Kerosakan Tupperware Yang Tidak Dijamin Warranty


 Selalu orang kata, kalau beli barang Tupperware, kalau jadi apa-apa pada barang yang kita beli tu, kita boleh claim warranty. Memang betul! Di website Tupperware sendiri pun memang ada dikatakan perkara tu, dan ianya bukanlah mitos.
Memetik dari website Tupperware Brands:

Produk yang ditandai dengan simbol Q dilindungi oleh jaminan Tupperware terhadap sebarang kerosakan bahan atau pembuatan yang mungkin berlaku semasa menggunakan produk mengikut arahan dan dalam penggunaan rumah tangga biasa, selama 30 hari dari tarikh pembelian. Sekiranya, kerana tidak tersedianya, penggantian produk yang sebenarnya tidak dapat dilakukan, kami akan mengkreditkan jumlah harga pembelian penuh untuk pembelian produk jenama Tupperware® di masa depan. Item atau bahagian ganti jaminan akan dikenakan caj penghantaran dan pengendalian serta cukai yang dikenakan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 5500 untuk mendapatkan bantuan.

Macam tulah katanya.
Tapi kan, ada juga barang yang tidak dijamin warranty tau.
Dan selalunya disebabkan oleh jenis kerosakan yang berlaku pada Tupperware kita tu lah.

Apa jenis kerosakan yang tidak dijamin warranty oleh Tupperware Brands tu?

Ianya adalah:

- Tompokan makanan dan kepudaan warna. Ini kerana kedua-dua perkara ini masih tidak menyebabkan prestasi Tupperware terjejas. 

- Calar. Calar yang berlaku kerana Tupperware digunakan, tidak dijamin warranty.

- Terpotong atau kesan gigitan. Tupperware tak cover sekiranya sendiri terpotong atau terkunyah Tupperware itu.

- Kerosakan akibat penggunaan microwave. Apabila performance Tupperware tidak terjejas, warranty tidak akan cover.

- Cair. Terutamanya cair sebab kita yang letak atas dapur, terkenalah pada api. Tupperware tidak akan gantikan Tupperware kita itu dengan Tupperware yang baru sebab itu dikira salah kita sendiri. 

- Bengkok. Terutama bagi Tupperware yang dibuat sebelum 1979, kerana masih belum direka untuk kegunaan dishwasher dan microwave. So, no warranty ya!

Tupperware hanya akan menjamin kerosakan berikut:

- Sumbing
- Pecah atau berlubang
- Mengelupas
- Retak
- Bengkok (bagi produk dibuat selepas 1979)


Jaga Tupperware elok-elok!
Nanti mak marah!

Post a Comment

17 Comments

  1. tupperware mahal sangat kan tapi berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Kak PI, rasa tak kisah nak beli beberapa set sebab kualiti dia sangat baik

      Delete
  2. zul hilmi, pulangkan tupperware aku 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, semoga zul hilmi bacalah coretan waklat ni ya haha

      Delete
    2. ehh taklahh.. tu kan video youtube viral budak kawan zul hilmi yg pinjam tupperware tak xpulang2.. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. setuju! saya pun termasuk dalam orang ramai tu hehe

      Delete
  4. SA pun dah giler tupperware dah sekrang....sabar jer la...

    ReplyDelete
  5. Ada jugaklah koleksi tupperware masa jadi ahli. Sekarang tak membeli dah. Tapi tahan lama betul tupperware. Koleksi beli 8 tahun lepas pun masih elok lagi. So far tak pernah alami kerosakan lagi.

    ReplyDelete
  6. Brand pilihan , tetapi kalau hilang. jenuh mencari nya heehe

    ReplyDelete
  7. ye.. betul tu. berkualiti. puas hati la pakai. makanan oun kekal segar. letak biskut ke.. kerepek ke..kekal rangup

    ReplyDelete
  8. Nasib lah tak beli banyak2 haha kalau hilang nangis jugak la

    ReplyDelete
  9. Tupperware ni alah membeli menang memakai. Memang puas hatilah guna.

    ReplyDelete
  10. Ibu ayu collector tupperware ni. colorful & kalu ayu guna tu memang dia pesan la. so far x pernah lagi rosakkan.. he he he...

    ReplyDelete
  11. shida baru terjebak skit jer..dgn tupperware ni ^_^

    ReplyDelete
  12. tupperware ni barangan kayangan, harga bole tahan mahal gak...

    ReplyDelete
  13. hahaha kelakar bila baca senarai tak boleh claim tu. Mesti ramai customer claim warranty guna alasan cenggitu sampai Tupperware dah jelak

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.