Deco Dinding Dapur Guna Wallpaper

Benda datang mengejut.
Tiba-tiba rasa nak penuhkan dinding sebelah pintu masuk dapur di rumah ni.
Dinding sebelah stor, sebelum ni memang zaimi sangkut kalendar je kat situ.

Mula-mula cadang nak beli pokok artificial tu.
Banana ke, skybird ke..

Tapi bila fikir, nanti kalau dah letak pokok dekat situ, jadi susah pulak nak bukak pintu stor.

Tapi dah nekad nak deco dinding tu.

Maka ambil keputusan untuk beli wallpaper je.
Kih kih..

Beli dari shopee, dalam gambar dekat shopee, tinggi sampai ke langit pokoknya.

Bila sampai, setinggi ayu je.

Agaknya dalam shopee tu, dia lekat dekat rumah Hobbit.

Selain wallpaper pokok pisang tu, aku order sekali sticker quotes tu.


Serius, nak tampal sticker quotes tu sangatlah renyah dan mencabar weh.

Mungkin sebab aku buat sorang-sorang.

Buat senyap-senyap sebab nak surprise zaimi 😜

Dekat 30 minit juga ambil masa bagi selesai menampal.


Adik ayu apa lagi, jadi model la dia.
Macam biasa haha!

Jadilah, nak buat grand grand tak pandai, nak upah orang kedekut 😂

Kira bolehlah deco dinding dapur ni, bila dah siap, tak adalah otak asyik berfikir je 😁

Post a Comment

22 Comments

  1. Rumah saya lagi banyak Deco hasil contengan anak²... Ni baru habis mengecat rumah semula. Harap tiada lagi hasil seni contengan di dinding.

    ReplyDelete
  2. Nampak hijau!
    Segar mata memandang.

    ReplyDelete
  3. Cantik gak sticker pokok tuuuuuu, nak hias jugak dinding bilik tapi owner rumah tak bagi pulakkk :')

    ReplyDelete
  4. Rumah hobbit? Hehe..
    Nape dengan tangan Ayu tu?

    ReplyDelete
  5. Akak pun baru pindah masuk rumah baru...byk yg nk kena deko segala bagai ni

    ReplyDelete
  6. hahahha kira ok dah tu...
    terror gak la buat sengsorang...syabasss ehhehe

    ReplyDelete
  7. Bilalah nak berbuah pokok pisang tu

    ReplyDelete
  8. cantik pulak pokok tu sbb nmpk hijau dia real.. dulu kakmim suka jugak deco² guna sticker wallpaper ni.. sampai ofis pun jd mangsa

    ReplyDelete
  9. ala comelnya deco dinding..
    kat shopee kdg mmg camtu..
    ingtkan besar rupanya cinonet ajer! tp tetap comel pokok tu.. hehe

    ReplyDelete
  10. Teringin nk buat deco... cantik sis... tak kesampaian lg... umh pun kosong je

    ReplyDelete
  11. wah cantik juga tu, simple tapi kemas =)

    ReplyDelete
  12. CCL pernah jugak deco bilik tidur dgn pokok² rendang kat sudut dinding .. Just beli wallpaper gmbar pokok and lekat je kat dinding . Serius tahan lama ..sticker pokok takde jatuh . Tapi skrg dh buang sbb tukar cat baru

    ReplyDelete
  13. nampak cantik walaupun simple :)

    ReplyDelete
  14. cantik ja deco kat dinding rasa jemu tukar lain ode je

    ReplyDelete
  15. Okay gak letak wallpaper sticker.cantik! ada pokok besar gedabak susah pulak nak bukak pintu stor nanti. Pokok pisang minin namanya sebab setinggi ayu. Faham perasaan itu, dah dapat tak ligat dah otak berfikir. :)

    ReplyDelete
  16. cantik deco guna wallpaper tu..nk deco uma tp rumah sewa yg kt KL ni. malas tanggalkan ncat balik bila nk pindah heeh

    ReplyDelete
  17. Cantik deco walaupun simple.. Terus jadi tempat Ayu selfie ye.. hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.