Maaf pada yang bertanya cerpen baru.
Tak sempat weh nak menaip fiksyen 😂
Oklah meh nak bagi 1 certot super ketot.
Geram Si Ben
Ben tergamam. Tindakan bawah sedarnya tadi sememangnya langsung tidak membekaskan walau secalit memori bagaimana semua ini sudah berlaku sehingga ke tahap ini.
Entahlah, mungkin semua ini adalah eskapisme terhadap perasaan geram dan bengang yang sering bertinju dan bergasak dalam hati Ben selama ini.
Ben akui dirinya masih dan akan terus mencintai Nurul. Namun mengenangkan lancang dan lantangnya bebelan Nurul hari demi hari memang Ben semakin tidak tahan.
Perasaan sabar yang semakin lama semakin menipis dalam sanubari Ben akhirnya melayang terus tanpa meninggalkan bayang.
"You got to do what you have to do, Ben! Finish her!", hati kecil yang tak berhenti melaungkan kata-kata itu sejak Ben dan Nurul tiba di rumah lewat petang tadi akhirnya dituruti. Biarlah apa pun akibat yang menanti, Ben sudah tidak peduli.
Namun sebaik sahaja perkara itu Ben lakukan, warasnya datang kembali membawa bersama sesal di hati. Jari-jemari yang kemerahan bersalut cecair melekit berwarna merah, terasa pijar. Perasaan bersalah mula menjalar ke relung hati Ben.
"Inilah yang orang cakap, ikut hati mati ni", getus hati kecil Ben yang redha atas kesalahan tindakan terburu-burunya tadi.
Kini, Ben terpaksa terus mendengar lagi bebelan Nurul yang memang sudah sejak beberapa minggu lepas lagi berkumandang. Asalnya Nurul membebel tanpa mengenal erti penat kerana Ben terbuang bungkusan tisu yang Nurul gunakan untuk membungkus rantai tangan emas bercorak daun ketum seberat 13 gramnya ke dalam tong sampah.
Ben sangkakan itu cuma gumpalan tisu yang Nurul guna untuk menghembus hingus di dalam kereta. Manalah Ben nak tahu!
Sebentar tadi pula, marahkan Nurul kononnya. Tanpa berfikir panjang, Ben terus meratah keenam-enam udang sambal bersaiz XL air tangan emak Nurul yang orang tua itu kirimkan sebaik mereka bertolak balik dari kampung Nurul.
Maka tercatuklah Ben di atas kerusi dapur mendengar amukan Nurul. Ben akui, mahu bangkit untuk mencuci tangan di sinki pun Ben takut.
Nasib badan..
"Tenang Ben, jangan takut, beras kita beli", dan hati kecil Ben masih tidak reti diam juga sama seperti mulut si buah hati.
Syaz Eym | 29/3/2021
27 Comments
Hai sy singgah ke sini
ReplyDeletehai rabia :)
Deletecertot menarik panjangkan 200pp dah jadi anekdot himpun n terbitkan
ReplyDeletehehe insyaallah kak PI, ada juga terfikir untuk buku seterusnya, cuma idea masih kering lagi haha
Deletehahahahha.. siapa tak takut bini oi! Tapi kenapo la bungkus emas dalam tisu???
ReplyDeletehahaha :P
Deletesimpan dulu, sat lg br baca....
ReplyDeletecemetot je ceritanya, baca terus tak sampai seminit haha
Deletesyuuuhhhh.... kat opis line tak clear. akak belakang ni kaki repot
Deletecertot..hehe..org dulu2 suka simpan brg kemas dlm saputangan/tisu..
ReplyDeletetu la..teringat nenek saya
Deletememang salah besar la si ben buat-buat tak bersalah pulak... kalau akak la mau seminggu pun tak habis bebel tu... apa lah ben ni, geram lak
ReplyDeletehahahaha! terima kasih kak dana, sudi baca, komen dan menghayati :D
DeleteBen nak gi basuh tangan pun takut hahahahaha
ReplyDeleteUishh simpan 13 gram rantai tangan emas dalam tisu ajeeee, memang mahu terbuang lerr kalau tak perasan hahaha
itulah, salah juga si nurul tu kan hehehe
Deletehaha habis dimakan udang sorang2
ReplyDeletehihihi :P
DeleteYang disimpan emas dalam tisu tu buat ape.. huhu. Kalau saya pun, tak suka nampak benda² bersepah, memang kena buang le jawabnye
ReplyDeletekan? samalah...memang tak cek dah hehehe
Delete13g tu. mne la x membebel
ReplyDeletekih kih...
DeleteHeheee... cerpen cerita pendek, certot cerita kontot ye Syaz.
ReplyDeletebetul tu kak amie heheheh
Deletesedap ayat2 syaz tulis..
ReplyDeleteallahu..terima kasih fiza :)
Deletehaha..beras kita beli ye. comel pulak sebut certot ni :)
ReplyDelete" u got to do what u got to do ben " mcm dia nak bunuh nurul bunyi dia haha
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.