Susu Lembu Warna Hijau Razani Dairy Farm

Assalamualaikum semua, salam Jumaat!


SR nak sambung sikit lagi cerita pasal Razani Dairy Farm. SR ada cerita yang kami ada beli susu lembu warna-warni, RM10 untuk tujuh botol.
Inilah contoh susu berwarna tu, alah korang semua mesti tahu punyalah, rupa susu lembu warna-warni ni kan. Warna-warna tu diletakkan supaya match dengan perisa setiap susu yang dijual.  Kalau warna coklat, untuk perisa coklat, pink untuk perisa strawberry, kuning untuk perisa jagung, ungu untuk perisa keladi, hijau ni untuk perisa honey dew kalau tak silap.

Susu ni hanya dipasteur untuk panjangkan jangka hayat dia, dan tidak dicampurkan bahan pengawet, bak yang tertulis di botol dia. Memang sedap kalau minum sejuk-sejuk.

Susu kalau sekadar dipasteur, akan bertahan dalam seminggu, dengan dua syarat:

1. Letak dalam peti ais bersuhu 4 darjah Celcius.
2. Selagi tidak dibuka.

Susu hasil pempastueran, kalau dibuka, dia dah tak tertakluk pada expiry date yang tertulis tu lagi ya. Expiry date tu hanya untuk selagi susu itu belum dibuka.

Kalau beli tapi rasa nak minum bulan depan, letak dalam freezer, bagi dia beku. Jadi akan lebih tahan lama. Kerana suhu sejuk beku, tidak boleh membenarkan pertumbuhan bakteria perosak susu.

Kenapa tak boleh letak susu segar ni dekat luar je? Dekat pasaraya ada je susu yang dia jual, hanya letak dekat rak? Tak letak dalam peti ais pun?

Ha.. itu susu yang telah dijalankan proses UHT - Ultra High Temperature Pasteurization. Hanya susu yang menjalani pempasteuran UHT sahaja yang boleh tahan jika tak masuk peti ais. Syarat kedua masih sama, bila terbuka, expiry date terbatal.

Eh tiba-tiba SR terbebel pasal pengawetan susu pulak haha!

Okeylah. siapa sini pernah minum susu yang direct lepas perah dari lembu? Boleh share pengalaman minum susu yang tak diawet? Macam mana rasanya?

Post a Comment

11 Comments

  1. Rasa x lalu minum susu yg diperah direct kot.. 😂

    Zaman sek.. Sonok tgk kengkawan dpt bantuan susu segar kotak kt sekolah2 kan...

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah minum susu lepas perah. Oh hijau untuk tembikai susu.

    ReplyDelete
  3. Rasa x lalu...hanyir...boleh auto muntah...hehehehe....

    ReplyDelete
  4. Pernah perah susu lembu tapi tak pernah minum direct..
    Tak berani..mcm kembang tekak..hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pula minum susu perah dr lembu secara direct. Lembu pun payah nak jumpa

    ReplyDelete
  6. teringat zaman sekolah belajar pasal proses pengawetan susu ni. hehe.

    ReplyDelete
  7. Wahhh ada warna hijau pulak yer . Ccl belum pernah cuba minum susu perahan direct dari lembu.

    ReplyDelete
  8. tak pernah lg syaz..xde pengalaman..nk tgu pengalaman syaz je ni hahaha ^_^

    ReplyDelete
  9. saya tak berapa minat minum susu

    ReplyDelete
  10. Murah juga harga susu tu. Ni kira susu legend lah kan. Pernah beli di sahmura akil industries sdn bhd kat semenyih tu. Sedap tapi harga boleh tahan juga. susu ni tak sempat simpan. kejap je habis.

    uishhh tak pernah lagi minum susu fresh selepas diperah. rasa tak lalu pulak.

    ReplyDelete
  11. dah lama x minum susu segar berperisa mcm ni, dlu2 selalu jgk.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.