Monday, March 29, 2021

Geram Si Ben | Fiksyen

 Maaf pada yang bertanya cerpen baru.

Tak sempat weh nak menaip fiksyen 😂

Oklah meh nak bagi 1 certot super ketot.


Geram Si Ben



Ben tergamam. Tindakan bawah sedarnya tadi sememangnya langsung tidak membekaskan walau secalit memori bagaimana semua ini sudah berlaku sehingga ke tahap ini.

Entahlah, mungkin semua ini adalah eskapisme terhadap perasaan geram dan bengang yang sering bertinju dan bergasak dalam hati Ben selama ini. 

Ben akui dirinya masih dan akan terus mencintai Nurul. Namun mengenangkan lancang dan lantangnya bebelan Nurul hari demi hari memang Ben semakin tidak tahan.

Perasaan sabar yang semakin lama semakin menipis dalam sanubari Ben akhirnya melayang terus tanpa meninggalkan bayang. 

"You got to do what you have to do, Ben! Finish her!", hati kecil yang tak berhenti melaungkan kata-kata itu sejak Ben dan Nurul tiba di rumah lewat petang tadi akhirnya dituruti. Biarlah apa pun akibat yang menanti, Ben sudah tidak peduli. 

Namun sebaik sahaja perkara itu Ben lakukan, warasnya datang kembali membawa bersama sesal di hati. Jari-jemari yang kemerahan bersalut cecair melekit berwarna merah, terasa pijar. Perasaan bersalah mula menjalar ke relung hati Ben.

"Inilah yang orang cakap, ikut hati mati ni", getus hati kecil Ben yang redha atas kesalahan tindakan terburu-burunya tadi.

Kini, Ben terpaksa terus mendengar lagi bebelan Nurul yang memang sudah sejak beberapa minggu lepas lagi berkumandang. Asalnya Nurul membebel tanpa mengenal erti penat kerana Ben terbuang bungkusan tisu yang Nurul gunakan untuk membungkus rantai tangan emas bercorak daun ketum seberat 13 gramnya ke dalam tong sampah. 

Ben sangkakan itu cuma gumpalan tisu yang Nurul guna untuk menghembus hingus di dalam kereta. Manalah Ben nak tahu!

Sebentar tadi pula, marahkan Nurul kononnya. Tanpa berfikir panjang, Ben terus meratah keenam-enam udang sambal bersaiz XL air tangan emak Nurul yang orang tua itu kirimkan sebaik mereka bertolak balik dari kampung Nurul.

Maka tercatuklah Ben di atas kerusi dapur mendengar amukan Nurul. Ben akui, mahu bangkit untuk mencuci tangan di sinki pun Ben takut.

Nasib badan..

"Tenang Ben, jangan takut, beras kita beli", dan hati kecil Ben masih tidak reti diam juga sama seperti mulut si buah hati.


Syaz Eym | 29/3/2021

27 comments:

  1. certot menarik panjangkan 200pp dah jadi anekdot himpun n terbitkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyaallah kak PI, ada juga terfikir untuk buku seterusnya, cuma idea masih kering lagi haha

      Delete
  2. hahahahha.. siapa tak takut bini oi! Tapi kenapo la bungkus emas dalam tisu???

    ReplyDelete
  3. simpan dulu, sat lg br baca....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemetot je ceritanya, baca terus tak sampai seminit haha

      Delete
    2. syuuuhhhh.... kat opis line tak clear. akak belakang ni kaki repot

      Delete
  4. certot..hehe..org dulu2 suka simpan brg kemas dlm saputangan/tisu..

    ReplyDelete
  5. memang salah besar la si ben buat-buat tak bersalah pulak... kalau akak la mau seminggu pun tak habis bebel tu... apa lah ben ni, geram lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! terima kasih kak dana, sudi baca, komen dan menghayati :D

      Delete
  6. Ben nak gi basuh tangan pun takut hahahahaha
    Uishh simpan 13 gram rantai tangan emas dalam tisu ajeeee, memang mahu terbuang lerr kalau tak perasan hahaha

    ReplyDelete
  7. haha habis dimakan udang sorang2

    ReplyDelete
  8. Yang disimpan emas dalam tisu tu buat ape.. huhu. Kalau saya pun, tak suka nampak benda² bersepah, memang kena buang le jawabnye

    ReplyDelete
  9. Heheee... cerpen cerita pendek, certot cerita kontot ye Syaz.

    ReplyDelete
  10. haha..beras kita beli ye. comel pulak sebut certot ni :)

    ReplyDelete
  11. " u got to do what u got to do ben " mcm dia nak bunuh nurul bunyi dia haha

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot