Ahad dua minggu lepas, kami pun akhirnya cuba lalu di highway yang sohor dengan pemandangan cantik seperti di luar negara katanya tu. Untuk orang dari Seremban, memang tak jauhlah dari rumah kita.
Kalau susah, guna Waze aje.
Lebuh raya ni pendek aje, tak lama pun lalu, dah keluar semula ke lebuh raya LEKAS, dan akan keluar balik ke Senawang.
Ramai juga orang berhenti tepi-tepi jalan untuk bergambar. Tapi kami tak. Rasa risau juga nak berhenti tepi highway. Kereta laju-laju. Seriau!
Maybe SR overthinking. Haha.
Tapi kami memang lalu je lah.
Tengok belakang, Adam baik punya terlentok tidur. Naik kereta tak sampai lima minit, dah selamat berlayar. Selalu macam tu.
Tanya Amir dengan Ayu, cantik ke pemandangan? Kata kat diorang, orang ramai kata pemandangan dekat sini cantik.
Ayu: Entahlah.
Amir: Biasa aje Mak. Jalan nak pergi Kuala Pilah (dia maksudkan highway Bukit Putus) lagi cantik.
😅
Tak kisahlah cantik ke tidak pada mata masing-masing, lepas ni, kalau ada orang tanya, "Highway Temiang Baru yang cantik tu dekat dengan rumah kan? Dah pernah lalu?"
Jadi dengan yakinnya kami boleh jawab "Dah!"
Sebelum ni asyik jawab "Ooo.. tak pernah lalu lagi..."
Keh keh keh...
Salam Jumaat semua!
16 Comments
ammi pun tak pernah lalu lagi..
ReplyDeleteSALAM JUMAAT MMG CANTIK VIEW HIWAY TU LEKA PANDANG
ReplyDeletehahahha nnt nk try lalu laaa... drg ckp cantek mcm view NZ...
ReplyDeletebole compare nnt ni
SA pun tak pernah lalu lagi...ingat nak cycling area situ..tp ari kata kena saman la apa la...sudahnya xde pun...ramai je yang naik basikal amik gambar area tu kan...
ReplyDeletehahaha. kalau tempat viral kena tengok sendiri baru tahu betul ke seindah khabar. ciptaan Tuhan memang cantik. tangan manusia je selalu rosakkan
ReplyDeletemasih menantikan bila highway akan dibina di Kelantan!
ReplyDeleteIni yang viral tu kan? ada geng kereta ke park ramai-ramai tepi jalan tu :)
ReplyDeleteLawa.. Tak sampai lagi..
ReplyDeleteHati2... boleh kena saman berhenti bergambar kat sini....
ReplyDeletePilah jg pilihan Amir..hihi..
ReplyDeleteOoo.. inilah lebuhraya yang tukar tu eh..
ReplyDeletejalan lama bukit putus tu mmg berhantu.. huhuhu
ReplyDeletelenggang je jalan
ReplyDeletecantiknya.. mcm jalan gerik juga mama suka view mcm ni
ReplyDeletex pernah lalu lagi..memang viral kan
ReplyDeleteHihi..highway Bukit Putus jugak yang cantik ye. Dah lalu sekali haritu. Memang kejap nau..Ambil gambar pun dari dalam kereta je. Tak berani nak park tepi. kang kena saman pulak. bahaya pun satu hal jugak.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.