Persembahan Pelajar 4 Tahun di Grand Ihtifal Little Caliphs | Throwback Thursday

Kisah adam.

Masa ni 2017, dia baru berumur 4 tahun.
Seperti tadika-tadika lain, setiap kali hujung tahun, mesti akan ada 1 sesi untuk pelajar buat persembahan depan parents kan.

Untuk boost cofidence anak-anak.

Masa ni adam kena pakai jubah putih dengan kopiah putih.
Terus pergi belikan dekat Mydin masa tu.

Beberapa hari sebelum persembahan tu, sibuklah adam menghafal lagu Erti Al-Fatihah dari Voice of Ummi tu. Siap ada gaya-gaya yang dia kena buat masa nyanyi lagu tu.


Masa hari Grand Ihtifal tu, adam berdiri depan sekali, hujung sekali dekat dengan mikrofon.
Legalah aku rasa masa tu sebab nampak je dia kan dari kerusi audience.


Rupanya adam kena berdiri depan mikrofon tu sebab dia kena alunkan surah Al-Fatihah secara solo sebelum nyanyi ramai-ramai tu.


Subhanallah, aku pulak masa tu sebab pertama kalilah pergi tengok anak buat persembahan kan, air mata menitik laju dari mula sampai habis persembahan!

Perasaan tu memang tak dapat describe.
Hehe.. nampak sangatlah parents newbie kan.






Seronok sangat tengok semua persembahan anak-anak ni, dahlah diorang kecik je kan.
Cute je haha!



Lepas tu ada sesi penyampaian hadiah jugak.
Untuk student terbaik setiap kelas.

Terkejut jugaklah rupanya adam yang dapat best student masa dia 4 tahun ni.
Sebab dia cepat habis membaca.

Alah cepat sikit je dari anak orang lain, cuma mungkin rezeki dia nak dapat set pensil warna tu.

Adam untung, ketiga-tiga tahun persekolahan dia kat tadika, dia dapat join macam-macam aktiviti, persembahan la, trip la, Little hajj la..

Amir sempat merasa sekali je persembahan masa dia 4 tahun.
Masa dia 5 tahun dan 6 tahun, tahun ni, memang tak merasa buat persembahan.

Moga ada rezeki anak-anak untuk merasai pengalaman tadika / sekolah diorang dengan lebih bermakna selepas ni.
Insyaallah..

Post a Comment

12 Comments

  1. 2 thn anak2 x dpt rasa suasana spt dulu
    harap2 akan kembali pulih
    cutenya Adam
    betul ibu tgk ank2 camni sgt2 terharu kan

    ReplyDelete
  2. Cucu sulung cikson pun bertadika di Little Caliph. Bagus tadika ni. Dah boleh lancar membaca walau umur belum 6 tahun.

    ReplyDelete
  3. Kenangan yang indah untuk parents kan :) Cute comel semunyaaaaa

    ReplyDelete
  4. rindu nya nak g tgk persembahan budak2 ni...
    rugi la skrg xde dah konset2 kan sejak covid ni

    ReplyDelete
  5. Semoga adam berjaya dalam dunia dan akhirat ya!
    jadi anak yg soleh dan taat pada ibubapa. Amin!

    mudah-mudahan anak2 musim pendamik ni dapat merasai lagi hari kegemilangan mcm ni..

    ReplyDelete
  6. alolo comel2 semuanya teringat syafi punye konsert dulu2

    ReplyDelete
  7. Tahniah Adam!
    Saya pun macam tu jugak, kalau hadir majlis begini memang air mata tu tak boleh tahan.... kalaulah air mata tu boleh mengalir masuk ke dalam hihihiiii.

    ReplyDelete
  8. tinggal kenangan je buat masa sekarang ni majlis2 ni kan, anak kak ana pun kecewa juga graduation degree dia tak ada, tak apalah semua ini ujian..

    ReplyDelete
  9. tahniah adam...

    sofea pun masa tadika dulu ada buat persembahan. kita yang mak ni, punyalah excited siap record video... dengan sendiri air mata bergelinang, touching tengok dia...

    ReplyDelete
  10. Ada juga kenangan beginikan sebelum wabak pandemik melanda .

    ReplyDelete
  11. Tahniah Adam. Cepat belajar dan berani dia solo di pentas tu. Kenangan macam ni lah seronok untuk anak anak. cepatlah berakhir COVID ni.

    ReplyDelete
  12. Tahniah ye Adam! Moga terus berjaya.. Best la zaman tadika kalau dapat banyak pengalaman.. saya dulu pun masuk nasyid kat Tadika... Haha..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.