MARDI Cameron Highlands | Ogos 2019 | Throwback Thursday

MARDI Cameron Highlands ni memang antara tempat yang kami wajib visit kalau pergi ke sana.
Selain banyak pokok cantik-cantik, tempat ni jugak luas dan landai.

Jadi boleh lepaskan anak-anak berlari!


|Entry ini banyak gambar!|
Trip ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ni masa 2019 hari tu.
Trip kami yang sama dengan sewaktu kami pergi ke BOH Tea Centre tu.

MARDI CAMERON HIGHLANDS


Seperti nama dia, MARDI CH ni memang banyak pokok bunga dan juga ada jualan sayur-sayur jugak.
Selain tu, di MARDI CH ni ada banyak port untuk bergambar, sebab dia ada banyak binaan-binaan hiasan yang cantik untuk tangkap gambar mengabadikan kenangan.



Antaranya adalah kincir angin kecil yang diperbuat dari kayu ni.
Memang antara port kegemaran pelancong jugak.

Jenuh tunggu giliran!



Ayu baru setahun lebih masa ni.
Baru dapat kaki.


Agaknya sebab dia sejuk, dia biarkan je tudung yang aku sarungkan tu.
Gambar atas ni ayu dan zaimi bergambar depan pokok lavender kalau tak silaplah.



Ada pokok bunga matahari jugak.
Elok besar tegap pokoknya.
Daun pun penuh dan hijau.


Yang paling menarik perhatian ayu masa ni adalah kolam yang ada air pancut ni.
Adam dan amir pun sama.
Lari pusing-pusing kolam, lepas tu naik atas jambatan tu.

Paling diorang suka bila terkena tempias air pancut tu bila angin bertiup hehe





Ada satu kawasan tu penuh dengan pokok paku-pakis.
Macam-macam jenis paku-pakis yang ada dekat MARDI CH ni.




Banyak kan paku-pakis?
Merimbun!


Ada replika periuk kera yang lagi besar dari ayu masa ni.
Seronok dia duk pegang-pegang replika tu.


Replika Periuk Kera di MARDI Cameron Highlands

Omak pun apa lagi, tumpang sekaki lah ambil gambar.
Bukan selalu jumpa periuk kera kan.


Geram pulak tengok budak kecik ni masa ni.
Cakap pun masih bahasa alien masa ni.


Kasi canlah nak posing.
Kasi kan?




Puas adik ayu test drive kaki dia.
Yelah, baru dapat dalam 3 bulan lebih kaki dia masa ni.

Jalan pun senget lagi hahaha!



Abang-abang memang kena jadi bodyguard ayu.
Itu wajib!
Jangan nak tinggal ayu!


Taktau apa namanya pokok ni, tapi rasa rupa dia cantik pulak.
Masuk pulak dengan tudung aku masa tu.
Purple gittew!


Gambar di atas ni menunjukkan kenapa aku tak jadi model.
Kah kah!



Ayu pun sibuk nak pegang jugak buah tu.
Tertarik dia agaknya tengok bulat-bulat je buah purple tu agaknya.


Abang-abang pulak terjumpa replika periuk kera yang lagi besar!
Sibuk suruh tangkap gambar diorang sebelah replika besar tu.
Replika ni ada dalam rumah paku-pakis tadi.


Dah penat berdiri, budak-budak pun dah penat berlari, lepaklah sekejap.
Menikmati kabus yang sejuk.



Tapi dah namanya budak-budak, mana reti penat lama-lama.
Duduk tak sampai 10 minit, dah mula nak explore semula.



Ayu pun sama, nampak abang-abang dia dah mula berjalan, dia pun nak ikut.
Terkedek-kedeklah omak dan ayah pun ikut dari belakang.



Vespa kayu ni pun antara replika yang kena berebut kalau nak ambil gambar.
Nampak macam tak ada orang, padahal ada je ramai nak menanti nak ambil gambar atas tu jugak.



Posing je lah macam mana pun anak-anak..
Cameron Highlands ni masa pre-covid, bila masanya yang tak ramai orang kalau cuti sekolah kan?




Selain vespa tu, sebelah dia ada keretapi pulak.
Agak bahaya sebenarnya sebab paku dia ada yang dah terkeluar.



Lepas orang dah kurang, sambung balik ambil gambar dekat vespa tu balik.
Adam dan amir tak puas hati tadi tak dapat posing solo.





Dia pun nak jugak solo dekat vespa tu.
Mana boleh tengok abang-abang buat, mesti dia nak jugak.


Punya nak bergaya lah, nak cari angle gambarlah, tengoklah hasilnya dekat muka masing-masing 😆
Sabar je lah!


Ini pulak tak ingatlah macam mana boleh semua ada dalam frame.
Rasanya tak ada bawak pulak tripod.
Mungkin zaimi minta tolong orang kot?
Lupa ingatan dah.



