Fenomena Halo Matahari Ogos 2021 di Senawang

Rasanya ramai je yang dah tahu tentang fenomena halo matahari ni, ramai yang keluar rumah waktu panas terik dalam lingkungan pukul 1.30 ke 2.30 petang sambil mendongak ke langit untuk saksikan sendiri macam mana rupanya Halo Matahari tu.

Aku sekeluarga pun tak lepaskan peluang untuk turut melihat fenomena yang tak selalu berlaku ni.

Inilah hasil gambar yang sempat aku tangkap dalam keadaan agak-agak je sebab silau yang teramat, memang tak dayo nak mandang ke langit weh.

Haha!

Ringkasnya, fenomena halo matahari ini adalah kewujudan lingkaran di sekeliling matahari yang sedang terik memancar di langit.

Macam matahari sedang duduk dalam satu buih besar.


Berikut adalah petikan dari Kosmo tentang halo matahari.

Satu fenomena Halo Matahari berlaku sejak tengahari di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk dan mengelilingi matahari.

Kejadian itu dapat dilihat dihampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia selepas ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.

Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.

Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.



 Tanda kebesaran Allah yang Maha Besar 💓

Post a Comment

16 Comments

  1. Saya kebetulan terbaca hal ini di whatsapp, cepat-cepat keluar ambil gambar. Subhanallah

    ReplyDelete
  2. Subhanallah . Baru tahu tadi ada fenomena halo matahari . Ada juga pandang ke langit tengahari tadi . Cuaca seakan panas mendung

    ReplyDelete
  3. tak tahu pula fenomena ni, dua tiga hari ni pula cuaca mendung dan hujan.

    cantik kejadiannya :)

    ReplyDelete
  4. chantek dan hebatt kann.. allahuakbar

    ReplyDelete
  5. Adakah cuaca panas terik hari ni ada kaitan dgn fenomena ni...mmg panas sesangat

    ReplyDelete
  6. Kalo ikutkan tak tahu jugak kalo kakak tak share. Subhaa Nallah lawa sangat.. :)

    ReplyDelete
  7. Maha suci Allah atas ciptaanya..x sempat sy nk tengok..ada google meet siang td

    ReplyDelete
  8. subhanallah...memang luar biasa kan. ayu x dpt tgk live..kat opis, tapi dpt byk gambar... tumpang tgk je..through hp jer

    ReplyDelete
  9. Subhanallah segalanya milik Allah

    ReplyDelete
  10. subhanallah! untungnya dpt ambik gambar.. kami ni syaz kalau dh kt umh mmg jarang nk keluar.. hahaha

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah..ciptaan Allah maha berkuasa atas segalaNya. Tak sempat tengok semalam. Dah terlepas.

    ReplyDelete
  12. subhanallah mmg cantik... sy mmg x kuar rumah sbb cuaca panas lit lit

    ReplyDelete
  13. masyaallah
    kuasanya yg Maha Esa
    dari pg ke ptg akak baring tido dek demam lepas vaksin
    x dpt tgk dgn mata sendiri

    ReplyDelete
  14. cantik.. kwn syu pon ada send gmbr hari tu.

    ReplyDelete
  15. tak nampak pulak halo ni haritu. Tengok gambar orang update je hehe

    ReplyDelete
  16. tgk dari gambo pun terasa pedih juga mata ..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.