Tarakuca Tarakuca


Apa khabar semua?
Minggu lepas kami laki bini bizi kerja mengalahkan perdana menteri Britain agaknya tahap sibuk dia.
Nak bukak blog pun tak sempat.
Ada beberapa blog yang aku sempat baca je.
Tak tinggal jejak.

Aduh very bad lah.

Minggu lepas juga aku ada appointment jumpa doktor.
Dan yang baling kebizian adalah acara IVUS 2.0 anjuran Pusat Pengajian kami.

Walau hati calar berdarah baca komen sesetengah pelajar UiTM yang bila dapat peluang kutuk pensyarah tu, tapi tetap juga kami gigih anjurkan acara untuk pelajar..

Biarlah bab tu.
Yang aku tau, aku dah buat yang terbaik untuk ODL pelajar sekalian.

Oh berkenaan gambar anak-anak pakai spek hitam ni, ayahnya lah yang belikan dekat kedai.
Abang-abang sibuk nak spek hitam jugak sebab tengok ayu ada.

Ayu punya tu pun sebenarnya dulu milik si amir.
Dia dah buat harta.

Maka belikanlah.
Maka adalah sorang 1 dah.
Tapi seperti biasa, bila dah ada sorang satu, memang masing-masing tak hingin dahlah nak main kan.


Nasib baiklah harganya RM2.90 je hahaha

Post a Comment

10 Comments

  1. Haha tidak lama bosan pakai cermin mata hitam.

    ReplyDelete
  2. Kerenah anak anak kecil begitulah. Namti dah besar, laina macam pula

    ReplyDelete
  3. Haha. Itu kebiasaan. Anak-anak hanya suka berebut, sekejap saja dah jemu. Semoga dipermudahkn urusan keje dan peribadi

    ReplyDelete
  4. Jadi pendidik zaman sekarang memang banyak dugaannya.
    Faham sangat tu, tak boleh sorang je ada. Kena ada sorang satu :)

    ReplyDelete
  5. Alolooo... comel-comelnya! Tarakuca..tarakuca ca ...

    ReplyDelete
  6. Bergaya dan comel diorang!

    ReplyDelete
  7. Bila larut malam, tarakucah tarakucah cah cah… suasana sepi… tarakucah tarakucah cah cah

    ReplyDelete
  8. bila barang limited memang best la nak berebut bila masing2 dah ada terus jemu tak boleh nak bergaduh..haha

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.