Thor and Spiderman Lifebuoy Instant Hand Sanitizer

Sejak Negeri Sembilan sudah berganjak ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara ni, anak-anak memang dah mula pergi ke sekolah kembali. Dan untuk pergi ke sekolah di zaman hidup bersama Covid-19 ni memang banyaklah barang tambahan yang anak-anak kena bawa ke sekolah. Dah jadi macam wajib. Kalau zaman sebelum Covid-19 dulu, barang-barang tu memang kita tak akan saja-saja beli. Contohnya macam pelitup muka dan hand sanitizer.

Dulu aku bekalkan anak-anak hand sanitizer yang botolnya kecil dan normal tu. Ok je tak ada masalah pun. Letakkan sekali dalam ziplock yang aku turut letakkan pelitup muka extra, wet tissue, tissue dan juga set sudu garpu. Tapi haritu masa pergi Watson, ternampak pulak Lifebuoy punya hand sanitizer ni yang comel! Superhero comel!

Aku terus beli dua. Satu Thor, satu lagi Spiderman. Sebenarnya, yang Thor dan Spiderman yang comel tu bukanlah botol hand sanitizer Lifebuoy tu. Tapi itu adalah sarung kepada botol tu. Yang best, sarung tu boleh digantung terus pada beg sekolah anak-anak. 


Senang juga macam ni. Bila masa dia nak pikul beg, dan masa dia nak guna, dia terus tarik je botol tu, buka dan tuang atas tapak tangan. Terus boleh guna. Tak payahlah dia nak keruk beg untuk cari dulu sanitizer tu. Sama je macam sarung botol hand sanitizer yang lain dan yang biasa tu, cuma yang ini ranggilah sikit. Hehe..

 

Harapnya kekal lamalah. Maksudnya sarung tu. Harap tak hilang atau putus. Anak-anak aku ni lelaki, tau-tau je lah budak lelaki kasar macam mana. Cermin mata pun pernah patah masa dalam kereta!

Haha!

+++ 

Kecoh hari ni yang Fizo nikah semalam. Yang jeliknya banyak komen "Lah ingatkan Abe Joe bercinta dengan Azar". Aduh netizens..kecik hati Azar, kecik hati wife Fizo karang 😅

Post a Comment

10 Comments

  1. comel buat sangkut kat beg. :(

    ReplyDelete
  2. Harap2 bertahan la ya...tak putus atau pecah

    ReplyDelete
  3. Wah bersemangat balik belajar..jumpa ramai kawan

    ReplyDelete
  4. macam ni baru anak2 semangat nak bawa hand sanitizer..comel

    ReplyDelete
  5. keperluan penting utk anak2 ke sekolah la ni

    ReplyDelete
  6. Pernah belikann untuk si kembar...erm x sampai 1 hari dah hilang kena kebas...

    ReplyDelete
  7. Jenis gantung macam ni lebih mudah digunakan. comel! Sesuai sangat dengan hero yang pakai :)

    Semoga Fizo Omar dan isteri bahagia sampai syurga. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. Nampak comel design kartun pada sarung sanitizer tu .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.