Cipta Perenggan Kreatif! | Wordy Wednesday

 


Hai semua!

Sejak aku mula berjinak-jinak menjadi penulis fiksyen ni (aduh segannya nak taip!), ada juga yang bertanya, mana aku dapat idea?


Susah juga nak jawab soalan tu sebenarnya.
Haha!

Sebab apa?
Jawapan aku klise je dengan penulis lain.
Dari pembacaan dan juga pemerhatian pada sekeliling.

Sebenarnya, semua orang mampu je nak menulis.
Percayalah!

Cabaran dia kat sini, seperti perbincangan antara penulis otai yang aku selalu baca di group Facebook, adalah menjadikan 'tell' kepada 'show'.

Walaupun aku masih baru dalam arena ni, tapi selaku pembaca, aku setuju benar dengan perkara tu.

Aku pun masih belajar lagi untuk menjadikan 'tell' kepada 'show' dan 'feel'.

Contoh mudah:

Kalau tell:

Maria kepanasan dan rimas di ruang tamu itu.

Ayat tell ni dia straight to the point. Penulis lama kata, kita kena buat ayat supaya pembaca boleh rasa panas yang dirasakan Maria.

Aku cuba ya? Harap jadilah hahaha!

Show:

Walaupun tingkap terbuka luas, namun kain langsir yang tersangkut di kiri dan kanan bingkainya kaku. Tiada langsung angin yang bertiup masuk. Peluh mula merenik di dahi Maria. Badannya juga mula terasa melekit dan menyesakkan dadanya. Ruang tamu rumahnya ini terasa berbahang, tambahan pula cahaya matahari terik yang menyimbah masuk ke dalam menerobos ke segenap ruang hingga terang benderang. Kepalanya yang mulai gatal digaru berkali-kali.


Ha macam tu.
Aku punya ayat tu level amatur tu.
Harap sangat dapat perkemas lagi.
Tapi aku harap dapat sampaikan 'feel' Maria dengan panas dan rimas tu.
Kikiki..

Ada yang nak cuba tak?
Jom!

Tell:
Zaki sedih, sudahlah lapar, tapi tak cukup duit untuk beli makanan.

Ok, siapa nak cuba, boleh buat ayat 'show' dekat bawah.
Ayat paling kreatif (kalau ada beberapa cubaanlah!), insyaallah aku nak bagi hadiah.

Tarikh tutup 27hb 2 2021 ni.

Hehe..
😉

Post a Comment

41 Comments

  1. Kakinya terus melangkah walau dalam keadaan lemah tidak berdaya. Ditambah hujan turun dengan lebatnya. Perutnya tidak berhenti berbunyi minta diisi. Matanya memilau mencari-cari. Kalau ada yang sudi memanggil atau melambai untuk memberi walau sesuap nasi dan seteguk air. Kanan dan kiri banyak sahaja kedai makan yang penuh dengan pelanggan tapi apakan daya sepasang mata hanya mampu melirik sayu manakala tekak menelan air liur yang sudah terasa pahitnya.

    ReplyDelete
  2. Selepas mendengar perkhabaran sedih dari kampung. Zaki yang baru sahaja kehilangan kerja bertambah sedih dengan nasib yang menimpanya. Sejak pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan lagi. Walaupun agak hilang selera dengan berita sedih itu tapi perutnya meronta-ronta kelaparan. Bermacam-macam jenis lagu perut nyanyikan. Kalau buat lagu dah boleh buat album!

    Sudahlah lapar, kena buang kerja. Gaji bulan lepas pun masih tak dapat lagi. Macamana nak beli makanan? Duit pun tak cukup! Apalah nasib kau ni Zaki, katanya dalam hati. Nasib Zaki tak ubah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

    ReplyDelete
  3. Okay saya cuba kak, menarik juga menulis ni.
    Ye, setuju semua orang berbakat sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. alamak, dulu-dulu akak pernahla mencuba-cuba menulis tapi sekarang minat tu dah kurang... lebih banyak membebel hehehe... tapi akak nak cuba lah

    Jam menunjukkan ke angka 3.00 petang, perut pulak dah mula berbunyi. Apa tak nya sedari pagi tidak di isi dek kerana hari yang sibuk sedari awal pagi. Bila dah lapar sangat terpaksa berkejar ke gerai yang biasa untuk membungkus nasi tapi sayangnya gerai itu tutup pula. Berlarian ke gerai sebelah pun tutup akhirnya jumpa kedai makan yang buka. Parut dah semakin berkeroncong minta diisi tapi bila buka beg duit, rasa sedih nak nangis.Kosong, kad bank pun tiada ... hampa

    ReplyDelete
  5. nice tajuk ni syaz.. masih ramai tak pandai guna ayat dn betul

    ReplyDelete
  6. baca pun ayat tu pun da bole rasa Maria sedang kepanasan dan rimas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wah seronoknya bila apa nak disampaikan, sampai! :D

      Delete
  7. have to get back here and do.. now otak tepu haha

    ReplyDelete
  8. kena karang ayat terselit maksud terdirat he hee teringat masa form 5 subjet sastera

    ReplyDelete
  9. menulis itu mesti melukis dengan baik n cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ayat saya semakin cantik hehe..ni pun lama dah tak menulis huhu

      Delete
  10. Naim cuba kak..

