Coklat Crispy M&M's

Assalamualaikum!
Salam sejahtera, moga happy selalu di hari Selasa ni.

SR nak kongsikan pengalaman (cey kongsilah sangat hahah!) SR makan Coklat Crispy M&M's ni. SR beli minggu lepas. 

Sebenarnya ini pun bukanlah kali pertama SR makan coklat ni. Pernah juga beberapa kali SR beli. 

Coklat Crispy M&M's ni, rasa dia memang standard coklat bar. Manis tu semestinya. Bila buka bungkusan dia, memang terus nampak gambar character M&M's tu yang dilekap terus atas bar coklat. Kalau beli coklat bar, selalunya dia akan balut dulu dengan lapisan foil berwarna emas tu kan? Tapi untuk Coklat Crispy M&M's ni, tak ada. 


Dalam bar coklatnya, ada pula coklat M&M's yang telah dipecah-pecahkan digaul dan dikeraskan bersama sampai jadi coklat bar seperti gambar dia atas. 


Masa SR beli ni, SR tak terus makan. SR letak sekejap atas rak di bilik tidur SR. Masa SR nak buka coklat ni, SR pegang, dia dah sedikit lembik. Jadi mungkin kalau rumah atau bilik kalian pun panas macam bilik SR, jangan biar lama-lama dalam bilik tu. Letaklah di tempat yang sejuk, dalam peti ais contohnya. 

Kalau jamah dengan jari tu, rasa dah lembik, masa nak buka tu hati-hati, takut dia dah cair dan tumpah kena baju. SR pernah kena masa dalam kereta, degil nak buka juga bungkusan coklat yang dah lembik, habis tumpah coklat yang dah cair tu atas seluar jeans. Dahlah seluar jeans SR masa tu warna cerah! Dan macam sesuatu sangat tompokan tu bila orang tengok hahaha!

Tapi tu coklat lainlah. Namun disebabkan insiden tu, memang SR selalu beringat. Seram! Dahlah warna sama macam ehem ehem kan 😂

Okey berbalik pada tajuk, adakah Coklat Crispy M&M's ni sedap?

Bolehlah. Tak adalah menangis terharu ke apa ke masa makan. Standard aje perasaan ketika menikmati Coklat Crispy M&M's ni.

Kalian pernah cuba ke? Sedap tak dekat tekak korang? Apa coklat terakhir yang korang makan? Kongsi sikit dengan SR!

Post a Comment

8 Comments

  1. Tak pernah cuba m&m ni. Naniey suka yang crispy tu..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba jenis yg ni... yg biasa mkn yg gambo buaya comel tu apa namanya hehehh... jatuh kt seluar pyh nk hilang warnanya hehehe mmg sesuatu

    ReplyDelete
  3. suka coklat ada rice crispy mcm ni..blm try brand ni...coklat terakhir mkn ialah Nama coklat, yg client bagi bulan puasa..

    ReplyDelete
  4. tak gemar sangat brand ni tapi cepat jugak dia cair ek

    ReplyDelete
  5. Belum pernah cuba. Masa kecik dulu suka beli coklat brand ni. Lagi-lagi yang bulat leper dalam botol tu.

    ReplyDelete
  6. dap dap....asal choc semua...pernah cuba rasa nya ni

    ReplyDelete
  7. penah dapat door gift chocolate masa wedding..
    small choc (ada 3 ketul dalam satu box)...sampai je rumah yg 3 ketul tu dah gi bermesra2 sesama mereka sbb panas kot. terus jadi seketul.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah rasa lagi...dulu suka choc yang pembalut hitam tu...allah x ingat nama dia..x tau la ada lagi ke tak sekarang ni...dia choc tapi ada butir macam beras tu...apa erk nama dia

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.