Shadow Jemput-Jemput Bersama Rasin dan Adam


Kisahnya Sabtu lepas, Adam jadi tetamu jemputan untuk sesi live di Facebook dengan jurulatih taekwondo dia.
Adalah sorang lagi kawan dia.
Masa mula-mula management tanya tu, aku tak bagi jawapan terus.
Aku tanya adam dulu, dia nak ke?
Dia boleh ke nak duduk dan bercakap dalam live tu?
Tapi dia kata ok, dia nak join jadi panel.
Agitcheww panel!

Tetatmu jemputan sebenarnya, untuk kongsikan pengalaman dia mula sertai taekwondo dari umur sebelum 5 tahun dulu.

Dah dia kata dia nak, aku ok je lah.

Management ada juga bagi beberapa soalan untuk adam jawab.
Kiranya bolehlah practice kan.

Dia adalah try tulis-tulis jawapan dalam buku.
Tapi bila ajak practice bercakap, dia taknak.

Risau gak aku mula-mula hahah!


Jadi bila tiba hari yang dinantikan, dalam 4.30 macam tu dia dah kena masuk siap-siap dalam platform.
Sir taekwondo dia guna Streamyard jugak.
Sama macam masa aku jadi Panel Live Aku Penulis Biasa anjuran PTAR beberapa bulan lepas.

Senang guna streamyard ni.
Guest tak payah nak ada akaun media social pun.
Masuk je kat streamyard tu.

Host pulak boleh set video guest keluar masuk semua dengan smooth.
Memang best berbanding Google meet, Webex atau Zoom.


Dia dah bersedia guna PC aku.
Siap dengan buku yang dia dah tulis jawapan tu haha!

Adalah sir dia brief sikit tentang perjalanan sesi live tu nanti.
Kami tinggalkan je dia kat atas.

Kami get ready untuk tengok live tu dekat bawah.
Jadi dia tak adalah rasa terganggu kan.



Serius adam macam tak ada perasaan nervous ke apa ke pun weh.
Mungkin sebab dia masih kecik kan.

Dia tak peduli pun apa tanggapan orang, apa expectation orang.



Dia siap cakap, nak takut apa, bukan ada apa-apa pun.
Kena cakap je.

Hahaha! 



Tujuan sir dia buat macam ni adalah untuk meningkatkan keberanian pelajar untuk ke hadapan.
Sambil nak bagi anak-anak ni pengalaman baru yang bertepatan dengan zaman sekarang ni kan.

Alhamdulillah jawapan dia pun tak adalah karut sangat.
Cuma dia tersilap cakap dia pernah dapat pingat 'tembaga' masa masuk tournament dulu 😂

Dia nak cakap gangsa sebenarnya hihi

Tembaga pun tembaga lah adam, mak bangga adam berani nak buat live tu seawal usia 8 tahun.
Tahniah adam!

Mak masa nak buat live haritu pun jenuh rasa nak termuntah tau haha!

Kot ada sesapa nak tengok live pertama adam bolehlah tengok kat sini

😁

Post a Comment

12 Comments

  1. wahh..tahniah Adam...bagus program mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....tahniah Adam...bagus adam x nervous....

    ReplyDelete
  3. Satu pengalaman baru buat adam. Syabas berjaya memenangi pingat tembaga dalam tournament dulu… kipidap

    ReplyDelete
  4. Canggihnya... Nampak konfiden

    Pertama kali dengar Streamyard...

    ReplyDelete
  5. Serius, nampak aura profesional anak soleh ni..alhamdulillah. Tahniah Adam.

    ReplyDelete
  6. Bila dah confident automatik hilang rasa gemuruh & takut . Syabas Adam

    ReplyDelete
  7. streamyard ni kalau x silap kena langgan kot.. tp adam kompiden lah.. matured sgt walaupun br darjah 2.. adalah jugak adam senyum lepas tu dia serius balik.. hihihihi.. tahniah abadam!!

    ReplyDelete
  8. Anak saya dulu masa mula-mula masuk darjah 1, beriya-iya nak masuk tekwando. Lepas dapat tali pinggang kuning, langsung dah tak pergi kelas lagi.hehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah Adam punya self confident yg tinggi..

    ReplyDelete
  10. Wahh hebatnya Adam. Berani dia. Bagus bagus. Confident level tinggi! Tak payah omak risau lagi lepas ni. Adam ONZ je kalau jadi panel. Thumbs up Adam :)

    ReplyDelete
  11. Yaaaa.. good job! Berani bercakap depan kameraa . Moga terus berani di hari mendatang.. hehe..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.