk terlajok kt kelate teganu musim2 ujey ni, kalu nok mandi gak raso tok sanggup weylah..pah berapo lamo kelik kelate aritu?
ReplyDeleteSungguh, sejukkkkk!! 😆
DeleteKelik 5 hari kak, tak puas zaimi manja ngan mak dia 😂
Ceria mood pagi masing masing. Ada geng seronok lah semua. bila balik ramai ramai memang ke dobi lah. Tak muat nak sidai..huhu
ReplyDeletepantai timur banyak tempat banjir..tapi haritu balik selatan..johor pun air naik gak.
Ooo johor pun naik air ye, semoga selamat semuanya.
DeleteItulah, nasib sekarang dah ada dobi layan diri kan 😊
Sekarang musim hujan. Harap tak banjir lah..
ReplyDeleteMudah mudahan
Deleteseronoknya balik kg..
ReplyDeletehihi seronok budak2 tu
Deleteomggg dah biasa dimanjakan mandi air panas tiap hari then nak mandi air sejuk ni ..huhuhuhu susah betul
ReplyDeletekann..dia punya brrr brr brrr tu memang over the limit lah ahahah
Deleteair boreng tu macam mana ek? macam air kolah ke? kalo kat rumah mertua ciksun, konsep air kolah tu..mandi bersimbah pakai gayung gitu ha..
ReplyDeleteair yang diorang pam dari bawah tanah, kiranya diorang tak guna air dari syarikat air hehe
DeleteOh itu ke air boreng? Faham faham..
Deleteharap tak banjir lah rumah syaz..
ReplyDeleteinsyaallah..
Deletepehh dpt bayangkan betapa sejuknya air dari baldi tadah tu
ReplyDeleteMacam air batu heheh
DeleteMusim-musim hujan ini memang kena ke dobi keringkan baju..
ReplyDeleteBetul3.. sejukkk je kain kalau tak dobikan 😂
Deletekemas je rumah tok ma haa...^_^
ReplyDeletePagi2 sebelum askar2 tu sepahkan 😂
DeleteFirst time baca air boreng.. wow
ReplyDeleteHehe kat kelantan ni mostly diorang guna air boreng
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.