Teruskan perjalanan ke depan lagi, ada kawasan bunga-bunga.
Cantik sangat bunga-bunga semua.
Ada bunga yang dari luar negara juga dekat situ.


Ayu memang tak senang, mata asyik melilau pandang bunga-bunga je.
Masa ajak wefie pun dia sibuk mendongak pandang bunga.


Suruh abang-abang berlakon pandang bunga 😂
Sekali sekala mak pun nak acah berseni fotografi haha!


Penat lagi?
Duduk lagi!

Jangan risau, ada banyak tempat duduk dekat MARDI ni hihi.


Lepas tu naik lagi ke atas.
Berdepan dengan pusat jualan sayuran MARDI ni.

Ada set cawan dengan teko besar.
Memang besar betul lah, sebab budak-budak boleh masuk main dalam tu.



Cuma kondisi teko ni agak lusuh.
Usang tu taklah, suma macam kurang diselenggara kot?




Ada yang dah pecah-pecah sikit.
Dan kalau masa aku tengok tu, dekat muncung teko tu ada air yang keluar.
Macam air terjun.

Tak pasti pulak kalau teko dan cawan ni dulu sebenarnya memang keluar air pancut ke apa.



Lepas dah penat berlari bermain bagai, zaimi ajak pergi minum dekat kedai teh.
Sebelah kedai tu ada kawasan dia tanam strawberry.

Tapi masa tu, dia tak buka untuk petik.
Tutup.

Tengok dari luar je lah.
Menghirup aroma strawberry sambil minum teh..gitteww!


Selain teh, dia ada juga jual aiskrim strawberry yang ada strawberry segar kat dalamnya.
Pergh sedap!



Apa lagi, makan jangan tak makan!
Bukan selalu dapat!



Comel je set cawan teh dia.
Cawan tu ada column yang boleh selit kat teko tu.
Pelik tapi cute.

Dah nama pun kat Cameron Highlands, roti tu belum apa-apa dah sejuk dan liat 😂





Yang pasti anak-anak seronok sangat datang MARDI Cameron Highlands ni.
Insyaallah kalau ada rezeki lagi, nak repeat.

Semoga dipermudahkan!

Post a Comment

17 Comments

  1. hanya mampu throwback ye Syaz, mudah2an kita akan berkesempatan untuk kembali menikmati keindahan bumi cameron highlands semula dalam suasana yang lebih baik

    ReplyDelete
  2. CH tmpat bercuti feberet akak
    byk kali dtg sini
    tp tak penah ke Mardi ni
    menarik tmpt tu bestt tgk gambar2 syaz

    ReplyDelete
  3. bestnya holiday.. arap cepat la covid ilang..
    nk holiday.. tepu dh otak ni..

    ReplyDelete
  4. Memang cantikkkkk MARDI ni. Pernah ada trip academic di MARDI. Inspection pejabat putih dalam MARDI tu hehehe.
    Aamiin, semoga lepas covid19 reda, kak syaz boleh repeat pergi MARDI lagi :D

    ReplyDelete
  5. Suka jalan-jalan kat MARDI CH ni. Sempat la beberapa kali masuk, tapi entah tahun bila kali terakhir masuk.

    Yelah, unik cute set teh tu.

    ReplyDelete
  6. INDAHNYA TAMAN MARDI CH MACAM2 TANAMAN ADA

    ReplyDelete
  7. Ada labu air yg besar2 bergayutan haha...geram ja akak nk petik

    ReplyDelete
  8. rindu nya nak jalan2 kan...
    dah lama gila tak g cameron.

    ReplyDelete
  9. Dah lupa bila kali terakhir ke Cameron Highlands. Masa tu arwah abah pun masih ada.

    ReplyDelete
  10. mampu throwback je kan.. rindu jugak nk g jln cameron lagi.. dah 2 tahun tak boleh g mana2..

    ReplyDelete
  11. cepat2lahboleh merentas negeri. nak pegi sini juga

    ReplyDelete
  12. Antara tempat yg xpernah masuk kalau ke cameron huhu tp nampak cantik

    ReplyDelete
  13. Terobekk jer la kita. Nak gi jalan2 memnag takleh dah skarang ni

    ReplyDelete
  14. pernah pergi sekali jer mardi ni itupon masa first time pi cameron. pastu tak pernah dtg2 lagi dah...

    ReplyDelete
  15. Adoi.. rindunya nak jalan-jalan CH.. lama tak naik.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  16. Tempat yg mcm cafe ni shida ada juga pi mkn strawbery celup coklat tu..dgn eskrim 😋😋

    ReplyDelete
  17. Pi cameron ni xckp sehari syaz..kena dua hari baru puas jelajah 🤣🤣

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.