Kisahnya tiba-tiba rasa nak beli pokok-pokok buat hiasan sikit dalam rumah.
Asalnya tengok dalam HGTV la ni, tu dapat idea.
Kebetulan atas rak tv tu memang kosong tak ada apa-apa lagi setakat ni.
Yang ada cuma diffuser Gintel tu aje.
Jadi disebabkan tak boleh keluar ni, shopee la tempat melampiaskan nafsu shopping haha
Scroll punya scroll, tertarik dengan pokok monstera dalam bakul ala mengkuang macam tu.
Tinggi pokok tu sekali pasu adalah 60cm.
Ukur ukur sikit, kira ngam. Terus order.
Bila sampai, dia ada free pokok kecik warna pink tu sekali.
Nama dia tak tau la pulak apa.
Masih noob bab pokok ni kikiki
Jadi berseri lah sikit kononnya rak tv aku tu hahaha!
Tapi lepas beberapa hari, ternampak pulak satu post dalam group Kelab Deco Rumah dekat FB, ada yang letak lampu pulak.
Maka terbeli pulak lampu 😂
Gitew..
Anak-anak pun fefeeling macam hotel la konon sebab lampu oren kan.
Jadilah, beli yang biasa-biasa je.
Yang geram, lampu tu siap kemek pulak tu.
Bila letak atas rak tu, terpaksa lah pusing kan sikit.
Tapi masih tak puas hati sebab kemek tu yang tak boleh dibetulkan. Hmmm..
Jadi inilah rupanya pokok monstera dan lampu hiasan ku di atas rak tv di malam hari.
Jadilah, nak menghibur diri sendiri di kala PKP haha
Oh ya pokok tu bukan pokok hidup.
Eheh.
29 Comments
cantik✌️
ReplyDeletelampu naik seri
Hihi tq kak 😊
DeleteCantikk pokok. Lampu tu pun cantikk
ReplyDelete😁
Deleteooh pokok plastic camni xleh kuarkan oksigen kann., hehehe
ReplyDeleteOpkos waklat haha
DeleteCantik pulak tengok. 😀
ReplyDeleteBeli la 1 kikiki
DeleteCantik. ☺️
ReplyDelete😘
DeleteCantik pulak ye ada hijau2 deko nih, teringin juga tapi tak tau nak letak mana hehe
ReplyDeleteHihi boleh selit2 mana2 tu
DeleteBerseri-seri pulak kita menengoknya, mesti terus rasa segar sebab ada benda baru dalam rumah. Yang kemik tu pusingkan jer ke belakang 😜
ReplyDeleteTepat sekali, rasa best sangat hahaha
Deleteha bagus customer mcm syaz ni...
ReplyDeletecepat terpengaruh hahaha...
mmg customer yg dicari2 ni
;p
Lama sangat duduk rumah punya penangan 😂
DeleteHuntung beli pokok plastik
ReplyDeletetak payah jaga,siram, baja dsb
Haha..kena lap habuk pulak
DeleteCantik deko rumah.. kena sangat pokok tu dan lampu. Cantik.
ReplyDeleteHihi terima kasih
Deleterajin syaz mendeko cantik
ReplyDeleteAngin rajin datang hehe
DeleteKadang sedikit penambahan dan perubahan tapi kesannya tu besar dan berserinya pun lain macam.
ReplyDeleteHihi.. jadilah sikit2 kan
DeleteAmboi model tu! hehehehe
ReplyDeletesi model kecik tu mmg tak lepas peluang nak bergambar...
ReplyDeletecantiknya syaz! :)
ReplyDeletecantik dan romantic
ReplyDeleteAura lampu penambah seri kat situ. Feeling romantik cahaya samar samar.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.