Malas nak order sambal merah ni online walau lama dah tau kewujudan sambal ni.
Nak try, tapi malas nak order.
Takut sampai dah rosak atau pecah ke kan.
Tapi haritu pergi kedai runcit, ternampak kedai tu ada jual.
Ada beberapa jenis lagi sambal Rwe ni, tapi untuk kali ni aku try yang sambal merah la dulu.
Tak ada lah besar sangat botolnya.
Kecik dari tapak tangan aku ni.
Walaupun dekat botol tulis harga dia RM18, tapi kedai tu jual RM20.
Entahlah kenapa dia mark up harga.
Tapi bila aku fikir balik yang kalau kos pos RM8, RM2 tu kira ok lah.
Sekadar untuk nak cuba rasa kan.
Sekali rasa terangkat kening katanya.
Adakah betul aku terangkat kening?
Ha jom try sambal merah Rwe ni.
Bismillah..
Jadi, review aku tentang sambal ni adalah:
Sambal dia tak pedas sangat, just nice untuk lidah dan tekak aku yang makan pedas light light je ni.
Masin, dan tak ada unsur manis.
Memang akan menyebabkan kau tambah nasik kalau makan dengan nasik panas hahaha!
Sambal merah Rwe ni sesuai la dimakan dengan nasik dikala kita malas nak masak yang memerlukan kaedah tumis. Time goreng ikan atau goreng telur je, bolehlah tambahkan dengan sambal ni. Sebab dia jenis ready to eat.
Cuma nak tau lah, kenapa Awie guna ejaan Rwe? Kenapa tak guna Awie saja?
Why Awie? Why?
+++
Sambal Nyet Khairul Aming je yang aku tak dapat rasa lagi ni.
Selalu sangat sold out.
Bila nak jual kat kedai runcit ek?
Hehe..
Happy weekend ahead gais!
28 Comments
Label dia menarik dengan design corak corak tu. Tertanya tanya jugak kenapa RWE. Mungkin nak hype sikit pronouce yang biasa Awie sebut tu kot. Masin? Alamak, cannot go kalau masin. Sambal KA belum cuba jugak. Macam malas nak berebut beli. Hehehe
ReplyDeletebetul tu fiza, malas nak berebut kan! tiap kali bukak shopee dia je mesti sold out haha
DeleteItulah pasalnya. Tunggu esok esok orang dah muak rasa, giliran kita pulak membeli tanpa perlu berebut.
DeleteTak pernah try lg
ReplyDeletesaya pun baru pertama kali mencuba
Deletenampak sedap makan dengan nasi :)
ReplyDeletesejujurnya memang sedap hahaha
DeleteHa..ni dia peminat sejati Awie. Saya pun tak tau sambal ni wujud. Ada jual di kedai senanglah nak beli
ReplyDeletehihihi.. mungkin sebab selalu nampak awie promo dia media social dia haha
DeleteDesign label tu unik. Kreatif betul team diorang. Ada unsur kemelayuan. Makan dengan nasi putih memang confirm terangkat ni.
ReplyDeleteSama sebab nama Neelofa, Nama tudung Naelofar, nama susu Nilofa... (ada sebab tersembunyi tu...)
ReplyDeleteMcm2 brand yg ada skrg ni kan..semua nampak sedap..mengoda..
ReplyDeletecntik botol sambal ni.. biasa bentuk bulat je.. haha
ReplyDeletermai betol jual sambal skrg ni kan..
musim sambal.. tp ok la.. kita yg beli.. support local bisnes.. haa gittew.. haha
Kalau yang tak tahu mungkin sebut satu-satu. R W E. PC pun baru tahu.
ReplyDeleteSaya rasa..camnilah agaknya. Kena tambah tanda seru kat hujung..hehehe
DeleteKalau sedap bolehlah cari lagi
ReplyDeleteTak pernah beli sambal2 yg viral sbb harga perghhh. Beli sambal goreng Che nor je buat standby.
ReplyDeleteTp kalau nampak depan mata nak le jugak cuba
sambal , begini anak2 Etuza suka makan..kejap ja habis hehehe
ReplyDeletePackaging sambal ni nampak menarik juga
ReplyDeletemcm menarik sambal ni.. bru tau dkt sini.
ReplyDeleteTentu sedap ni Syaz, walaupun kecil dengan harganya yang begitu orang akan beli lagi kalau tepati selera.
ReplyDeletewah tak tahu pun awie jual sambal. Yang dah nampak Pak Nil pun ada jual juga. Kalau dia letak kat Petronas...gerenti laku sebab orang selalu pergi petronas. Macam-macam ado jualan sks ni. Nak dengan tak nak je cuba.
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi. Tapi kalau sambal macam ni memang pembuka selera. Tak perlu ada lauk lain dah. Cukup sekadar ikan goreng dengan sambal gini pun boleh ON !
ReplyDeleteHehe saya cari di kedai. Malas beli dalam talian. Jenis suka belek dan pilih.
ReplyDeleteboleh lah cari nanti. nampak mcm sedap
ReplyDeleteTahu Awie keluarkan sambal..tapi macam tak pernah kat kedai runcit sini..Nanti try fokus mencari..KAH
ReplyDeletebetul..sambal nyet KA laku keras..asal nk beli sold out..maka kite cuba dlu mana yg mudah dibeli kan hehehee..
ReplyDeleteEh.. baru tahu Awie pun ada keluar sambal.. Nice..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.