Taming Jaya | 1992 | Throwback Thursday

Seingat aku, masa ni aku masih tadika lagi.
Selalunya kalau hari persekolahan, aku seawal 6 pagi akan diangkut oleh mak abah untuk di bawa ke Bangsar, rumah atok nenek aku kat Flat Sri Pahang tu.

Jadi, aku agak ketika gambar ni diambil, mesti hari tu hujung minggu, atau public holiday.
Sebab mak abah tak kerja dan ada kat rumah.

Masa ni masih dua beradik.
Dan lazimnya gaya hidup budak yang membesar di kawasan taman perumahan, tak adalah terdedah dengan permainan lasak anak-anak kampung yang lebih cool.

Beginilah kami, selalunya hanya bermain kat pagar tengah antara dua rumah.
Kalau extreme sikit, main depan rumah.
Main dalam longkang depan rumah.

Begitulah.

Aku memang dari kecik tak biasa dengan kehidupan kampung.
Ini bukan statement berlagak atau apa tau, don't get me wrong.

Ini realiti.

Aku memang duduk perumahan, dan duduk dekat flat je.
Sekali sekala balik kampung abah di Kedah pun, tak lah begitu kampung.

Jadi mungkin sebab tu aku sangat teruja tengok adik zaimi guna kukur kelapa sambil bersimpuh masa mula-mula aku balik rumah mertua dulu hahaha!

AKu memang tidaklah nak guna kukur tu, nak kelapa parut, paling extreme aku jadi tukang beli je dekat kedai. Paling seronok tengok orang kedai tu guna mesin kelapa.

Krrrr.. krrrr!

Manakan tidak, budak taman perumahan / flat ni memang dapat tolong mak pergi beli barang dekat kedai, adalah suatu keseronokan!

Tambahan pulak mak aku jenis yang tak bagi aku suka-suka hati keluar main merata.
Most of the time, memang duduk dalam pagar, paling kerap adalah dalam rumah.

Mak jiran-jiran pun sama.
Tak berani nak keluar sangat.

Nak nak pulak, masa ni agak hangat kisah tentang Kalimuthu.


Mudanya mak dengan abah masa ni.
Usia paling best untuk semua orang kan, usia 30an.

Masa ni aku baru ada sorang je adik.



Dan masa gambar ni diambil, kawasan depan rumah aku tu baru je diratakan.
Sekarang ni, kalau lalu semula dekat situ, memang penuh dah kedai lah, kilang lah!

Banyak kenangan di Taming Jaya ni bagi aku.
Ye ;ah, sebab dekat sini adalah kawasan aku membesar, sekolah..

Dekat rumah inilah aku ajak kawan-kawan sekolah datang.
Dekat rumah ni lah aku melalui macam-macam dan segalanya yang perlu dilalui oleh seorang remaja.

Dekat rumah ni jugaklah aku mula pandai bercakap telefon dengan pakwe pertama aku (eeewhh rasa nak ludah diri sendiri pulak mengenang tapi nak cakap jugak sebab berkait dengan point seterusnya) sampai bil telefon jadi beratus-ratus.
Nak kata ceteknya akal seorang budak remaja. Menghabiskan duit mak abah je.
Memang aku takkan lupalah benda bodoh tu, dah besar rasa menyesal sangat.

Duit tu macam-macam mak abah boleh beli..haih..
Moga aku diampuni.

Dan kat rumah ni jugaklah tersangat banyak kenangan aku dengan adik beradik, atok nenek dan pakcik makcik selain bersama mak abah.

Boleh dikatakan, rumah di Taming Jaya ni antara rumah yang aku paling sayang.
Aku sayang vibe dia.

Tapi itulah, sejak 2003, dah tak duduk situ dah.
Adalah sekali sekala lalu.
Rumah tu kadang bersih, kadang macam serabut, kadang rumah orang bujang-bujang..

Apa-apa pun, semuanya masih kekal indah dalam ingatan.

 

Post a Comment

15 Comments

  1. Masa berlalu...pantas merubah segalanya. Yg tinggal hanya kenangan yg cukup manis uutk dikenang ketika zaman kanak2..

    ReplyDelete
  2. Wakkakaak tgk gmbr syaz main tepi pagar terigt dl ms k ret kecil2.. Main ngan jiran sorok2 camtu.. Lawak nya dia sorok kat rumah dia.. Kita sorok kt rumah kita.. Dh le dl jiran2 kita byk cina..

    ReplyDelete
  3. masa yang sangat kita rindukan, kenangan masa kita kecil dulu...

    ReplyDelete
  4. Bila tengok blik gambarcgambar la zaman kecik ni teringat semula zaman2 dulu kan . Mujur ada juga beberapa keping gambar . Boleh simpan sebagai memori

    ReplyDelete
  5. merasa juga la merayap masa kecik2 dulu walau pon tinggal di bandar

    ReplyDelete
  6. Rindu tahun 90an kan. Saya dulu takut nak main jauh-jauh sebab cerita arwah Mona Fandey. Hehe.

    ReplyDelete
  7. rumah ammi masa zaman kanak-kanak ngan remaja dah takde. dah dibuat projek baru. yang tinggal cuma jambatan "flyover" keretapi je

    ReplyDelete
  8. Walau dah tidak tinggal di situ kenangannya tetap segar hingga nanti akhir hayat.

    ReplyDelete
  9. Tempat membesar lagikan dikenang. Banyak kenangan. Anak anak yang membesar di bandar, begitulah rutin main zaman kanak-kanak. Terhad di laman rumah atau sembang sembang di pagar je. Mudah mak ayah nak pantau. Zaman bergayut kat telefon tu memang wujud kan. Rasa nak putar balik je bila mengenang. huhu

    ReplyDelete
  10. seronok tgk gambar2 lama imbass la semua memory kan
    oh anak bandar rupanya
    biasa la kena main2 dlm kawasan umah je

    ReplyDelete
  11. Tengok gambar masa kecik2 ni teringat zaman2 kecil 2 dulu lebih kurang sama la keseronokan dapat keluar rumah apabila mak suruh beli sesuatu hihihi, Allah rindunya kampung suasana dulu2 kan

    ReplyDelete
  12. seronok tgk gambar lama2 kan, mengimbau kenangan

    ReplyDelete
  13. lagak syaz..sama mcm ayu..lg lg patern rambut tu hahahaaa

    ReplyDelete
  14. Rindu zaman dulu..rindu vibes masa mudaaa..hehee

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.