Kursus Keselamatan Fizikal dan Mencegah Jenayah (Pegawai) Siri KFMJ/2/1985

Masa abah sertai kursus ni, aku masih dalam perut mak.
Hahaha


Abah join kursus ni untuk membolehkan dia jadi Military Police (MP).
Kalau tak silap aku lah dia cakap haritu !
Saja nak kongsi dengan semua, aku suka tengok gambar ni.
Masa kecik dulu, bangga betul berabahkan seorang askar tau kikiki..

Bila main dengan kawan, gaduh sikit je terus gertak kawan cakap yang bapak aku askar, nanti aku suruh bapak aku tembak kau!

Yakin ok yang abah akan tembak anak orang tu 😂😂

Itulah, semua tinggal kenangan.
Abah pun dah lama berhenti dari askar.

Gambar dan kenangan je yang tinggal.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada yang mendoakan abah untuk operation batu karang dia haritu.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kalau ikut gambar dia hantar, ada dua ketul batu sebesar asam boi berjaya dikeluarkan.

Oh mana abah dalam gambar kat atas?

Abah yang berdiri dua dari kanan, di barisan tengah.

Ada ke sesiapa yang kenal sesiapa dalam gambar ni?

Manalah tau rupanya ada yang kenal kan?
Hehe..

Post a Comment

10 Comments

  1. Nampak segak dan hensem mereka
    Dulu2 pernah juga berangan nak kerja berpakaian seragam macam ni
    Tapi tak berkelayakan dan tak kesampaian

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dh selamat operation abah syaz.. xde pulak yg dikenal pakcik2 askar dlm gambar tu..hehe

    ReplyDelete
  3. hensem abah kak syaz... hehehe

    ReplyDelete
  4. Ooo.. Anak askar le ni . mesti garang ayahnya.

    ReplyDelete
  5. Teringat saat kecil, kalo main dengan teman, trus bertengkar, dan kebetulan papanya police, pasti juga sama cakap akan panggil papa untuk hajar kita hahahahah.

    Syukurlah operasinya lancar :). Semoga ayah sehat trus ya kak :)

    ReplyDelete
  6. moga abah syaz terus sht sjhtra amiin

    ReplyDelete
  7. Dulu2 kalau sebut abah kerja askar or polis automatik ramai yang cakap abah garang dan tegas .

    Semoga abah syaz cepat sembuh seperti sediakala..aamiin

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar ni tetiba teringat gambar abah saya zaman askar dulu. Entah mana perginya. haruslah bangga bapak askar..Mesti kawan kawan takut bila gertak macam tu kan. Alhamdulillah operation dipermudahkan dan semoga kembali sihat. Besar juga tu kalau dah cakap besar asam boi.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, semua selamat ya! besar juga batu karang nya..

    ReplyDelete
  10. Bapak askor.. senang nak pertahan diri. guna ayat tu . hahaha.. Terima kasih askar kerana menjaga negara ni untuk terus aman dari pencerobohan pengganas dan penjahat.. huhu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.