Wednesday, February 3, 2021

Megalopolis Semut | Wisdom Wednesday

 


Lama dah tak buat segment Wisdom Wednesday.
Jadi hari ni, nak share 1 video yang menunjukkan 1 kota semut yang sangat besar!

Dalam video ini, 10 tan simen dicurah ke dalam sarang semut yang telahpun ditinggalkan oleh semut-semut tu. Dengan bantuan oleh mesin pengorek dan tenaga manusia yang ramai, beberapa orang saintis dari Brazil berusaha untuk mengeluarkan tanah-tanah di kawasan itu. Proses yang mengambil masa beberapa minggu juga!

Dan, memang tak sangka kota semut tu sangat besar!
Penuh dengan bilik-bilik dan lorong-lorong. Sebab tu dia digelar Ant Megalopolis!


Bila tengok video Megalopolis semut ni, terus teringat pada 1 episod doraemon.
Mula-mula baca dalam komik Doraemon je masa kecik dulu.
Yang Doraemon, Nobita, dan kawan-kawan dia masuk dalam sarang semut, siap pakai kanta khayalan sebab tak nak nampak semut tu menakutkan dengan rupa asal dia haha



Seronok lah pulak layan video semut petang-petang ni.
Carrymark belum siap!
Argghhh#&@^(&@

14 comments:

  1. Besar betul Ant Megalopolis tu. Cantik sebenarnya sarang semut ni. Dia berseni.
    Tengok cerita doraemon tu, baru lepas layan stand by me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat lagi tengok stand by me 2 tu.. tak sabar nak tengok hehe

      Delete
  2. Subhanallah..rajinnya semut bina kota..besar pulak tu..amazing..

    ReplyDelete
  3. Semut adalah makhluk mengamal sikap berkerjasama hehe

    ReplyDelete
  4. ant megalopolis terbesar di dunia ada kat malaysia sebenarnya... Kota Sarang Semut, Kedah

    ReplyDelete
  5. masya Allah...tabarakallah...besarnya...

    ReplyDelete
  6. atie belajar facts ttg semut yg 6: 2 kot nisbah... semut itu pura pura rajin hahaah

    ReplyDelete
  7. subhanallah... indah kejadian tuhan kan? kagum sbnrnya tgk sarang semut

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot