Selamat hari sabtu semua!
Hari ni rasa nak jual pantun la.
Kecoh betul empat si polan,
Zaman nan modern mengumpat terbuka,
Setiap hari sama soalan,
Sekejap lagi nak masak apa.
Habis terpalit ikon pendakwah,
Pakat berhujah tempat keramat,
Setiap minggu mengeluh kesah,
Baju menggunung tunggu dilipat.
Menatal telefon dahi berkerut,
Pelik melihat LPT sesak,
Hujung semester sakan bergelut,
Menanda tugasan kini berlambak.
Ah tu je lah.
hahahah
23 Comments
sedap sungguh durian belanda
ReplyDeletesenja tampak berbalam balam
masak apa aja yg ada
janji kenyang smpi ke mlm😆😆😆
itu betul hehehe
DeleteHensem anak kak
ReplyDeletesemoga jadi anak soleh. :)
aminn ya rabbal alamin
Deletewahh anak bujang mak ni bakal jadi rebutan anak dara semesia., ;p
ReplyDeletetakutnya makkk hahaha
Deletecantik pantun tapi saya tak reti nak beli..hehe
ReplyDeletealaaaaa...hehe
DeletePecah kaca pecah gelas.
ReplyDeletesudah baca harap balas.
hahahaha ini je pantun saya boleh fikir skrg ni
pun boleyy dik hahaha
DeleteKe pasar minggu memetik labu,
ReplyDeleteKe kedai runcit membeli gula,
Rasa kejapnya cuti seminggu,
Esok dah mula PDPR semula.
marilah kita berhuhuhuhu
DeleteSelamat menjalankan tugas.
ReplyDeleteTengok si hensem berkaca mata hitam, teris hilang idea nak berpantun hihihii.
ReplyDeleteSelamat hari sabtu 😊
ReplyDeleteAaa.. x dan fikir pantun.. hehe... salam Sabtu.. moga dipermudahkan segala urusan ye
ReplyDeleteselamat hari sabtu kak syaz. takde buat ape-ape pon, sekali tengok jam dah pukul 9.30 malam... cepat sungguh masa berlalu
ReplyDeleteGunung Raya sama didaki,
ReplyDeletebaru mendaki koyak sepatu;
kacak bergaya si anak lelaki,
PKP ni nak ke mana tu?
Jawab.. Jawab.. Hehe
Hebat berpantun. Saya tak pandai nak jawab pantun. Pembayang pantun ada kaitan dengan isu sekarang.
ReplyDeletecomel je anak kak syaz.
ReplyDeletep/s: xpndai berpantun.. haha
Alamak jual pantun plak dah. Camno ni kita tak pandai sngat bab2 pantun ni ..
ReplyDeleteRama-rama terbang ditaman,
ReplyDeletePemandangan indah kegemaran semua,
Hidangan ayam ikan daging pelbagai pilihan,
Ikut selera hidangan untuk semua.
Haha tak reti nak reply!
Shida beli..
ReplyDeleteSabtu yang tiba sudah berlalu,
kirim doa nun jauh disana,
Hajat saya nak tumpang lalu,
Eh! lawa2 nak pi mana?
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.