    " Angin malam menyapa Zaki tatkala beliau duduk di kerusi luar rumahnya. Ketika itu angin malam sangatlah sejuk, maklumnya sudah beralih monsun atau dikenali orang utara, angin timur. Perasaan beliau bercampur sedih dan gelisah melihat stok makanan sudah berkurangan sehari demi sehari. Di sebabkan beliau baru sahaja di behentikan kerja di sebabkan syarikat beliau bekerja mengurangkan kos di sebabkan Covid-19 ini.


    Ketika itu jua otaknya ligat berfikir persis keyboard yang di taip satu persatu abjad.Duit semakin menipis untuk berbelanja harian.Gangguan perasaan ini menbuat air mata beliau mengalir di pipi tanpa sedar.

    ReplyDelete
  11. “Zaki, ambil duit atas gerobok tu nak. Buat beli makanan. Mak tak larat nak masak pagi ni nak..” kedengaran suara Mak Leha dengan nafas tersekat-sekat bersuara dari dalam bilik.

    Zaki menuju ke gerobok usang di ruang tamu rumah mereka. Tangannya mencapai beberapa helai wang kertas berwarna biru yang ada di atas gerobok tersebut. Sudah beberapa hari Mak Leha jatuh sakit dan tak mampu menyiapkan nasi lemak untuk dijual. Mereka terputus sumber pendapatan. Zaki kasihankan emaknya yang bertungkus lumus menyara kehidupan mereka berdua.

    Di kantin sekolah, mata Zaki memerhati satu demi satu makanan yang dijual. Perutnya berkeroncong minta diisi dengan makanan berat. Tangannya menyeluk saku seluar, menarik keluar wang yang dibawa dari rumah tadi.

    ——
    Stop situ je sebab dah macam meleret tapi tak sampai maksud..haha

    ReplyDelete
  12. Kita cuba tau...jangan gelak ye.

    Rancak perutnya mendendang irama menandakan ianya perlu diisi. Sudah hampir 2 hari hanya air kosong saja yang memenuhi perutnya. Zaki tidak mampu lagi untuk menahan rasa lapar ini namun apakan daya, hanya tinggal 2 nota berwarna biru di dalam kocek seluarnya. Hujan lebat tanpa henti semenjak 3 hari lalu merencatkan usahanya untuk keluar mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Sedih Zaki apabila memandang wajah bayinya yang berusia 3 bulan itu. Susunya juga hampir habis. Ya Allah Ya Razzaq, percukupkanlah rezeki ini buat kami sekeluarga Ya Allah

    ReplyDelete
  13. Zaki termenung memikirkan dompet dan telefon bimbitnya yang hilang entah ke mana. Mungkin dicopet penyeluk saku sewaktu dalam bas tadi. Hendak pulang ke rumah kena berjalan jauh. Perut Zaki berkeriuk minta diisi sejak kali terakhir menjamah sekeping roti pagi tadi. Zaki menghela nafas. Sayu betul hatinya terkenangkan telefon bimbit pemberian arwah Mamanya yang kini entah di tangan siapa.

    Sis cuba...

    ReplyDelete
  14. wak pon nak cuba try test jugak., hehehe

    Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Zaki sedih, sudahlah lapar, tapi tak cukup duit untuk beli makanan.

    Sebab itu Zaki tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Bukan sebab Zaki tak ada duit. Pagi itu Zaki bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak Zaki mengajak Zaki menemaninya ke pasar.

    Tetapi Zaki tidak mahu. Selepas emak menikam perut Zaki berkali-kali dengan garfu barulah Zaki bersetuju untuk mengikutnya. Mereka berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar Zaki ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak Zaki. Emak Zaki tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

    Lepas itu emak Zaki naik semula dan mengejar lori tersebut. Zaki pun turut berlari di belakang emak Zaki kerana takut emak Zaki melanggar lori itu pula.

    Pemandu lori itu nampak merekaa mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Mereka pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak Zaki dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

    Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak Zaki tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

    Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak Zaki. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak Zaki masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak Zaki menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak Zaki cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
    Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

    Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

    Selepas itu emak Zaki mengajak Zaki ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak Zaki menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Zaki dan emak Zaki terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah mereka pun mati.

    Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah Zaki lihat sebelum Zaki mati.

    Hahaha., maafkan wak ye., kopipes je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi nak try lepas baca wak lat nyer percubaan ni... serrender terus

      Delete
    2. hahahaha pemes ni cerita semua mati ni masa 2008 2009 camtu kan hahaha

      Delete
  15. tak mampu nak mencuba time ni. bile takde idea tu mmg tak boleh nak gebang ape-ape. tapi bile ade idea, terus jer menaip tak henti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti meh la cuba, ada masa lagi hehe

      Delete
    2. insyaallah, ide idea dtg nnt bole cube

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.