Sejak terjadinya pandemik Covid19 ni, inilak benda yang paling kerap dibeli.
Kalau dulu banyak beli make up, duit make up dah beralih ke beli Hand Wash dan sanitizer.
Make up?
Tak luak pun weh.
Tak payah beli baru pun.
Sama jugak dengan kain untuk buat baju kurung, tudung dan beg.
Dah lama tak beli benda-benda tu.
In fact duit banyak habis beli makanan dari Food Panda dan Grab Food adalah!
Berbalik pada handwash, aku suka beli jenama Watson.
Sebab dia wangi, kepekatan dia optimum.
Tak cair sangat, tak pekat sangat.
Tak bau ubat sangat, tak terlalu wangi sangat.
Eh tapi kalau wangi lah bagus kan?
Kalau makan kari, lepas sabun terus hilang bau kari kat tangan ahahaha
Korang pulak, sejak Covid19 ni, apa yang dah kurang beli, dan apa yang dah selalu beli?
Ada perubahan tak pada corak perbelanjaan bulanan?
Oh 1 lagi yang dah kurang dibelanjakan adalah minyak kereta.
Korang?
12 Comments
sama la kak syaz. duit byk habis dkt foodpanda/grabfood dan 1 lg shopee. haha
ReplyDeletebetul2 he he kan
ReplyDeleteBetul, ini lah selalu beli. Foodpanda pun ye jugak.
ReplyDeletesepanjang PKP dari tahun lepas sampai ke tahun ni baru 2 kali beli hand sanitizer. guna sorang mmg lambat la abis nye
ReplyDeleteBanyak beli dari Shopee. Lagi mudah dari kat kedai fizikal.
ReplyDeleteYa.. Kurang isi minyak, lagi satu kurang nak memberi duit belanja sekolah, sebab sekolah tak buka.
ReplyDeleteBenda penting dalam situasi sekarang.
ReplyDeleteBanyak beli makanan tak tahan asyik tengok makanan sedap2 lalu lalang kat socmed😊
ReplyDeleteBab duit byk habis pd grabfood tu betul. Bab lain2 tu semualah betul 😆😆😆
ReplyDeletebiasala norma baru semua kekdah baru kan blogger MRS A heh..heh..
ReplyDeletedh jd keperluan dh ni.. hehe
ReplyDeleteWalau PKP, part nyopink takde masalah
ReplyDeleteAsalkan ada ongkosnya, online aje
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.