Hadis Hari Jumaat

Hadis - Jumaat Penghulu Segala Hari

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."


SUMBER



Hadis - Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."

SUMBER



Hadis - Kelebihan Berselawat

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

SUMBER 

++++++++

PS: Kalau sudi jom like video ayu dekat facebook ya.
Setakat ni ayu ada persaingan sengit.

Omak yang berdebar-debar!



Kat SINI

Terima kasih pada yang dah like.
Terima kasih semua 😘

Post a Comment

17 Comments

  1. tq for sharing syaz.. nampak anak solehah kat situ

    ReplyDelete
  2. Semoga segala amalan kita diberkati Allah. Aaaminnn...

    ReplyDelete
  3. Bertuah jadi umat Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  4. cantik telekung si comel tu. Salam Jumaat Syaz

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi info.
    MOga Ayu dapat tempat walaupun persaingan sengit. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Ayu.

    ReplyDelete
  6. tempat saya masih tak dapat sembahyang Jumaat,kena ada dua dos..saya baru satu

    ReplyDelete
  7. Comel ayuuuu dalam kain telekung baru dia, moga moga ada rezeki untuk ayu menang. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. comel nya budak kecil ni...




    comel nya budak kecil ni ehehe


    ReplyDelete
  9. Mudah2an Ayu terpilih jadi pemenang.
    Berkat entri hari jumaat ini

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi kak...terbaik

    ReplyDelete
  12. thank you for sharing. semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.