Order Makanan Untuk Orang Lain Guna Food Panda

Mungkin ramai yang dah tau kan yang Food Panda ni memang memudahkan untuk kita beli makanan ketika kita tak berasa nak keluar dari rumah.
Terutamanya musim pandemik ni kan.

Tapi, selain order makanan untuk diri sendiri, sebenarnya kita boleh juga orderkan makanan untuk orang lain yang berada di alamat lain.

Aku selalu gunakan Food Panda untuk orderkan makanan untuk parents aku yang kini jauh di mata.
Yang penting, kalau kita taknak susahkan rider Food Panda dan juga orang yang kita orderkan makanan tu, yang penting:


1. Pin lokasi betul-betul. Bila kita dah pin lokasi yang betul, nanti akan keluar senarai kedai makan dan shops di kawasan yang kita pin tu, bukan lagi di lokasi semasa kita berada.

2. Taip instruction yang jelas, jalan, nombor rumah, nombor telefon orang yang kita orderkan tu etc..

3. Bayar siap-siap. Pastikan dah select option yang bukan COD. Karang konon nak buat surprise, orang tu pulak tak pasal-pasal kena keluarkan duit dia. Buatnya dia tengah tak ada cash kat tangan? Naya.

4. Chat dengan rider tu, maklumkan kita belikan makanan untuk orang lain. Minta dia call nombor orang yang kita bagi andai dia hon orang tak buka pintu dan sebagainya.

Memang senang, jadi walaupun dah lama tak balik kampung, masih boleh belikan diorang makan untuk happy-happykan diorang.

Baru-baru ni, abah pulak nak surprise cucu-cucu dia.
Dia pulak senyap-senyap orderkan burger untuk budak-budak ni.


Tiba-tiba je ada rider Food Panda yang segak bergaya hon depan rumah.
Tanya zaimi, ada beli apa-apa ke?
Aku pun tak ada beli apa-apa.

Rupanya tokwan budak-budak ni yang belikan 😁


Apa lagi, terus bedal lah masing-masing.
Elok pulak burger tu ada lima, abah belikan seorang satu kikiki..


Dah namanya hadiah kan, walau ada sos cili pun, habis je dimakan.
Kalau tak, memang time aku order burger, beria-ia pesan taknak sos!

HAhaha!

Korang pernah orderkan makanan untuk orang lain guna food panda?
Ada sebarang isu ke?
Aku setakat ni alhamdulillah ok, rider pun baik-baik semuanya, semoga murah rezeki diorang!

+++

Post a Comment

25 Comments

  1. Syukurlsh tok wan tolong order utk cucunya. Itu saja yg termampu skrg sbb nak balik kg x buleh..

    ReplyDelete
  2. Steady Tokwan!

    Uncle pun tak pandai nak buat ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah rezeki buat anak-anak kak.. hehee

    ReplyDelete
  4. pernah order makanan utk org lain tp bkn thru food panda..pernah juga ms makanan nk dihantar die cal no kita..padahal dh bg no hp penerima...tp skarang senang ..rasa nk mkn apa2 je order je food panda

    ReplyDelete
  5. Setuju tu ada servis macam food panda dll yang sejenis memang sangat memudahkan
    Belum pernah orderkan untuk orang lain lagi.
    Amvoiii! sukanya dapat burger yang atok order

    ReplyDelete
  6. Hmmm takda ke org nk oder mknan kt akak ni ...dok kg takda services foodpanda

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak belikan untuk orang lain especially birthday lah. Tapi tak surprise sangat sebab kena tanya dulu ada kat rumah ke tak. Pernah jadi nak surprise sekali tuan rumah cakap tak order apa apa..kesian rider foodpanda pening. So far takde isu, bila rider dah pickup cepat cepat bagi message contact no phone penerima bila dah sampai.

    Seronoknya masing masing dalam surprise dari atok. Itu yang bertambah sedap tu.

    ReplyDelete
  8. Seronok tengok budak-budak makan. Dia punya innocence buatkan kita terliur nak makan sekali.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh.. ruggedlah Tok Wan order makanan guna FP utk cucu. Kita tak pernah cuba lagi order utk org lain guna FP atau GF. Selalu kalau order utk org lain, cari seller makanan tu terus, hihi

    ReplyDelete
  10. selalu jgk pesan mknn dkt org lain guna foodpanda.
    so far ok, takde isu. mmg dah tulis siap2 kt situ, contact org ni klau smpai..

    ReplyDelete
  11. Urusniaga di hujung jari aje sekarang.
    Yang penting ada pulusnya.

    ReplyDelete
  12. Makin mudah sekarang kan.
    Musim2 pandemik ni bila kita makan sedap2, automatik ingat parents kat kampung.
    Mujur ada fp tolong sampaikan.

    ReplyDelete
  13. Memang bagus sangat ada khidmat Foodpanda.

    ReplyDelete
  14. Nampak berselera mereka makan burger..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi cuba orderkan makanan untuk orang sebelum ni. Lepasni dah boleh cuba :)

    ReplyDelete
  16. Selalu jugak belikan untuk orang lain. Memang memudahkan cumanya kena pin alamat betul betul and inform rider awal awal yang kita belikan untuk orang. So far setakat ni takde masalah lagi hihi.

    ReplyDelete
  17. lepas ni bole la kak syaz belikan untuk kami plak

    ReplyDelete
  18. Terbaik tok wan pandai mengoder food panda. Akak pun tak pandai dan tak pernah 😂

    ReplyDelete
  19. Betul itu. Pernah dapat makanan orang lain. Terpaksa abah bayar pada orang yang patut dapat sebab sudah termakan.

    ReplyDelete
  20. Pernah juga oder foodpanda utk rakan-rakan office . Wah terbsik la tokwan rindukan cucu . Kirimkan makanan dsri jauh kan .

    ReplyDelete
  21. Bestnya tok wan belanja. So far tak pernah buat lagi.

    ReplyDelete
  22. Tak pernah lagi try belikan untuk orang lain. Thanks share benda ni. Boleh la hadiahkan makanan nanti hehe

    ReplyDelete
  23. seronok bebudak tu makan..atok rinduuu laa tu..syaz..boleh rentas blk la kg ye :)

    ReplyDelete
  24. Mudah dengan adanya Food Panda..Kan...hehee

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.