Beberapa hari lepas, saja share gambar lama koleksi abah di satu group Facebook, Peminat Gambar-gambar Lama dan Klasik.
Kalau ikut abah kata, gambar di dalam tahun 70an - 80an dulu.
Actually, gambar ni disimpan sebab ada gambar tok aku (mak kepada abah).
Yang duduk kanan sekali tu.
Tapi yang buat aku rasa gambar ni menarik, adalah tulisan dekat pintu jamban tu 😂
"Berak tu janganlah lama-lama"
Ahahaha..adeh..
Tak sangka gambar ni ramai ahli group tu likes dan ketawa.
Meh nak kongsi sikit antara komen-komen.
Haha..
Ramai juga yang teringat zaman dahulukala, yang rata-rata kata sangat indah berbanding sekarang.
Jadi, kalau guna jamban kongsi, moralnya, janganlah lama-lama 😂
19 Comments
Ni lucu. Terimbau kembali zaman duduk kampung jamban kongsi2. Sederet pulak tu. Kalau ditulis mau berhari2 dan berkajang kertas. Hihi.
ReplyDeletehihi rata2 yang komen pun cakap macam tu mokja, masing-masing penuh dengan kenangan manis jamban kat luar ni hehe
Deletehaha.. comel aje siap ada pesanan penaja
ReplyDeletekikiki
DeleteHahaha..tergelak membaca. Pesanan khidmat masyarakat tu. Tandas kongsi memang tak boleh lama-lama. Buat hangin orang yang menunggu lama kat luar.
ReplyDeletehaha..moga yang kat luar tak terlepas apa ditahan-tahan
DeleteSempat merasa jamban zaman dulu. Nostalgia sungguh. Tapi takde sebarang notis di pintunya.
ReplyDeletehihi masyarakat sekitar jamban ni terlebih rajin haha
DeleteHahahaaaa.. weh.. ada jugak ehhh.. Memori lucu.. pesanan yang berguna.. tapi kalau dah nak terberak lamaaaaa.. acanooo. Kahhhh...
ReplyDeletetu la..langgar arahan la nampaknya ahaha
Deletehahaha lucu!!!! lawak betul.. mesti tandas tu kongsi byk rumah heehe
ReplyDeleterasanya macam tu dah hehe
Deleteterus teringat cerita Pramlee yang babak nak berak pun jenuh bertinggung beratur hahahaha
ReplyDeletehahaha tabah sungguh orang zaman dulu kan
Deleteade jer orang yg suke berak lama2. entah per yg diberakkannya tu
ReplyDeletesambil berangan agaknya hahah
Deletesuka pulak tengok gambar ni..banyak kisah dalam satu gambar..paling win memang tulisan dekat jamban tu..hahahhaha
ReplyDeletehihi..agaknya apa yang sedang diborakkan oleh acik2 tu kan
Deletekalau zaman kampus tu kalau kelas kol 8 baik mandi sebelum subuh kalau xmo kena menunggu lama2 dpn shower or toilet.. hahahaha
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)