Sunday, February 21, 2021

Freeman Polishing Charcoal + Black Sugar Gel Mask + Scrub

Sepanjang tajuk entry kali ni, sepanjang tu jugaklah nama gel mask cum scrub yang aku guna petang tadi.


Rasa nak pakai mask.
Rasa jgak nak scrub muka.

Maka scroll Grab, tengok kat mart, cari dalam Guardian.
Sekali ternampak produk ni.

Memang tak pernah cuba pun sebelum ni.
Harga dia pun macam ok, jadi aku terus beli.

Dalam 20 minit, rider pun sampai.
Mudahnya hidup zaman ada delivery ni.
Makin lebarlah diri..haih..

Ok berbalik pada cerita, ini rupa belakang peketnya.


Lepas mandi, terus tepek kat muka.
Dah kata arang campur gula kan, ha macam ni lah rupa dia.

Memang macam gula yang lembab, berwarna hitam.


Walaupun hitam, tapi bau dia perghhhh!
Harum mengancam!

Wangi!

Jadi aku pun habiskan sepeket dan lumur ke muka.
Kalau ikut arahan belakang peket dia, kena tinggalkan di muka dalam 5-7 minit.
Lepas tu genyeh untuk proses exfoliate.

Memang best sangat perasaan lepas pakai tadi.
Segar!
Rasa muka bersih je.

Tapi, kalau nak lagi suci, kena berwudhuk 😛
Ok gurau manja. 

27 comments:

  1. Ada pek kecik gini dah ye sekarang.. 1 paket ni boleh gune berapa kali
    Naniey suka gune yang clay mask freeman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa untuk sekali guna, ke sebab muka saya lebar tak tau la naniey hahaha

      Delete
  2. Auuu.. gurau manjaaa.. hehe.. X pernah jumpaaaa.. leh try lah nantiii. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun first time jumpa dan cuba semalam hehe

      Delete
  3. Makin berseri-seri nanti nih. Elok pula ye peket macam tuh senang nak handle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! aah, senang, lepas habis sepeket buang je terus hehe

      Delete
  4. teringat kadang ada artis yg cakap muka putih suci berseri sbb guna air wuduk hekhekhekkk

    ReplyDelete
  5. saya paling malas nak cuci muka... tp sib baek lah kulit muka takde masalah sgt... heheheh

    ReplyDelete
  6. Best sesekali memanjakan muka, polish bagi hilang segala benda asing kat kulit. memang bersih halus mulus lah hasilnya. Air wudhuk tambah seri wajah gitu :)

    ReplyDelete
  7. sy gn yg merah. delima. mmg best sbb wangi😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu pun ada beli juga haritu, nanti saya share hehe

      Delete
  8. Eh.. ada jual dalam pek kecil eh.. menarik gak nie.. Senang nak bawa travel..

    ReplyDelete
  9. FreeMAN ni woman boleh pakai ke?

    ReplyDelete
  10. okay yg last tu mmg gurau manjeee hehehehee ^_^
    nanti nk cari lah..nk cuba guna :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot