Tali Pinggang Biru, Tali Pinggang Kuning dan Kotak Pensel


Kalau masih ingat, awal bulan Ogos haritu, aku ada buat satu entry berkenaan Ayu menyertai satu pertandingan Fashion Show anjuran kelas taekwondo adam dan amir sempena bulan Kemerdekaan.

Alhamdulillah, ramai kawan-kawan blogger yang turut menyumbangkan likes pada video ayu di Facebook. Jutaan terima kasih aku ucapkan 😍

Tepat 31 Ogos 2021, keputusannya pun diumumkan.
Ayu cuma dapat tempat keempat berdasarkan bilangan likes.
Tak ada rezeki ayu untuk dapat hadiah utama.

Sabtu lepas, masa abang-abang dia pergi kelas taekwondo, ada sesi penyampaian tali pinggang baru pada pelajar yang grading bulan September.

Sir dia panggil sorang demi sorang untuk dia pakaikan tali pinggang baru.
Adam dan amir pun berjaya naik ke tali pinggang baru, adam naik ke tali pinggang biru dari hijau dua, amir pulak naik ke tali pinggang kuning dua dari kuning 1.

Memang tak dapat ambil gambar, sebab aku hanya terngok dari dalam kereta je masa tu.
Lepas tu, sir dia teruskan dengan sesi penyampaian hadiah pelajar yang sertai pertandingan-pertandingan Merdeka Talent tu. Tiba-tiba aku dengar sir dia laung nama ayu.

Nampak adam dengan amir bangun jadi wakil ambilkan hadiah.
Rupanya ayu pun dapat juga hadiah sagu hati.
Alhamdulillah, dapat juga hadiah, mula-mula ingatkan tak dapat apa-apa haha!


Seronoklah budak kecik ni, tak sabar-sabar dia nak bukak!
Asyik tanya bila boleh bukak.

Ayu dapat set kotak pensel sekali dengan pensel dua batang, pengasah pensel, pemadam dan pembaris sekali. Comel jugak, bercorak buah-buahan tropikal.




Dah dibuka, kenalah susun dalam pencil box tu elok-elok.
Ayu suruh aku asahkan sebatang pensel dia.
Nak tulish katanya.
Haa marilah kita asahkan.


Dah siap asah, sakanlah dia melukis dalam notebook yang dia selalu guna untuk conteng-conteng tu. Dia memang suka melukis walaupun omak eh nampak macam jellyfish hahaha!



Satu-satunya orang yang kidal dalam rumah ni.
Lukislah nak.. nikmatilah hadiahmu 💓

Post a Comment

11 Comments

  1. At least effort participate itu dihargai. Budak dpt hadiah gula2 pun dh happy.. Janji hadiah

    ReplyDelete
  2. Wah ayu kidal rupanya....kat rumah ni Uwan kakak Dania je Kidal and adik bongsu tu...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Adam dan Amir dapat level up tali pinggang baru. Ayu jugak, Tahniah dapat hadiah comel. Seronoknya Ayu dapat hadiah. Rajin dia melukis. Geng kidal pulak Ayu

    ReplyDelete
  4. congrats!! special to ayu kecik from untie ayu.. :-)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ayu dr Aunty..okay la dpt hadiah juga..seronok la Ayu kan :)

    ReplyDelete
  6. comelnya set alat menulis Ayu, baru lah excited nak melukis jellyfish hahaha

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah walaupun dapat juara tapi dapat juga menjadi pemenang di tempat ke4

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.